Eric's POVSelesai mandi, aku berlalu ke almari bajuku. Terpamer helaian baju T-shirt pelbagai warna tergantung, tapi aku mencapai baju T-shirt berwarna hitam dengan trademark Mark Tuan.
Patut ke aku pakai baju ni ?
Tak sangka, ada orang cam diri aku di dunia realiti. Dan orang tu adalah Lee, online friend aku selama lebih enam tahun.
Dia tahu aku Sohn Youngjae.
Aku takde pilihan lain selain jumpa Lee dan minta dia rahsiakan identiti aku yang Ahgaseric_MT ni adalah Sohn Youngjae. Mesti dia akan rahsiakan kan memandangkan kami dah lama berkawan rapat ?
Aku ramai mutual di Twitter, itu jelah yang jadi kawan-kawan aku. Sohn Youngjae mana ada kawan.
Tapi... macam mana Lee boleh kenal aku ? Dia nampak aku di mana-mana ke ? Jangan-jangan dia tak tahu pun yang aku ni Sohn Youngjae, atau mungkin dia tersalah anggap orang lain adalah Eric ?
Selepas menyarung baju di badan, aku melihat biasan diriku di cermin. Lama termenung, aku menghelakan satu nafas super berat.
Lee...
" Macam mana nak hadap dia ni aduh... "
Malas berfikir lagi, aku terus bertolak menuju ke kafe yang dijanjikan dengan berpakaian seperti Sohn Youngjae.
Sohn Youngjae - Full-disguise (Bucket hat, mask)
Eric - Handsome face
Aku mengenakan full-disguise bila pergi ke mana-mana event GOT7 sebagai Sohn Youngjae. Tapi di waktu lain, aku adalah Eric. Aku tak mahu diri fanboyku dikenali rakan-rakan di dunia sebenar.
Atas banyak sebab.
" Eric ! " Seseorang menjerit memanggil nama onlineku sebaik sahaja aku memasuki kafe. Bila aku pandang ke arah pemilik suara, aku sedikit terkejut.
Perempuan kurang ajar tu- Dia sapa aku.... happily ?
Takkanlah.... dia panggil aku dengan nama Eric sedangkan aku pakai macam Sohn Youngjae sekarang...
Takkanlah dia Lee ?!
Aku mengambil tempat duduk di hadapannya.
" A-apa awak buat kat sini ? " Tanyaku gelisah. Jelas sekali aku dah tahu kenapa tapi macam tak boleh nak percaya, jadi aku bertanya kepada tuan badan sendiri.
" Awak bergurau ke ? Saya tahu awak Eric, kawan online saya yang paling berjaya. Sayalah Lee, akhirnya saya dapat jumpa awak secara berdepan ! " katanya teruja.
Aku sedikit tergamam. Nampaknya memang betul dialah Lee.Dalam banyak-banyak manusia di muka bumi ni, kenapa Lee ni rupanya ahgase yang kacau aku di konsert lepas ? Kami berebut baju... dan paling teruk lagi, aku selamatkan dia semasa orang asing tu cuba serang dia !
Ini Lee ?!
Memang dia orang pertama yang aku nak jumpa secara berdepan... aku pun dah lama nak sangat tengok rupa Lee.
Tapi perjumpaan pertama kami adalah adegan perebutan baju which is not cool at all.
" Jelas sekali saya ni Sohn Youngjae. Kita dah bergaduh pun haritu. Siapa pula Eric ? " aku masih mencuba nasib,
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐍𝐁𝐎𝐘 || 𝐞𝐫𝐢𝐜 𝐬𝐨𝐡𝐧
FanfictionMeeting your boyfriend at a concert... I can't imagine anything better than that [The Boyz Eric malay fanfiction] Begin : 29th October 2020 (republish) end : 13th June 2021