Adalah lebih baik sekiranya aku menghilangkan diri.
Itulah kata – kata yang selalu bermain di pemikiranku. Aku ingin menghilangkan diri daripada keluarga ini juga melarikan diri ke suatu tempat yang sukar orang temui aku. Sedikit demi sedikit. Hari demi hari. Bertahun – tahun aku cuba mengumpul segala duitku untuk ku meninggalkan rumahku lamaku yang mana kedua ibu bapaku tinggal dan menjelajah satu semenanjung Malaysia hanya dengan membawa sebuah kereta Myvi. Sejujurnya, aku pun berhasrat untuk membeli kereta Jeep. Sedihnya, kereta – kereta terlampau mahal bagiku lagi – lagi, aku menyewa sebuah rumah studio di Shah Alam untuk ku tinggal seorang diri sambil membuat kerja – kerja seni dan melakukan aktiviti hobi yang lain seperti membaca, video game dan mendengar muzik. Rumah itu aku anggap sebuah 'solitude space' untukku menambah tenaga sosial(2).
Sekarang ini, aku sangat bersyukur aku dapat hidupan aku sendiri setelah menyelesaikan pembelajaran tahap Degree aku. Aku sudah tidak mahu memandang melihat apa yang berlaku semasa pembelajaran Diploma dan Degree. Aku ingin meneruskan usaha dan impianku sebagai seorang ahli seni yang suka mengembara. Buat pengetahuan anda pembaca yang membaca diariku ini, aku mempunyai ADHD(3). Ini menyebabkan aku selalu melakukan kerja yang berbeza kerana mempunyai terlampau banyak minat. Sekejap melukis, sekejap membaca, sekejap main 'video game', sekejab dengar podcast atau muzik, sekejab keluar ambil gambar atau mengembara satu semenanjung, sekejap pura – pura menjadi ahli arkeologi, sekejap menjadi 'content creator' di YouTube atau social media, sekejap jadi animasi, sekejap menulis, sekejap jadi studio fotografi, kemudian tambah pula menjual buku 'second hand' dan lukisan di sosial media juga kadang – kadang suka mempunyai kebun kecil dalam rumah kemudian kadang – kadang juga membuat restorasi terhadap buku dan juga membuat ujikaji sains dalam rumah. Selepas itu, adakalanya berkhemah, berdaki, berenang, memanah kemudian berkuda bila ada peluang. Oh ya, kalau mendengar semua apa yang aku buat sudah pasti kamu pening. Terlampau banyak sangat benda yang aku lakukan.
Notes (2): Bagi seorang 'Introvert' memang memerlukan kawasan tempat tinggal yang selasa dan membolehkan mereka melakukan aktiviti mereka tanpa gangguan.
Notes (3): ADHD (Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder) sejenis masalah Psikologi dimana tidak boleh memberikan tumpuan dan hiperaktif yang terdapat pada kanak-kanak juga boleh ada pada dewasa sekiranya dibiarkan tidak dirawat.
Itulah kehidupan aku sebagai ahli seni di dalam rumah studio, disewa khas untuk aku sahaja. Sekiranya aku tinggal bersama orang lain, sememangnya teman di rumahku akan tidak tahan dengan kondisi perilaku yang tiada jadual. Jadual hidupku berdasarkan naluri dan perasaanku. Aku tidak mempunyai jadual yang tetap kerana aku ikut kehendakku sendiri. Cuma selain daripada aku mempunyai ADHD dan sebegainya, ada sebab mengapa aku menjadi begini. Ini semua kerana zaman silamku yang memberi impak terhadap diriku menyebabkan aku ingin melarikan diriku dari masalah juga menggunakan aktiviti yang aku jelaskan tadi sebagai satu aktiviti untuk aku keluar dari masalahku hadapi. Sekiranya aku bertembung dengan pergaduhan mahupun perselisihan faham daripada perkara kecil boleh menyebabkan aku terpaksa meninggalkan orang atau kumpulan itu. Ini kerana, aku terlampau takut dan bosan melayani kerenah manusia sebegitu.
Manusia yang sering mengatakan dirinya mempunyai masalah psikologi dan menyuruh orang lantas mengabaikan orang sepertiku pun menghadapi perkara serupa seperti mereka. Aku ingin mohon maaf sekiranya ada yang tidak setuju dengan apa yang aku luahkan, namun orang seperti aku yang selalu berjumpa dengan pakar psikiatris pun tidak diendahkan mahu diketahui oleh orang disekeliling. Sebab itu, mengapa aku menjadi seseorang yang mempunyai banyak hobi dan selalu bersendirian. Bukan kerana aku takut dengan kewujudan manusia, namun aku sendiri tidak dapat bergaul dengan mereka. Kerana jika aku bergaul dengan mereka, mungkin aku bermasalah pada mereka.
***
Ini adalah sedikit sebanyak aku boleh beritahu tentang kisahku. Maaf aku tidak menceritakan kisah silamku kerana aku tidak kuasa untuk menulisnya sendiri. Hanya perkara yang di 'general' sahaja ku dapat ceritakan. Tak pun kisah yang terjadi pada masa sekarang.
YOU ARE READING
Laira Diari Pengembaraan Gadis Aneh
FantasyIni adalah sebuah perjalanan hidupku sebagai ahli seni yang digelarkan sebagai gadis yang aneh oleh orang - orang di sekelilingku. Kebanyakkan diantara mereka memanggilku aneh kerana aku sering keluar mengembara seorang diri dan pulang dari pengemba...