SOFIAH QISTINA, gadis yang dibesarkan dengan segala harta dan kemewahan. Namun dia hanya dahagakan kasih dan sayang papa dan mamanya. Paksaan papa Qistina, Tan Sri Ali Saifuddin, untuk mengahwini lelaki durjana bernama Remy tidak diendahkan demi menjaga maruah serta imannya. Maka dia lebih rela dihalau keluar dari rumah daripada berkahwin dengan Remy. Lantas peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh Ian Iskandar tidak mahu dilepaskan. Dia lebih rela menjadi seorang peneman kepada ibu Ian Iskandar walaupun terpaksa meninggalkan bumi Malaysia dan berhijrah ke kota London. IAN ISKANDAR, lelaki berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang serius lagi tegas. Hidup di bawah satu bumbung bersama Qistina membuat hati lelakinya terusik. Buat pertama kali hatinya terbuka ingin memiliki dan dimiliki. Pertama kali jugalah dia merasakan apa itu kasih, sayang, cinta, marah dan cemburu, hanya kerana seorang gadis. Kehidupan Qistina menjadi huru-hara dengan perhatian rapi yang diberikan Ian Iskandar. Sikap lelaki itu yang terlalu ingin memiliki Qistina mengiringi setiap langkahnya. Sifat cemburu Ian Iskandar terhadap hubungannya dengan Dr. Ilyas Khan benar-benar melemaskannya. "Will you marry me, Qistina? Apa yang susah sangat nak faham, Qistina? Soalan simple nacam tu pun awak tak boleh faham? Straight forward je kan? Takde bahasa kias, takde teka-teki..." - Ian Iskandar Mampukah Qistina menerima Ian Iskandar setelah apa yang Remy lakukan terhadapnya? Mampukah Ian Iskandar menerima Qistina seadanya? Mampukah mereka pertahankan bahtera cinta mereka apabila mengetahui Remy masih memburu Qistina? Siapa pula Remy? Betapa hebatnya cinta seorang lelaki bernama Ian Iskandar terhadap cinta hatinya. Demi Qistina, Ian Iskandar sanggup melakukan apa sahaja... apa sahaja demi kebahagiaan seorang isteri!