BAB 27

550 44 37
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

SEUSAI menyandarkan batang penyapu di tepi peti sejuk, Ali mengorak langkah menuju ke bilik kerja Ghazali. Kelihatan Ghazali bertungkus-lumus memeriksa setiap helaian kertas di hadapan matanya. Maklumlah, kerja peneraju, bukan?

   "Ayah, Ali dah siap kemas rumah. Kerja ayah belum siap lagi ke?" Ali menyapa ayahnya yang larit dengan kerjanya. Sofa kecil di sebelah ayahnya diduduki.

   "Oh, banyak lagi ini. Ali pergilah naik atas. Terima kasih sebab tolong kemaskan rumah." Ghazali menjawab tanpa memandang wajah anaknya. Tangannya tetap erat memegang kertas kerja.

   Lagipun dia sengaja menambahkan kerjanyanya, hanya semata-semata untuk sibukkan diri. Bolehlah dia lupakah kerinduan terhadap arwah isterinya.

  "Masa Ali kemas tadi, Ali jumpa surat ini..." Ali mengeluarkan sepucuk surat dari poketnya. Surat itu dihulurkan kepada ayahnya. "Surat dari mama."

   Mendengar perkataan 'mama', Ghazali lantas menoleh. "Surat?"

   Ali mengangguk dengan senyuman. Comot masuk ke dalam bilik itu tatkala Ghazali  mencapai surat itu. Ghazali membaca lorekkan dakwat pada permukaan surat itu. "Kepada Suamiku Yang Tercinta... dari Aliya."

   Dengan seribu perasaan bercelaru, Ghazali menarik penutup surat itu. Sekeping kertas yang berlipat dikeluarkan. Berhati-hati Ghazali membuka surat itu dan mula membaca 'mesej' daripada Aliya.

Kepada Suamiku Yang Tercinta;

Pertama sekali Aliya nak cakap terima kasih sebab jadikan Aliya isteri abang. Aliya bahagia sangat. Setiap memori kita sekeluarga bersama, Aliya akan jaga dengan sebaik mungkin! Hehehe...

Aliya harap, abang dapat jaga Ali dan Labu dengan baik. Tetapi, tidak mengapa... Aliya tahu abang dapat jaga dia orang. Abang kan suami yang terbaik.

Tak tahulah nak coretkan apa lagi kat kertas ini. Tapi Aliya nak akhirkan surat ini dengan satu ucapan. Aliya sayang sangat abang, Ali dan Labu.

Aliya

   Ghazali menggenggam hujung kertas itu. Bahunya terhinjut-hinjut seiring dengan esakan yang dikeluarkan. Perlahan satu nama meniti di bibirnya. "Aliya..."

   "Ayah..." Ali mengusap belakang Ghazali, cuba menenangkannya. Paling sebak, Ghazali tetap menangis malah kertas itu dibawa ke dadanya.

   Comot yang melihat Ghazali menangis turut menenangkannya dengan menggosok perlahan betis Ghazali menggunakan sebelah tapak kakinya.

   "Ehem!"

   Ali tersenyum melihat video yang dipaparkan di dalam ipad lama milik lamanya. Tidak sangka rupanya ada lagi satu video yang dia lupa hendak belek.

   Aliya di dalam video itu melambai ke arah kamera. Di tangannya ada gitar. "Hai, anak mama! Kalau Ghazali tengok, hai Ghazali! Hari ini, saya nak nyanyikan satu lagu khas."

   "Mama!" Suara halus menyapa dari bawah Aliya. Aliya kelihatan memaniskan muka sambil menunduk ke bawah.

   "Alalala, anak mama ini. Ya, nak nyanyi juga?" Aliya mengangkat Ali yang masih kecil duduk di atas ribanya. "Okey, kita nyanyi sama-sama, ya?"

   Ali tergelak kecil melihat dirinya yang masih kecil menghisap jari sendiri. Hehehe, comel juga dia waktu kecil. Comot yang berada di atas katil menghampiri Ali.

   Aliya mula memetik gitar.

  "Seutas nyawaku. Kuberikan kepadamu. Hingga dewasa... menjadi akar."

  Sepinggan roti sandwich diletakkan di atas meja dapur. Ali melabuhkan tempat duduk di hadapan bapanya. Ghazali yang melihat Ali berada di hadapannya meletakkan surat khabar di tepi.

   Ghazali menegur Ali pada mulanya dan dua anak beranak itu seterusnya berbual. Ada kalanya mereka tergelak dalam perbualan. Comot cuma makan makanan yang disediakan di dalam bekas makanannya.

   "Takkan hilang. Takkan hilang. Dimataku."

   Aliya yang berada di atas katil hospital mengukir senyum apabila Ghazali menghampirinya. Ali yang baru dilahirkan berada di dalam troli dibawa ke arahnya.

   Aliya mendukung Ali dalam keadaan lemah. Namun, senyuman itu tidak pudar dari wajahnya. Satu ciuman dilabuhkan di pipi Ali yang masih memejamkan mata.

  "Pa'bila, mama, pergiii. Janganlah sedih..."

   Ali menarik laci. Sebuah gunting yang agak berkarat dibawa keluar. Ali seperti melaung sesuatu, mengatakan dia baru sahaja menjumpai gunting.

  Comot yang melihat cik cicak melintas segera mengejar. Berani-berani dia masuk ke dalam rumah. Sesi kejar-mengejar itu melalui bawah kelangkang Ali yang baru menjumpai gunting.

   "Eh, eh, eh!" Ali yang hampir terjatuh tatkala Comot berlari di tepi kakinya, memaut pada almari di sebelahnya. Fuuh, nasib tak jatuh!

   Ghazali turun ke bawah dengan beg plastik silang di tepinya. Ali berlari menuju ke arah ayahnya dan mengisi beg silang ayahnya dengan gunting.

   "Senyumlah wahai sayangku. Mama ada di hatimu selalu."

   Mereka berdua dan juga Comot tiba di hadapan kubur seseorang. Terukir nama Aliya Binti Baharom di batu nisan tersebut. Ali duduk di hadapan kubur Aliya lalu membuka buku 'Yasin'.

   "Mama ada di hatimu selalu..."

AliYa (EA) Where stories live. Discover now