BAB 14

362 44 6
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"HAA..."

   Aliya dan Niki sama-sama memerhati langit di atas pangkin rumah Mak Yah. Niki menggoyang-goyangkan kaki robotnya yang dibuat oleh Aliya.

   "Nanti... aku kumpul duit, bayar kat kaulah. Mesti mahal kan, kaki besi ini? " Niki mengujarkan kata sambil merenung kaki robotnya.

   Aliya berpaling ke arah Niki sebelum tersengih kecil. "Lah... kenapa pula nak bayar? Hahaha, saya bagi ikhlaslah."

   Niki menjongketkan keningnya, memandang Aliya dengan penuh tidak percaya. "Iya ke kau ini?"

   "Mestilah. Tetapi, ada satu syarat!" Aliya menunjukkan jari telunjuknya dengan satu senyuman.

   Niki menoleh semula ke langit. "Ah! Aku dah agak dah! Mesti syaratnya duit, kan?"  Niki terlopong saat menoleh ke arah Aliya kembali. Jari manis Aliya yang dikeluarkan dipandang penuh hairan.

   "Janji." Aliya masih setia mengeluarkan jari manisnya. "Awak dan saya jadi kawan baik. Sama-sama kita bangunkan kawasan pinggiran ini!"

   "Huh!" Niki terbangun daripada tidurnya. Dia merenung baju yang disarungnya. Baju berwarna ungu. Ya, dia masih di dalam penjara M.A.T.A.

   "Serius tak kisah nak kawan dengan orang miskin macam aku ini?" Niki bertanya, teragak-teragak untuk menyambut huluran janji itu.

   "Ala, miskin ke... kaya ke... sama sahaja. Bukan yang kaya  mati dalam kubur emas." Aliya berkata dengan tangan yang bergerak-gerak. Dua kali pandang sudah macam Karam Sigh Walia pula!

   "Jadi, cepatlah! Janji ke tak? Dah lenguh tangan saya ini."

   Niki menyelak selimutnya ke tepi. Dia membetulkan posisi duduknya. Dari kaki di atas katil hingga menjejak tanah. Dia sempat mengeluh seketika.

   "Yalah, aku janji."

   Niki berbisik, perlahan. "Aliya."

   Satu nama yang membuat dia rasa bersalah sejak peristiwa itu. Namun, apa yang boleh diubah. Pemilik nama itu sudah hancur dikandung tanah. Semuanya sudah terlambat mahu memohon maaf.

   "Maafkan aku, Niki..."

   Niki mencengkam seluar berwarna ungunya. Sepatutnya dia yang meminta maaf, bukannya Aliya. Kerana egonya, semua hancur.

   "Apa kau dah buat, Niki? Apa yang Pinggiran dapat daripada semua ini? Kau cakap nak pulihkan Cyberaya. Kau cakap nak jaga orang kita. Tapi sekarang kau sendiri yang hancurkan semua!"

   Ya, dia yang salah.

   Dia tidak sepatutnya buat begitu.

   Tetapi... apa yang dia boleh buat? Tidak mungkin dia mahu meminta maaf di hadapan kubur Aliya? Sudah terjamin Aliya tidak akan membalas.

  " Aku... aku minta maaf, Aliya." Niki melirih, perlahan. "Aku tahu kau sudah meninggal, dan aku tahu itu. Sayangnya... aku langsung tak dapat dengar suara kawan baik aku lagi."

   "Aku maafkan."

   Niki tersentak. Cepat-cepat dia mengangkat wajahnya. Perkara pertama dia lihat ialah ejen Bakar. Seterusnya, ejen Dayang. Dan akhir sekali...

   "Aliya." Niki menyebut nama Aliya dengan air mata yang laju mengalir.

   Niki laju mendekati pagar, yang memisahkannya dengan dunia luar. Dia menayangkan riak wajah tidak percaya. "Betul ke kau ini... Aliya?"

AliYa (EA) Where stories live. Discover now