Kisah Silam Yang Melukakan

1 0 0
                                    

Dari sudut hatiku, aku amat berat untuk menulis kisah silam mengerikan juga memberi kesan trauma yang mendalam. Sebelum ini, aku pernah menulis kisah tersebut dalam diari, sedihnya diari tersebut hilang ketika aku berkhemah. Mungkin kena curi dengan monyet atau kera? Mungkin? Sebab aku selalu memeriksa barangku. Mungkin ini juga sebahagian kerja rakan palsuku sendiri. Mungkin salah seorang dari mereka mencuri diari kemudian membuangnya atau jual dekat seseorang untuk dijadikan bahan. Mungkin. Aku tak tahulah keberadaan sebenar buku itu. Cuma harap ia samada dimusnahkan ataupun tidak dipedulikan oleh sesiapa. Bukan ia berahsia tapi kerana aku tidak ingin dilihat atau dibaca sejarah dan luahan hatiku. Sekiranya ada orang terjumpa dan membacanya, aku harap mereka tidak jadikan satu bahan jenaka atau gosip sebab semua perkara peribadi ada dalam buku itu.

Jadi ini adalah..... boleh dipanggil sebagai ringkasan cerita tentang peristiwa terjadi sebelum ini yang mungkin ada kaitan dengan apa Draco katakan.

***

Kisah bermula apabila aku dibuli masa zaman pembelajaran peringkat Diploma, dimana sekumpulan rakan – rakanku buat keputusan untuk dijadikan hamba mereka. Kami sebenarnya pelajar Diploma Graphic Design. Tidak sangka masa zaman universiti pun masih ada yang suka membuli. Saya bersangkaan bahawa ibubapa si pembuli tak ambil kisah tentang keunikan anak mereka. Sebab itu mereka bila kat luar menjadi pembuli untuk tunjuk betapa kuatnya mereka. Walhal, mereka itu lagi kecil dari Tuhan.

Akan tetapi, apa yang aku boleh lakukan adalah memaafkan mereka sahaja. Walaupun banyak kali aku harus menutup kesalahan mereka di depan pensyarah, walaupun cara mereka membuliku memang menyayat hati, serang dari segi fizikal dan emosi, tapi aku tetap maafkan mereka. Sebab mereka tidak dapat cukup kasih sayang daripada ibubapa mereka. Namun, di dalam diari ini, aku memang memanggil mereka sebagai rakan palsu. Setelah apa yang mereka buat padaku. Pembelotan dikalangan rakanku sendiri.

Aku menarik nafas ketika menulis ini.

Ia mungkin hanya perkara biasa bagi sesiapa sahaja. Ia tidak seteruk seperti mana orang – orang yang ditinggal di kawasan peperangan. Namun, sebahagian hatiku retak bila mereka meninggalkanku di kala aku seorang diri. Pada masa itu, rakan -rakan palsu membawaku ke sebuah hutan di Perak. Aku lupa nama kawasan itu kerana ketika itu mereka membawaku tanpa memberitahu tempat yang kami akan berkhemah. Lagipun, perkhemahan ini adalah racangan rakan palsuku sendiri. Mereka merancang untuk membuat perkhemahan. Boleh dikatakan sebagai 'Girls Moment Together'.

Mereka membawa aku juga. Ingatkan mereka dah insaf. Sebaliknya mereka sebenar – benarnya cuba menganiaya aku lagi teruk dari sebelum ini. Pada waktu malam pertama perkhemahan kami, mereka dirikan hanya satu khemah di berdekatan dengan air terjun. Ingatkan kongsi sama-sama sebab besar juga khemah tu.

Kemudian, mereka memulakan nyanyian di hadapan unggun api. Namun, seorang demi seorang pergi. Tinggal aku dengan seorang rakan palsuku. Rakan palsu ini, namanya Lisa. Lisa merupakan ketua dikalangan rakan palsu. Aku beritahu Lisa yang aku sebenarnya mengantuk. Sebelum aku masuk ke dalam khemah, Lisa minta bantuan daripada aku. Dia menyuruh aku jagakan kamera video 'camecorder'nya, dia menghulurkan kameranya sebelum aku letak kameranya di tepiku. Juga, Lisa beritahu juga yang dia mahu rakam segala – galanya. Jadi aku tidak boleh mematikannya.

Aku menurut perintah Lisa bulat – bulat. Tidak ketahui rancangan seterus mereka. Disebaliknya, mereka meninggalkan aku seorang diri tapak perkhemahan. Berbekalkan sedikit makanan dan minuman, unggun api, beberapa kotak mancis, tilam dan 'sleeping bag', juga khemah. Sememangnya aku ada bawa barang – barangku. Aku juga menjangkakan mereka buat perkhemahan ini semata – mata untuk menakut – nakutkan aku. Membuatkan aku percaya yang hutan ini berhantu dan sebagainya. Oh ya mengapa aku kata begitu kerana setelah aku tidur, ramai – ramai datang pergi goncangkan khemah aku macam khemah kena puting beliung. Aku di dalam khemah pun panik tapi aku tak keluar. Hanya memeluk tubuh sambil membaca ayat suci Al Quran.

Laira Diari Pengembaraan Gadis AnehWhere stories live. Discover now