-With Blaze-
"Golll!!!!"
Lima orang remaja lelaki bersorak secara serentak setelah salah satu dari mereka menendang bola masuk ke dalam gawang.
"Woish terbaik lah Blaze!" Seru mereka semua
"Hem, tengok kaki lah!!" Ujar Blaze dengan bangganya
Blaze melirik ke arah jam tangannya yang sah menunjukkan pukul 6 petang. "Eh, dah petang ni" gumannya
"Dey aku nak balik dulu eh, byee!!" Ujar Blaze seraya melambai pada kawan2nya yang tengah berehat kat tepi padang
-Blaze POV-
"Satu! Dua! Tiga! Hap!"
Dari kejauhan aku ternampak seorang remaja lelaki yang tengah main ngan bola dia. Dia melambungkan bolanya ke udara selama tiga kali, lalu dalam hitungan yang keempat dia mendaratkan bola tu kat punggungnya. Dia buat benda tu berkali-kali.
Aku yang melihatnya pun teruja sangat. "Boleh tahan juga dia main bola, kalau aku ajak dia main kat tim aku esok, mesti terbaik" batinku
"Woyy!!" Aku berseru, seraya lambaikan tangan aku dari jauh
Dia menoleh, dan ekspresi yang ia tunjukkan sedikit buat aku hairan. "Lah? Kenapa dia terkejut, aku hensem sangat ke?"
Setelah aku menghampirinya, ia mengatur riak wajahnya agar kembali normal. Tapi, aku tak mengidahkan sangat benda tu.
"Woish hebatnya kau main!" Ujarku
"Jangan nak merendah. Kau lagi hebat dari aku" katanya
"Mana kau tau?"
"Aku sering nampak kau main bola sepak kat padang tu"
Aku tersengih masa dengar jawabannya. "Lah yeke? Ehehehe... trima kasih"
Iris merah keungguan miliknya menatap datar pada aku yang masih tersengih-sengih.
"Habistu kenapa kau tak pernah ikut main? Skill bola sepak kau dah epic kot"
"Takde papa, malas je. Lagipun, aku takde kawan kat sini"
Hah?! Seriously?? Takde kawan? Biar betul dia ni? Dia orang jahat ke? Tapi aku nampak dia okey je.
"Iya ke??" Aku yang merasa ragu mencoba memastikan
"Haih~ iyalah, selama ni kau pernah ke nampak aku main dengan budak2 kat sini? Tak pernah kan?"
Hmm... betul jugak apa dia cakap tu. Even, ini first time aku jumpa dia.
"Kalau macamtu, maknanya aku lah kawan kau yang pertama. Betul tak?"
"Aik?? Sejak bila kau jadi kawan aku pulak ni" perlinya
Aku memutar bola mataku dengan jengah. Tak reti bersyukur betul budak ni, aku dah anggap dia kawan tapi dia macamni pulak.
"Kau nak ke tak ni?" Aku menghulurkan tangan, dengan harapan dia mahu membalas
"Yelah2" dan tangan kami pun saling bertaut
"Mmm.. Sape nama kau?" Tanya aku. Baru perasan pulak yang aku ni tak tau nama dia
"Fang" jawabnya
"Aku Blaze"
Ditengah perbualan kami, azdan maghrib berkumandang.
"Eh dah lewat ni, aku balik dulu eh. Byee..." aku segera berlari menjauh dari Fang, tapi aku terlupa sesuatu. "Woyy... esok jumpa kat padang eh!!" Fang hanya membalas dengan senyum kecil
KAMU SEDANG MEMBACA
BoBoiBoy: The Secret Behind Revenge
Fanfiction"Menyesal aku dah anggap kau sebagai sahabat dulu!!! -Halilintar "Kau ingat aku dah lupa yang kau dan keluarga kau dah bunuh orang tua aku?!!" -Ice "Aku ingatkan kat kau supaya jangan dekat-dekat dengan diorang" -Solar "Jangan semua benda kau bawa e...