Siapa sangka pertemuan yang tak dijangka boleh mengeratkan kasih sayang sesama sendiri? Xandrieya Natalieya Ayreen. Berumur 22 tahun. Dia seorang yang keras kepala, ego, dan paling benci apabila semua orang melabuhkan simpati ke atasnya. Pelbagai cabaran hidup telah dia lalui satu persatu. Dari awal sampai akhir dia ditemani oleh seseorang yang sanggup berkorban deminya. Siapakah seseorang itu? Qaish Adyyan Mikhael. Berumur 24 tahun. Dialah seseorang yang selalu ada bersama Natalieya di masa Natalieya susah mahupun Natalieya senang. Hatinya juga ikut sedih apabila Natalieya sedih. Dan tidak lupa juga hatinya senang apabila Natalieya senang. Dari awalnya mereka berdua juga tidak tahu apa itu erti cinta. Tetapi, siapakah mereka untuk melawan takdir yang ditetapkan oleh yang esa? Takdir menyatukan mereka berdua. Sehinggalah sampai satu saat mereka dihadapi satu ujian rumah tangga yang boleh membuatkan salah seorang daripada mereka hilang dari hidup. Tetapi mampukah mereka mempertahankan rumah tangga? Ujian apa yang bakal datang menempur rumah tangga mereka?