Melangkah masuk ke gerbang sekolah elit ternama ini iaitu GOLDEN HIGHmembuatkan dirinya berasa kerdil sekali. Bangunan yang besar dan kawasan sekolah yang luas jelas membuat dia takjub sebentar sebelum cepat-cepat menyedarkan diri yang dia sudah menarik perhatian ramai pelajar lain ke arahnya.
Erysha yang terpinga-pinga di depan pagar sekolah itu juga telah menarik perhatian seorang lelaki. Gadis itu didekati nya.
"Oii budak, kau student baru ke?" Soal lelaki itu tanpa basa basi.
Erysha yang sedikit rendah darinya memaksa dia tundukkan kepalanya ke bawah.
"Ya, aku pelajar baru, baru masuk harini. Boleh tolong hantar ke pejabat tak? Besar sangat sekolah ni taktahu pula nak cari takut sesat." Omel Erysha panjang. Lelaki yang seperti tiang ini dipandang secara mendongak.
'Boleh patah leher kalau tengok lama-lama ni.' getus hati Erysha.
"Ohh student baru ke. Okay bye. Carilah sendiri mana pejabat. Ingat aku kaunter pertanyaan ke." Kata lelaki tadi selamba. Lalu meninggalkan Erysha terkontang-kanting bersendirian.
"Tak guna punya orang. Ingat tanya tadi nak tolong. Dasar lelaki tak boleh pakai. Eeeeee geramnya ko sabar jap aku jumpa ko lagi memang aku sepak kau." Bebel Erysha sendirian. Geram cuba ditahan. Kalau tak mengenangkan ramai pelajar lain disitu melihatnya mahu dia kejar lelaki tadi.
Tiba-tiba bahunya ditepuk lembut dari belakang.
Terkejut punya pasal hampir sahaja dia ingin menampar lelaki tersebut sebelum tangannya ditahan dengan pantas.
'lelaki tiang lagi, asal sekolah ni banyak sangat tiang, sekolah ni bagi makan apa lah kat student sini sampai tinggi nak mampus' getus hati Erysha. Kepala didongaknya lagi.
"Eh kau okay tak? Asal nak tampar aku pulak?" Kata seorang lelaki dengan baju blazer blue black. Dari gaya macam pengawas sekolah.
"Errr sorry aku tak sengaja. Terkejut punya pasal tadi ingat lelaki sengal tu." Kata Erysha. Name tag lelaki itu diamatinya. 'Syed Aqram Darwisy'
"Lelaki sengal mana pulak dah. Ish ish ni kau siapa? form berapa? budak baru ke? Dengan uniform entah apa-apa, mana nametag?" Soal lelaki tadi lagi lagaknya macam pengawas. Buku nota bersama pen berada di tangan.
"Tah la tadi laki tu scam aku. Aku dah la student baru minta tolong hantar pergi pejabat pun tak boleh. And yes, aku pelajar baru jangan tulis nama aku lagi. Tak pasal-pasal dapat rekod buruk baru masuk." Adu Erysha sambil tangan cuba menghentikan lelaki tadi menulis 'saman'.
"Dah dah nak marah lebih-lebih pun buat apa. Mari aku bawa kau pergi pejabat." Pelawa pengawas lelaki tadi.
Mata Erysha sudah bersinar-sinar gembira. Ada jugak insan baik hati di sekolah elit ini. Syed diikutinya.
...
Keluar sahaja dari pejabat, kad pelajar yang diberi oleh kerani sekolah disarungkan ke leher. File maklumat diri, jadual dan peta sekolah diambil dan dilihat dengan teliti. Kelas 4 Ruby menjadi kelas yang akan dimasukinya. Langkah kaki di bawa ke kelasnya yang berada di bangunan bersebelahan dengan bangunan pejabat ini.
Syed hanya membawa dia sampai pintu pejabat sebelum tinggalkan dia bersendirian.
'hmm ingat dia nak teman aku sampai bawa masuk kelas' getus hati Erysha. Dia membayangkan hari pertama nya seperti dalam novel.
'berangann!!!'
"Sekolah besar ni boleh buat aku kurus dalam masa sehari rasanya." rintih Erysha tangga didakinya perlahan.
Maklumlah bukan atlet. Dirinya di rumah anak yatim dulu memang tidak aktif bersukan. Bukan kerana malas tetapi tiada kawan yang mengajaknya bermain. Jarak umurnya di rumah anak yatimnya dengan kanak-kanak yang lain agak jauh.
YOU ARE READING
BUKAN UNTUKNYA
Teen FictionNARRA ERYSHA, gadis yatim piatu yang tiba-tiba dibawa masuk ke dalam keluarga bangsawan, terpaksa berhadapan dengan realiti baru di Golden High, sebuah sekolah elit yang dipenuhi pelajar kaya dan berpengaruh. Kehidupannya yang serba biasa berubah se...