﷽ - SYUHADAH 9th BOOK "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, surah at-Tin ayat empat. Allah pun dah beritahu dalam kitab Dia bahawa Dia ciptakan kita dalam keadaan yang terbaik. Kenapa kita nak nafikan apa yang Allah kurniakan pada kita? Usah bersikap menghukum kurniaan Allah. Takut Dia tarik nikmat itu, kita dah tak boleh buat apa-apa lagi. Masa itu, penyesalan yang muncul dalam hati pun tak berguna lagi. Jelas?" Menjadi seorang yang sentiasa diejek dan direndahkan membuatkan kehidupan Faizah diselubungi rasa sedih akan kekurangan yang terdapat pada dirinya. "Kau ini dahlah buruk, bodoh pula itu! Aku suruh kau padam nama aku saja... susah sangat? Patutlah tak ada kawan." Lebih-lebih lagi apabila dia dibuli dengan orang yang membencinya tanpa sebab. Hal ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam hatinya, sekaligus menambah luka yang kian mendalam. Namun, hanya kata-kata ayahnya yang dia pegang sehingga menjejak usia dewasa. Kata-kata itulah yang menjadi kekuatannya setiap kali dirinya diambang kesedihan dan berada pada titik terendah. "Cantik di mata orang yang tepat." Terimalah, KU BUKAN YANG SEMPURNA. START: 15 APRIL 2024 END: :-