Keesokan Harinya●
-Halilintar's House-
Macam biasa, sebelum berangkat ke sekolah Ray akan siapkan sarapan buat adik2nya. Dia dah masak sejak pagi2 lagi.
Sekedar info, Halilintar masih belum balik ke rumah. Entah ada kat mana budak tu sekarang, iya ke dia nak ponteng sekolah sebab masih merajuk?
"Abang Hali belum balik lagi ke bang?" Tanya Thorn pada Ray
Boleh dilihat kalau nasi goreng yang ada kat pinggan Thorn masih utuh tak tersentuh. Nafsu makan Thorn kini tengah hilang, dia tak boleh tenang selama Halilintar belum balik rumah.
Ray yang mendengar soalan Thorn pun dilanda kebingungan. Dia tak tau nak cakap macamane kat Thorn, kalau orang lain yang tanya dia masih boleh jawab. Tapi ini Thorn, silap jawab sikit boleh jadi masalah.
"Emh.. abang Hali--" belum selesai Ray bercakap, ayatnya dah dipotong oleh Solar
"Semalam Abang Hali tido kat rumah kawan" katanya. "Dia dah telefon aku pagi tadi"
Semua orang mengeluh lega. Sekarang dah takde yang perlu dirisaukan lagi sebab mereka dah tau kalau keadaan Halilintar ni okey.
"Assalamu'alaikum" terdengar seseorang mengucap salam
Secara serentak semua orang menoleh ke arah pintu utama. Reaksi semua orang sedikit terkejut masa tu. Tapi tak dengan Thorn, dia nampak bahagia sangat. Dia terus turun dari duduknya dan peluk orang tersebut. Seseorang yang Thorn peluk pun membalas secara perlahan.
"Abang Hali pergi mana semalam? Thorn risau sangat tau" ucap Thorn pada seseorang yang ia panggil dengan sebutan Abang Hali
Hali tersenyum kecil, ia leraikan pelukannya daripada Thorn. "Semalam abang ada kat rumah kawan" jawab Hali
"Betul?? Abang tak tipu Thorn kan?"
"Betullah, buat apa nak tipu" Halilintar usap pipi tembam Thorn yang dah basah sebab air mata
Yang lain hanya mampu tersenyum melihat mereka berdua. Memang macamni lah, sikap manis Hali cuma ia tampakkan pada Thorn sahaja. Tak pernah pun dia bagi senyuman dia kat orang lain kecuali Thorn.
Tapi itu bukan berati Halilintar tak sayang kat saudara2nya yang lain. Dia pun sayang ngan saudaranya yang lain cuma Hali ada cara tersendiri untuk sampaikan kasih sayangnya tu. Orang Tsundere lah katakan.
"Hmm.. dah, abang nak siap2 pergi sekolah. Thorn makanlah dulu" ujar Hali, Thorn hanya mengangguk seraya tersenyum lebar
Skip Time>>
-Sekolah Menengah Pulau Rintis-
-With Ice-
Pagi ni, Gempa ada bagi tugas kat Ice buat ambilkan buku pelajaran dia yang tertinggal kat perpustakaan. Mahu tak mahu Ice pun patuh, dia taknak kalau sampai kena bebel sebab taknak tolong abang sendiri.
Sekarang ni Ice tengah jalan ke kelas Gempa guna bagi balik buku2 dia. Buku yang Ice bawa ni bukannya sedikit, dia bawa 10 buku dan ada 3 kamus bahasa yang tebal gilerr! Sampai nak jatuh Ice masa angkat buku2 tu tadi.
Masa dalam perjalanan tetiba seseorang langgar Ice sampai ia jatuh tersungkur. Buku2 yang ia bawa pun dah berserakan kat lantai.
"Alamak! Eh sorry2 awak okey ke?" Kata orang tadi
Ice yang terjatuh membelakangi orang tadi mulai berdiri perlahan seraya usap punggung dia. Jelas Ice marah dengan orang tadi, jalan lebar2 macamni pun dia masih boleh langgar orang.
KAMU SEDANG MEMBACA
BoBoiBoy: The Secret Behind Revenge
Hayran Kurgu"Menyesal aku dah anggap kau sebagai sahabat dulu!!! -Halilintar "Kau ingat aku dah lupa yang kau dan keluarga kau dah bunuh orang tua aku?!!" -Ice "Aku ingatkan kat kau supaya jangan dekat-dekat dengan diorang" -Solar "Jangan semua benda kau bawa e...