17

55 8 2
                                    


Eric's POV

" Long time no see, Hyunjun-ah. "

Sebaik sahaja aku ucapkan perkataan itu, kamera mula mengambil shot wajah kami dengan lebih dekat, pastinya teruja untuk mengetahui drama tersembunyi antara kami.

Aku bukannya bercakap ikut skrip atau arahan sesiapa, aku memang rasa mahu cakap.

Kali terakhir kami berjumpa adalah pada malam tu, malam yang Hyunjun dan Sunwoo datang untuk berjumpa aku untuk permohonan maaf. Tapi aku pilih untuk tak nak berjumpa mereka lagi sebab sakit hati.

Sekarang pun sakit hati lagi. Aku kan lelaki, ada maruah yang nak dijaga.

Tapi aku bersabar je. Ini survival show yang dirakam hampir setiap pergerakan kami sebaik sahaja kamera dihidupkan, jadi aku patut jaga diri.

" Welcome back, Eric. Semoga berjaya harini. "

Aku dan Hyunjun berbalas senyuman, menamatkan sesi perjumpaan face to face kami. Dalam sekali imbas, aku perasan wajah-wajah familiar di dalam pasukan lawan.

Mereka yang dulunya aku anggap macam keluarga kedua. Sekarang baru aku sedar, Serim Dance Crew lah keluarga sebenar.

Pandangan keji mereka (pelajar SOPA) kembali menghantui aku.

Tiba masa untuk persembahan. Undian dibuat dan Serim berjaya mendapatkan giliran kedua untuk membuat persembahan.

Ini bermakna SOPA yang akan mulakan terlebih dahulu.

" SOPA Dance Team fighting !!! " sorakan mereka bergema kuat di atas pentas.

Lagu dimainkan dan persembahan bermula. Siaran secara langsung dan undian pun telah mula diambil kira.

" Sunwoo akan lompat. " tekaku. Sebaik sahaja Sunwoo memanjat belakang tiga orang lelaki, dia betul-betul lompat.

Backflip yang aku pernah ajar dulu.

" Tarian lap lantai. " gelaran yang aku, Sunwoo dan Hyunjun berikan untuk satu gerakan kaki yang seperti sedang mengelap lantai.

Dan mereka lakukan gerakan itu.

Persembahan tamat. Masa untuk mengundi SOPA Dance Team juga telah ditutup.

Hmm well, mereka gunakan tarian yang kami pernah cipta bersama dulu. Hyunjun masih belum berjaya cipta koreografi sendiri dengan baik.

Dan aku dapat tengok kelemahan dan kelebihan setiap ahli. Tarian mereka sudah kemas, tapi tiada elemen kejutan.

Hyunjun pula nampak gementar.

Haih... mesti susah. Dia tiba-tiba kena ketuai kumpulan yang dia tak pernah buat.

" So how ? Sebagai bekas ketua, apa pendapat awak tentang tarian mereka ? " Bomin tiba-tiba muncul entah dari mana, dia mengambil tempat di sebelahku.

" Mereka masih ada tabiat yang sama masa menari. Dan tarian ni tarian asas kami selalu guna semasa berlatih. Sejujurnya, tiada kejutan. " Bomin mengangguk. " Apa pendapat awak pula ? Ini kan kali pertama awak tengok. "

" Tarian ringkas. Mereka pentingkan keseragaman tapi dari aspek lain, mereka cuma dapat markah purata kalau saya yang bagi markah. "

Bomin dan aku berlaga penumbuk.

Pendapat kami sama. Aku juga rasa persembahan kami akan jauh lebih hebat.

Tapi memandangkan SOPA jadi tuan rumah, aku tak boleh jamin yang kami akan mendapat undian majoriti. Mestilah pelajar SOPA yang lain akan mengundi SOPA Dance Team kerana mahu kemenangan berpihak kepada mereka. Ditambah pula lagi dengan situasi peribadi antara aku dan SOPA, pastinya tiada siapa yang nak mengundi kami. Walaupun tarian kami mungkin jauh lebih baik...

𝐅𝐀𝐍𝐁𝐎𝐘 || 𝐞𝐫𝐢𝐜 𝐬𝐨𝐡𝐧Where stories live. Discover now