"Even we are not destined together, I will be with you forever"
•••
PRANGG!
Ibarat kaca yang di hempas ke dinding batu. Begitu juga dengan perasaan Natalieya sewaktu melihat suami yang dia sayangi sanggup memperisterikan adik tirinya, Nayla.
Tidak pernah terlintas di hatinya agar Qaish tidak memungkiri janji yang telah diungkapkan kepadanya. Sedikit pun tidak pernah.
Sakit. Amat sakit!
Dia bersangka bahawa Nayla akan berubah. Tetapi tidak.
❝Abang.. Abang janji tak akan mungkir janji abang kepada Rieya. Mana pergi janji abang? Mana semua janji abang? Abang.. Rieya percayakan abang. Tergamak abang buat Rieya macam ni!❞ Natalieya berkata sambil menahan air matanya. Tidak mahu dikata lemah saat berhadapan dengan orang yang paling dia benci pada saat itu.
❝Abang minta maaf Rieya...❞
❝Abang ingat dengan kata maaf abang boleh satukan balik rasa sayang dan cinta Rieya terhadap abang? Abang penipu! Mana pergi janji abang selama ni? Mana? Cakap kat Rieya mana!❞ Tengking Natalieya. Dia sudah tidak tahan untuk berpura-pura lagi. Dia sudah cukup sakit. Sakit dengan apa yang dua lalui.
❝Mana pergi janji abang?❞
❝Dusta..❞
❝Dusta semata-mata..❞
Balik sahaja dirumah, pantas dia naik ke biliknya untuk menyiapkan beg pakaiannya.
Sekarang, dia sudah benci dengan perkataan 'JANJI'.
❝Rieya.. Rieya bawa bertenang sayang.. Kita bincang elok-elok. Rieya jangan buat mama macam ni Rieya.. Rieya.. ❞ Datin Marlina cuba untuk menghalang perbuatan Natalieya. Namun, apakan daya. Dia hanya wanita tua yang mampu memberi nasihat.
❝Mama.. Hiks.. Rieya minta maaf.. Mama halalkan makan minum Rieya ya?.. Hiks.. Andai kata ada rezeki, kita jumpa lagi.. Rieya nak mama tahu Rieya sayang mama.. Mama ibu kedua yang berada di hati Rieya selain mama,❞
❝Jangan pergi Rieya.. Rieya kata Rieya sayang mama.. Kalau Rieya sayang mama kita berbincang dulu ya sayang.. Jangan tinggalkan mama Rieya.. ❞
Natalieya tetap memekakkan telinganya. Sekarang ini, baru dua sedar siapa dia kepada Qaish. Baru dia tahu sebesar manakah cinta Qaish kep
ada dia. Baru dia sedar semua itu. Sungguh!Dia terus turun ke bawah selepas beg pakaiannya dikemas.
Pantas Qais mengambil dan terus masuk ke dalam kereta.
Ya.. Qais dan Qarwish tidak setuju dengan apa yang telah Qaish lakukan. Ibarat, benda bodoh yang pernah terlintas di fikiran Qaish.
Qaifreena juga turut berada di dalam kereta. Tidak mahu menatap wajah abang yang dia percaya selama ini. Dia juga ikut turut sakit saat Natalieya diperlakukan sebegitu.
PANG!
Bergema satu ruangan itu gara-gara sebuah tamparan hinggap di pipi Qaish.
❝Kau tengok apa yang dah jadi sekarang! Aku tak akan anggap dia sebagai menantu aku! Disebabkan kau, keluarga kita berpecah belah! Semuanya disebabkan kau!❞ Kuat Datin Marlina menjerkah Qaish. Bahu dan dahi Nayla juga turut ditunjal kuat.
❝Kau ni bodoh ke Qaish! Bini kau tengah sarat mengandung kau boleh buat dia macam tu! Kau ni bangang jenis apa!? Tak pernah sekali pun aku jumpa manusia babi bangsat macam kau!❞ Ikut turut juga Noah dan Arash menjerkah Qaish. Tidak tahan dengan sikap bodoh yang berada di fikiran Qaish.
❝Kau memang tak ada hati perut Qaish.. Bini kau tengah sarat mengandung tergamak kau buat dua macam ni.. Aku kecewa dapat kawan macam kau Qaish. Aku jijik dengan perbuatan kau!❞ Arash pula berkata.
Qaish hanya diam mendengar setiap jerkahan yang dilontarkan oleh satu per satu dari orang yang dia sayangi.
Dia mengaku, dia memang salah. Dia salah. Salah dia dalam segala perbuatannya.
Benar kata Noah dan Arash, dia manusia yang tidak berhati perut dan manusia yang digelar sebagai 'babi bangsat'.
❝Abang, dahlah. Biar aje diaorang tu. Kita sekarang ni kan dah kahwin. Kita hidup cara kita aje ya abang?❞ Nayla cuba memujuk Qaish. Dalam diam, dia bangga kerana misinya untuk mendapatkan Qaish sudah berjaya. Dia bangga kerana dia dapat menghalau Natalieya dari rumah ini. Dia bangga!
❝Aku kecewa bila ada anak macam kau ni Qaish. Aku kecewa. Mana anak yang aku selalu percayakan? Mana sikap disiplin yang selalu kau tunjukkan tu? Mana?!❞ Giliran Dato' Qasyah pula menjerkah anaknya itu. Sabarnya semakin menipis.
Satu demi satu orang keluar daripada rumah itu. Tinggal Qaish dan Nayla sahaja yang berada di ruang tamu.
Qaish duduk di sofa. Dia meramas rambutnya sendiri.
❝Puas hati? Puas hati kau? Aku tanya ni bodoh puas hati kau?!❞ Jerkah Qaish kepada Nayla. Gara-gara Nayla, dia hilang orang yang dia sayang. Gara-gara Nayla, dia hilang anak dan isterinya.
❝Abang cakap apa ni? Puas hati? Apa yang puas?❞ Nayla masih dengan kebodohannya.
Smirk.
❝Ni yang kau nak sebernanyakan!❞
Qaish merentap kuat rambut Nayla. Diseretnya wanita itu sehingga ke bilik stor. Stor yang kotor, jijik, busuk, sepah dan selekeh bagi Nayla.
❝Aku nak kau rasa apa yang kau buat dekat Natalieya dulu!
Qaish menutup pintu itu dan menguncinya.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 | 𝐒𝐔
Romance•┈♛ 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚♛┈• ★𝐐𝐀𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 1★ 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐏𝐀 perlu mencintai sedangkan boleh dicintai? Itulah 𝐗𝐀𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈𝐄𝐘𝐀 𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐄𝐘𝐀 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐄𝐍. Seorang gadis yang berumur 23 tahun dan mempunyai syarik...