CikLumiie

ATMA Bab 8 update!
          	
          	
          	
          	"Mahfuz..takde ke? Lama aku tak jumpa dia,"soal tuan Akhbar, melilaukan mata ke serata rumah.
          	
          	"Mahfuz tak balik. Dia bertugas hari ni di asrama,"balas tuan Hariri santai. Padahal dia sendiri tahu sebab mengapa anaknya itu tiada dirumah.
          	
          	Tuan Akhbar mengangguk perlahan. Seketika matanya melirik pada tuan Hariri dan puan Khadijah, seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya.
          	
          	"Ehem.. Alang alang kita dah bercakap pasal Mahfuz dengan Fatimah ni kan.. Apa pandangan kau, kalau kita...berbesan?"
          	
          	Mata puan Khadijah membulat sementara tuan Hariri sudah tergelak besar.
          	
          	"Berbesan?"
          	

CikLumiie

ATMA Bab 8 update!
          
          
          
          "Mahfuz..takde ke? Lama aku tak jumpa dia,"soal tuan Akhbar, melilaukan mata ke serata rumah.
          
          "Mahfuz tak balik. Dia bertugas hari ni di asrama,"balas tuan Hariri santai. Padahal dia sendiri tahu sebab mengapa anaknya itu tiada dirumah.
          
          Tuan Akhbar mengangguk perlahan. Seketika matanya melirik pada tuan Hariri dan puan Khadijah, seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya.
          
          "Ehem.. Alang alang kita dah bercakap pasal Mahfuz dengan Fatimah ni kan.. Apa pandangan kau, kalau kita...berbesan?"
          
          Mata puan Khadijah membulat sementara tuan Hariri sudah tergelak besar.
          
          "Berbesan?"
          

CikLumiie

Assalamualaikum semua. Korang masih ingat lagi tak Muhafiz? Kisah Zinnirah, Izdiey dan Mahfuz? Kali ni cik Lumiie bawakan Atma, kesinambungan kepada Muhafiz. Terima kasih atas support korang selama ini yang buatkan cik Lumiie rasa Muhafiz deserve a sequel.
          
          So, silakan enjoy dan jangan lupa komen ye. Supaya cik Lumiie boleh perbaiki. Bubye!
          
          
          I just published "Bab 1" of my story "ATMA". https://www.wattpad.com/1465153275?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=CikLumiie

CikLumiie

Kach beri satu hadiah misteri pada Hayk. Dalam masa yang sama Suri berdepan dengan satu kes hantu yang agak complicated. Nak tahu apa kesnya? Jom layan chapter 19
          
          
          
          Sneak peek;
          
          
          "Erm..kita nak pergi mana ni?"soal Hayk gelisah.
          
          Pelbagai perkara yang bermain di benak lelaki itu saat ini. Namun yang paling menganggunya adalah hadiah yang dikatakan Suri. Apa yang telah lelaki samurai itu lakukan padanya?
          
          "Tengok hantulah. Tadi kau nak tengok sangat."
          
          Spontan Hayk menelan air liur. Pandangan terus dibuang keluar tingkap. Jalan yang gelap dan sunyi itu jelas menakutkan tapi Hayk bukan takut disergah hantu, dia lebih takut jika ada penjenayah yang bersembunyi di balik semak semak menunggu peluang merompak mereka. Lelaki itu masih tetap dengan pendiriannya, hantu tidak wujud!
          
          "Tolong jangan cakap yang ini salah satu muslihat kau nak takutkan aku Suri,"ujar Hayk kembali melihat ke cermin depan.
          
          "Aku dah tah-"
          
          "AAHH!!"
          
          BAM! Seorang wanita muncul disebalik kabus melanggar cermin hadapan kereta G-Wagon itu lalu menghilang.
          
          SHRIKKKK!! SHRIKKK!!
          
          "SURI!!!!"
          
          
          
          
          I just published "Bab 19" of my story "Eternal: House Of The Dead". https://www.wattpad.com/1460018572?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=CikLumiie

CikLumiie

Hayk pengsan lepas mentekedarah masakan Suri. Nasib baik tak meninggal mamat tu. Tapi konflik antara dia dan Suri semakin menebal. Jangan lupa layan. New chapter updated!
          
          
          Sneak peek;
          
          
          "Kau masih taknak mengaku ea? Baik, kalau hantu tu wujud..mana dia? Tunjukkan dekat aku, aku nak tengok,"cabar Hayk sambil melilaukan mata ke setiap penjuru Bukit Deghz. Ini tanah perkuburan, jadi pasti banyak hantu yang berkeliaran disini.
          
          "Tsk! Mana ada hantu kat sini. Semua roh dah dihantar pergi sebelum bertukar jadi hantu,"bidas gadis itu.
          
          "So takde hantulah? Jadi betul lah yang hantu tu tak wujud!"
          
          "Hantu tu wujud!"tegas Suri.
          
          "Jadi buktikan! Mana?!"teriak Hayk sambil menjegilkan mata.
          
          Huf! Suri meniup rambutnya, geram dengan perangai Hayk. Mujur dia tidak dibenarkan membunuh manusia, kalau tidak pasti sudah lama inspektor itu ditendang jatuh ke dalam gaung. Satu senyuman misteri terbit.
          
          "Kach!!"panggil Suri sekuat hati.
          
          
          
          
          I just published "Bab 18" of my story "Eternal: House Of The Dead". https://www.wattpad.com/1458955343?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=CikLumiie