BAB 9

588 50 41
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"TIT. Tit. Tit. Tit. Tit."

   Bunyi kata laluan dimasukkan. Selang beberapa saat, pintu bilik automatik di mana Aliya berada terbuka. Ejen Dayang terkedu melihat Aliya yang sedang bersujud, solat Subuh. Serta-merta ditutup kembali pintu itu, tidak mahu diganggu. Bercakap selepas ini sahaja.

   Buat pertama kalinya, dua ketua teras membuat mesyuarat awal pagi di bilik misi Akademi M.A.T.A. Memandangkan tidaklah begitu banyak orang seawal 6:45 minit pagi ini, tidak salah untuk bermesyuarat di situ.

   Ejen Dayang melangkah masuk ke dalam bilik misi tersebut. Kelihatan Ejen Ganz duduk di atas kerusi, sedang memakan cendol. Pasti itu sarapan paginya. Tetapi, kongsilah sedikit.

   Ejen Dayang berdehem, cuba mengambil perhatian Ejen Ganz yang larit menikmati cendol. "Ehem! Seronok makan cendol?"

   "Eh, sampai pun kau." Ejen Ganz meletakkan cendolnya di bawah. Sisa-sisa kuah di tepi bibir dilap sedikit. Haih... lapar sangat ini.

   "Macam mana dengan IRIS Overide milik Aliya? Ada pencapaian?" Ejen Ganz berpeluk tubuh memandang Ejen Dayang. Siap minum air kotak Milo lagi. Banyak bekalan bawa, abang? Mahu pergi berkelah ke?

  Ejen Dayang melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi. Sebatang pen pemacu dicucuk di bawah meja bulat tersebut. Keluar maklumat IRIS setakat ini.

   "Setakat ini semua berjalan dengan lancar. IRIS pun sudah merangkak sedikit demi sedikit ke bahagian yang kita agak takuti dan nanti-nantikan, Overide Mood." Muka Ejen Dayang serius sahaja semasa membincangkan hal ini. "Saya cuma risau..."

   Ejen Ganz cuba meneka ayat seterusnya. "Overide kali pertama ini tidak stabil?"

   Ejen Dayang mengangguk, perlahan. "Itulah yang saya risaukan."

   "Bagaimana dengan Ali? Patutkah kita bagi dia luangkan masa dengan Aliya?" tanya Ejen Ganz. Keningnya sengaja dijongketkan. "Aliya itu kan... ibu dia."

   Ejen Dayang mengetap bibir. "Saya yakin Aliya dapat latih Ali dengan baik." Ejen Dayang menaikkan gambar hologram IRIS ke atas. "Lagipun, Aliya sudah tahu Ali pengguna IRIS selepasnya. Jadi, senanglah mereka berdua berlatih bersama."

   "Tetapi, bukan ke Aliya tu tengah mengandung?" Ada nada tidak puas hati pada ejen Ganz tersebut.

    Sejak peristiwa Niki menyerang Dato' Othman, rasa percaya pada Ali sedikit menipis walaupun Ali yang menyelamatkan Dato' Othman pada kejadian itu.

   "Bukankah ada Overide Mood?" Ejen Dayang cuba meyakinkan Ejen Ganz dengan keputusannya. Woman always right!

   Ejen Ganz menghela nafas, berat. Kawan dia ini... sebab inilah malas mahu bekerja dengan perempuan! Selalu sahaja mahu menang! Terpaksalah ikutkan sahaja.

   Ejen Ganz mengeluh seketika. "Penjahat mesin masa itu pun kita tidak dapat kumpul maklumat tambahan walaupun sebutir debu. Macam... terlalu misteri. Yang aku dapat, Profesor Acta itu bekas pesakit sakit jiwa. Ada seorang isteri yang sudah meninggal, juga pesakit jiwa dan seorang anak yang mati lemas."

  Ejen Dayang tersedar sesuatu. "Jangan-jangan... Profesor Acta hendak selamatkan anaknya yang mati lemas. Sebab itulah dia ciptakan mesin masa."

   Ejen Ganz menepuk meja dengan kuat. "Betul juga kalau difikirkan balik."

AliYa (EA) Where stories live. Discover now