Ini adalah sebuah perjalanan hidupku sebagai ahli seni yang digelarkan sebagai gadis yang aneh oleh orang - orang di sekelilingku. Kebanyakkan diantara mereka memanggilku aneh kerana aku sering keluar mengembara seorang diri dan pulang dari pengembaraan berserta dengan lukisan - lukisan aneh, hasil pemerhatian dan pengamatanku terhadap perkara aneh tersebut. Kerana minatku terhadap perkara aneh terutamanya raksasa bermula apabila aku sendiri mengalami perkara ganjil tersebut. Juga pada masa yang sama, aku menjumpai makna di sebalik kewujudan perkara yang ajaib dan luar dari jangkaan pemikiran. Ia memberiku inspirasi untukku teruskan hidup. Namun begitu, disebalik keindahan perkara ganjil ada sahaja bahayanya yang harusku hadapi lagi - lagi yang boleh melibatkan hidup dan matiku. Tidak lupa tentang pertembungan aku dengan orang-orang misteri termasuklah kelibat makhluk yang tidak diingini dalam eksplorasiku. Sekiranya aku meneruskan pengembaraan ini, berkemungkinan nyawaku dalam bahaya, tatkla berseorangan mahupun berkumpulan. Walau bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangatku untuk membuat eksplorasi. Dunia ini penuh dengan misteri juga mistik yang sukar dirungkaikan. Tidak perlu disiasat mengapa ia menjadi begitu, hanya mengamati serta menghargai penciptaan dari Tuhan Yang Maha Esa. Ada sebab mengapa aku dilahirkan begini. Mungkin aku ditakdirkan untuk meneruskan hasrat yang tidak dapat dicapai oleh arwah datukku.
6 parts