"korang gila ke hah!" jerit Erysha. Kepala siapa tah yang hendak menimpa Aqiya ditendangya menjauhi Aqiya. Lelaki lain yang terkejut dengan kehadirannya masih terpinga-pinga. Entah dari mana kekuatannya muncul. Geram lihat lelaki tak guna ini.
Ya, Erysha yang sampai dulu. Katanya bukan atlet tapi perghh lari laju mengalahkan Aqil si atlet sekolah. Kecil-kecil cili padi orang kata.
"WOI KAU SIAPA HAH!!!" Jerkah Syazwie sambil berdiri geram. Kepalanya disapu, sakit woo nampak ja minah ni kecik.
Irfan pula datang berhadapan dengan Erysha dan menolaknya ke bawah. Erysha terjatuh melutut ke bawah.
'pergh Erysha kau memang gila. Kenapa ajak gaduh lelaki dah lah lawan perempuan pun kau tak menang' getus hati Erysha.
'gulp'
Air liur ditelan berat. Dia bangun kembali dengan pantas selepas menjeling perempuan-perempuan diva yang hanya berdiri di tepi dengan muka selamba badak je."Apa tolak-menolak ni! Try tolak ansur sikit aku nak tolong kawan aku tu je." kata Erysha selamba plus lawak yang tak kena tempatnya. Mata ditundukkan ke bawah. Takut nak eye contact dengan mamat muka macam tak mandi ni.
'ish mana yang lain ni. Si atlet kononnya tu takkan tak sampai. Aku berani tendang kepala jantan ni sebab ingat diaorang ada kat belakang backup.' kata hati Erysha lagi.
Mata memandang pula Aqiya yang dari tadi tak berhenti menangis. Dia cuba lari ke arah Aqiya tapi dihalang oleh Irfan.
"Tolong aku" raung Aqiya yang sudah bengkak matanya kerana tidak berhenti menangis.
"Kau nak pergi mana hah! Tak sedar diri eh kau dengan budak barunya dah berani nak lawan kami!" Marah Irfan, dahi Erysha ditunjal-tunjal kuat.
'aduh sakit kepala aku ditunjal tunjal saja harini.'
"Tulah kami ni pun dia cari pasal tau. Irfan u tolong jap setel budak selekeh tu i paling menyampah dengan dia lah." kata Fifi, tambah minyak dalam api.
"Lepaskan lah! Aqiya tu. Bodoh ke!!! Korang ingat ni apa nak main-main pegang anak dara orang!!" Geram Erysha melihat mereka ambil remeh soal maruah ini. Melihat Aqiya dipegang, rasa marah tak terkata.
"Lepastu kau nak ganti dia ke. Kau ingat ni mamak nak order-order ja. Kita buat system bater ah. Apa macam. Kalau dapat kau, aku lepaskan Aqiya tu." Balas Syazwie, matanya meliar ke tubuh Erysha atas bawah. Erysha cuba dihampirinya.
"Eh kau!" Erysha yang cuba dipeluk itu cuba menolak tubuh Syazwie tapi apakan daya dia memang lemah. Tak sempat Syazwie memeluk Erysha..
'Bukk'
Satu tumbukan padu dibawa ke pipi Syazwie. Dari tak lain tak bukan dari Hadi si troublemaker.
"Nice do! Makan tu penumbuk." Guman Erysha. Isyarat ibu jari diangkat ke Hadi.
Aqil yang tiba selepas Hadi dengan pantas pergi kearah Faliq dan Haikal. Menolak mereka menjauhi Aqiya. Aqiya ditariknya.
Syed yang tiba selepas Hadi melangkah laju ke arah Irfan yang cuba menangkap Aqiya kembali. Irfan ditarik kasar dan penumbuk yang digenggam lama oleh Syed tadi dilayangkan tepat ke muka Irfan.
"Kau memang si*l!!! Tergamak kau nak rosakkan maruah dia!!!" tengking Syed. Irfan ditolak jatuh ke tanah. Kesabaran dia sebagai ketua pengawas tidak dapat ditahan lagi. Mereka memang melampau.
Lalu dia pergi kearah Aqiya, yang sedang berada dalam pelukan Aqil terketar-ketar.
YOU ARE READING
BUKAN UNTUKNYA
Teen FictionNARRA ERYSHA, gadis yatim piatu yang tiba-tiba dibawa masuk ke dalam keluarga bangsawan, terpaksa berhadapan dengan realiti baru di Golden High, sebuah sekolah elit yang dipenuhi pelajar kaya dan berpengaruh. Kehidupannya yang serba biasa berubah se...