AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
."MAMA kamu mengandung."
"Ha?" Ali berpaling ke arah ejen Dayang. Riak wajahnya terkejut amat. "Mama saya mengandung... maksudnya, mengandungkan saya?"
"Nampaknya begitulah." Ejen Dayang menyembunyikan keluhannya. Wajah Ali dipandang tegas. "Kami sudah beritahu yang kamu anak Aliya. Tetapi... kamu jangan cerita apa - apa tentang kematian Aliya."
Ali meneguk air liur apabila direnung begitu. "Ba... baik."
"Meow..." Ngiauan Comot menarik perhatian Ali. Comot sedang menggesel di sebelah kaki kanannya.
Ali menghalau Comot senyap-senyap. "Comot, pergi. Tak boleh ikut."
"Ali? Kamu dengar tak apa yang saya katakan tadi?" Ejen Dayang menegur Ali apabila Ali kelihatan seperti tidak menumpukan perhatiannya.
Ali segera menjawab. "Err, maaf ejen Dayang. Saya dengar."
Kini, pintu di hadapannya dibuka melalui akses kata laluan. Aliya yang sibuk memerhati keadaan sekeliling terhenti apabila pintu dibuka. Aliya tersenyum ke arahnya. "Sampai pun kamu, Ali."
Ali tersentak melihat senyuman itu. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Aliya. Rasa seperti mimpi pula. Lagi kekok tatkala mengetahui dirinya lagi satu masih berada di dalam kandungan Aliya.
Kakinya terhinjut melangkah ke sebelah Aliya. Sebenarnya kakinya tercedera semasa kepalanya ditolak oleh si profesor tadi. Huhuhu, sakit woi!
"Saya keluar dulu." Dayang meminta diri. Mungkin ingin memberi ruang kepada dua beranak itu. Pintu gelongsor itu ditutup secara automatik lalu terkunci sendiri.
"Nama kamu, Ali, kan?" tanya Aliya, meminta kepastian. "Ejen Dayang kata... kamu anak saya."
Ali mengangguk. Bersungguh-sungguh dia mengujarkan kata. "Betullah tu. Sayalah anak mama."
Aliya melahirkan senyum mendengarnya. "Tarik sut kaki kamu sekejap. Nak sapu ubat."
Ali tercengang seketika. "Ha?"
"Saya tahu kaki Ali luka. Sebab itulah saya... mama nak rawat," beritahu Aliya sambil memegang minyak gamat. Nama panggilan juga turut bertukar.
"Oh..." Ali hanya menuruti arahan Aliya. Sut kakinya diheret ke atas sedikit. Memang benar, ada satu garisan luka lama terukir di lututnya. Kurang asam punya profesor.
Aliya menitikkan sedikit cecair minyak gamat ke atas tangannya. Lutut anaknya yang terluka itu disapu sedikit. Ali hanya melihat sahaja gerak tangan Aliya menyentuh kulitnya.
Sambil menyapu lutut Ali, Aliya bertanya. "Macam mana Ali masuk M.A.T.A?"
"Nasi lemak tempoyak udang." Ali menjawab secara ringkas.
Aliya mengerutkan dahi. "Apa? Nasi lemak?"
Ali menggeleng beberapa kali. "Eh, maksud saya... saya pernah 'order' nasi lemak tempoyak undang. Nak makan waktu rehat nanti. Tak tahu pula ada I.R.I.S dalam tu."
"Sekejap." Aliya memulas penutup botol itu dengan cepat. "Apa maksud Ali... I.R.I.S?"
Ali sudah berpeluh. 'Alamak...'
"Err... macam ini. Dahulu ada orang nama Dos curi I.R.I.S di M.A.T.A. Entah macam mana ada dalam bekal nasi saya." Ali memandang teruja ke arah Aliya. "Tetapi kan mama, Ali lawan seorang diri, tau, orang-orang U... jahat yang nak curi I.R.I.S itu. Pakai I.R.I.S."
YOU ARE READING
AliYa (EA)
Fanfic𝐀𝐥𝐢𝐘𝐚 ----------------- 𝐄𝐣𝐞𝐧 𝐀𝐥𝐢 𝐅𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜 ... "Hei, jangan buli adik aku!" - ALIYA Walaupun beribu orang dilantik menjadi anggota polis, akan sentiasa bertambah angka jenayah. Siapa sangka, setelah menewaskan Niki, muncul pu...