05

133 21 2
                                    

Haryung's POV

Tiba-tiba, Eric pegang dagu aku-

Dup dap dup dap... Secara rasminya inilah sentuhan fizikal kami setelah hampir 6 tahun berkawan dan wow- A-aku terkejut.

Matanya merenung dalam anak mataku. Aku pula yang jadi tak tentu arah cuba nak larikan anak mata sendiri dari pandang straight ke dalam mata dia.

Okaay ni pelik...

Tanpa beri sebarang amaran,

" Argh ! "

Eric tolak dagu aku untuk tutup mulut aku yang ternganga.

Gigi aku terkertap kuat sebab dia.

" Itu je yang saya framekan, saya bukanlah sepelik yang awak bayangkan. Merch yang lain saya simpan dalam rak. Nanti saya snap, tunjuk kat awak. "

Hebatnya sebab dia boleh baca fikiran aku.

" Seriously we shared the same braincells. " kataku.

" Braincell awak kurang, sebab awak tak ingat apa yang Jinyoung hyung-nim cakap kat konsert malam tu ! "

*Jinyoung GOT7

Eh dia bangkitkan lagi hal tu, " Saya terlupa laaahh sebab awak asyik ganggu saya haritu !!! Berhenti ejek saya dan beritahu sekarang, semua di Twitter tak henti-henti sebut tentang tu tapi macam saya seorang je tak tahu ! Awak semua berpakat tak nak saya tahu ke ? "

" HAHAHAHAH ! Tak nak~ "

Hyunjin's POV

Kembali ke meja- Eh ?

Aku berlari anak ke arah meja yang tadinya diduduki Haryung. Tinggal Bomin seorang je tengah habiskan makanan yang ada di atas meja.

Nasi aku pun dia habiskan... " Yah, mana kawan saya ? "

Aku tahu Eric pun menghilang sekarang, tapi Lee Haryung is my priority.

Peace.

Sambil mengunyah, " Kawan awak dan Eric pergi ke sesuatu tempat bersama-sama dan tinggalkan saya dengan semua makanan ni. Rupanya mereka berdua dah kenal each other. "

" A-apa ? Awak tak bergurau kan ? "

Bomin mengangguk. "Awak ada gelak ke ? Takde kan? "

Tanpa memperdulikan Bomin yang nampaknya bahagia dengan semua makanan di sekeliling dia (totally dia dah lupa yang dia handsome dan sedang jadi perhatian di kafeteria tu), aku berlari seluruh sekolah mencari Haryung.

" Nampak Haryung ? "

" Korang nampak Haryung tak ? "

Semua yang kenal Haryung aku tanya. Tidaklah aku menggelabah sampai tahap macam Eric dah culik Haryung ke apa-

Eh takkanlah kan ?

Aku cuma pelik. Memanglah dia popular kerana kecantikan dan sebab dia fangirl, tapi Haryung bukan jenis yang akan berdua sahaja dengan lelaki asing tanpa aku...

Melewati blok pelajar, kafeteria, main hall, dan kini aku berada di padang, kelibat Haryung langsung tidak kelihatan di mana-mana.

" Ke mana lagi tempat yang aku dan Haryung selalu pergi ? " Tanya aku kepada diri sendiri, tapi siapa nak jawab ?

Dah puas aku fikir, dah sihat bertenaga badan aku sebab berlari secukupnya untuk tempoh seminggu, dalam masa sehari, hari ni. Aku berjalan ke bangunan sukan, satu-satunya bangunan di Sports Centre untuk berehat sekejap.

𝐅𝐀𝐍𝐁𝐎𝐘 || 𝐞𝐫𝐢𝐜 𝐬𝐨𝐡𝐧Where stories live. Discover now