BAB 16

323 41 9
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"MARI aku perkenalkan diri aku." Ejen Reziana duduk di atas laci bertentangan dengan katil diduduki Aliya. "Aku dan kau kerja sambilan sebagai nurse di hospital M.A.T.A. Aku berada dalam teras Kombat."

   "Kau..." Aliya meneruskan katanya tanpa teragak-agak. "Ejen Ana."

   Meletus tawa kejam daripada Reziana. "HAHAHA, tidak sangka kau masih kenal dengan aku? Ingatkan... masih belum kenal." Kemudian Reziana meneruskan gelaknya. Rasanya dia pun terlepas dari Hospital Mental juga.

   Aliya merenung hairan Reziana. Sudah kenapa perempuan ini. Dia cuma sebut nama perempuan itu sahaja, terus Reziana tertawa terbahak-bahak seperti sekumpulan monyet di hutan.

   Kelakuan Reziana seperti orang gila terhenti apabila belakang kepalanya dipukul oleh Acta. Satu ngauman kesakitan terpacul keluar daripada bibir Reziana. Itulah, sakan sangat gelak.

   Reziana berpaling laju ke tepi. "Kau kenapa?"

   "Aku nak pastikan sahaja kau gila ke tak. Itu fasal aku pukul kepala kau." Acta menjawab dengan selamba. Tidak takut hendak dipukul kembali lelaki ini.

   "Aku datang dari masa lepas, Ana. Macam mana aku nak lupa nama kau." Aliya menjelaskan. Itulah, lama sangat hidup dekat dunia ini sampai jadi bodoh Reziana.

   "Ehem! Sudah! Semua ini terjadi sebab kau! Sebab kaulah... aku keluar dari M.A.T.A." Reziana terus menyalahkan Aliya. Jarinya ditunding tepat ke arah Aliya.

   Aliya membulatkan matanya. "Apa maksud kau... sebab aku? Bukan ke kau keluar dari M.A.T.A sebab cedera parah yang kau alami?"

   Reziana berdecit kerana tersentap. Dia segera memegang kakinya tanpa sebab sebelum mengalihkan dengan pantas.

   "Ya, memang aku keluar dari M.A.T.A. Dan aku keluar itu berpunca dari kau. Kaulah punca atas apa yang terjadi pada aku!" Reziana tidak putus-putus meletakkan beban kesalahan ke atas bahu Aliya.

   "Aku dulu seorang pahlawan terhebat dalam M.A.T.A. Pahlawan kombat orang katakan."

   Salah seorang ejen Inviso menyapa Reziana. "Wah, ejen Ana kita! Aku dengar kau kalahkan lima belas robot semalam? Fuuh, gempak! Gempak!"

   Reziana tersengih, bangga. Hidungnya ditepis. "Heh, biasalah. Aku kan ejen paling hebat dalam M.A.T.A."

   "Puji-pujian selalu aku dapat. Sampaikan ke mana-mana aku pergi, nama aku menjadi sebutan. Tetapi... sejak kau datang..."

   "Eleh... setakat lawan lima belas robot, apalah sangat." Ejen Tekno di atas sofa akademi itu seperti melekehkan usaha Reziana.

   Reziana tidak berpuas hati, segera membalas. "Ha? Apa maksud kau, Que? Ke... kau jealous dengan aku?"

   "Erm, tiada masa aku mahu cemburu dengan kau." Que menyambung mengilat kukunya tanpa memandang Reziana. "Semalam, ada ejen baru direkuit masuk. Dia tewaskan dua puluh robot seorang diri. Guna alat sendiri pula."

   Mendengar kata-kata itu, membuatkan Reziana tergamam. Beberapa ejen lain mendekati ejen perempuan Tekno itu untuk mendapat maklumat lanjut.

  "Wah, yakah?"

   "Macam mana hebatnya ejen baru itu?"

   "Oh, macam ini..."

AliYa (EA) Where stories live. Discover now