Haryung's POV
" Saya nak beli, bukannya curi ! "
Eh ? Tapi cara dia macam nak mencuri-
Lelaki itu bangun. Kegeraman, dia menanggalkan topi yang dipakai di kepala. Rambut berwarna perang kelihatan di sebalik topinya.
" Saya nak beli semua ni untuk kawan-kawan trainee saya, sebab tu saya beli banyak. Saya pakai topi dan pakaian serba hitam supaya tiada peminat nampak pergerakan saya. Penerangan ni cukup jelas tak untuk buktikan yang SAYA TAK MENCURI ? "
Eric ternganga, begitu juga kami. Serius pada awalnya kami anggap memang dia mahu mencuri semua ramen ni.
Mestilah Eric yang paling dumbfounded. Dia dah tersalah faham dan cederakan bakal selebriti yang cuma datang nak beli makanan untuk kawan-kawannya.
" Nampaknya s-saya dah salah faham... "
" Sudahlah, saya dah tiada mood nak beli. " Dia beralih kepada pekerja kedai serbaneka yang dari tadi perhatikan kami. " Maafkan saya sebab buat sepah, lain kali saya datang dan tebus kesalahan saya. Saya akan bayar ganti rugi kalau perlu. Saya pergi dulu. "
Lelaki itu bangun, wajahnya jelas nampak marah dan malu. Dia berjalan di antara Bomin dan Hyunjin, kemudian berjalan keluar dari kedai serbaneka.
Hyunjin dan Bomin cepat-cepat membantu pekerja kedai menyusun semula semua ramen yang jatuh dan yang ada dalam beg lelaki tadi.
Eric tiba-tiba berlari keluar. Aku yakin dia cuba nak kejar lelaki tadi balik.
Selepas ambil beg lelaki tadi yang ada di atas lantai, aku turut sama berlari keluar. Larian Eric yang pantas berjaya mengejar lelaki tadi. Eric berjaya buat dia berhenti berjalan, tapi dia menepis tangan Eric dengan penuh kemarahan.
" Nak apa lagi ? Saya nak terus balik syarikatlah, jangan risau, saya takkan pergi mencuri di kedai lain pula. "
" Saya betul-betul minta maaf. Saya dah buat silap besar sebab tuduh awak mencuri tadi... Tolong maafkan saya. K-kalau tak nak maafkan saya pun, tolong suruh saya buat sesuatu untuk tebus kesalahan saya. Tolonglah... "
Eric nampak betul-betul bersalah. Wajahnya jelas kecewa dengan diri sendiri.
Dia berusaha untuk minta kemaafan lelaki ni, sampai sanggup nak buat apa-apa sahaja.
Betapa baik dan sucinya hati crush aku aww !
" Belajar. "
Aku dan Eric pandang satu sama lain, jelas keliru dengan permintaan dia ni. Lama diam, itu je perkataan yang keluar dari mulut dia ?
Tiada lagi wajah kemarahan terpamer di mukanya. Dia sudah boleh tersenyum lepas nampak Eric betul-betul kesal akan kesilapannya.
Tapi belajar ? Maksudnya ?
" Ajar saya sampai pandai. Saya banyak skip kelas sebab sibuk berlatih untuk debut. Walau apa pun, saya nak graduate dari sekolah tahun depan juga, sama macam kawan-kawan lain. Saya tak nak tangguh pelajaran lagi. "
Oh itu rupanya...
Sekali lagi, Eric dan aku berpandangan. Mustahil untuk kami ajar dia ni sampai pandai sedangkan kami cuma tahu basic macam ABC.
Jumlah markah exam kami setakat.... average ? Macam mana nak ajar dia ni ?
" Cool. Kita boleh belajar sama-sama. "
Entah bila, Hyunjin dan Bomin sudah sampai. Mesti mereka dah habis kemas dan sempat dengar apa yang lelaki ni kata tadi.
Lupa pula kami ada Choi Bomin si genius ni. Baguslah kami dapat belajar sama-sama dengan dia ni.
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐍𝐁𝐎𝐘 || 𝐞𝐫𝐢𝐜 𝐬𝐨𝐡𝐧
FanfictionMeeting your boyfriend at a concert... I can't imagine anything better than that [The Boyz Eric malay fanfiction] Begin : 29th October 2020 (republish) end : 13th June 2021