"Hello?"
"Nari?"
"Eh ni siapa ya?"
"Jeno"
Aku segera menjauhkan telefon pintarku dan mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum menjawab panggilan itu semula
"Hello? Nari?"
"Hm ya? Dari mana awak dapat nombor saya?"
"Maaflah saya tak tanya awak dulu, saya minta dari Eunji"
"Oh takpe, kenapa ya telefon saya?"
"Err macam ni saya nak ajak awak keluar esok kalau awak tak keberatan"
Dub dab dub dab dub dab
Tiba-tiba, aku teringat janji aku dengan Eunji mahu membeli belah esok. Aku tak ajak Jieun sebab dia tak berminat sangat bab-bab fesyen ni
"Maaflah, aku dengan Eunji esok nak beli belah sama-sama"
"Oh kalau macam tu takpelah-"
"Kalau awak nak, awak boleh ikut?"
"Eh tak ganggu korang ke?"
"Saya rasa tak, lagipun Eunji ok je"
"Kalau macam tu ok , deal. Saya ambil korang esok"
Aku tersenyum dan mematikan panggilan telefon itu.
"ARGHHHHHH"
Aku bersorak gembira dan segera bangun daripada katilku untuk mencari pakaian untuk dipakai esok
🐩🐩🐩
"Nari! Eunji dah datang ni!"
"Ok ibu! Kejap lagi!"
Aku dengan pantas memakai lip tint dan menuruni anak tangga dan menuju ke arah mereka berdua yang berbual-bual kecil di ruang tamu
"Kami pergi dulu ya ibu~"
"Jangan balik lewat sangat"
Aku tersenyum ke arah ibuku dan kami berdua pun pergi ke arah sebuah kereta yang menunggu kami di luar
"Jadi korang dah 'something' ke apa ni?"
Eunji mencuit tanganku
"Eh bila masa pula aku cakap macam tu"
"Alah dia dah buktikan dah hari tu yang dia terima kau?"
"Hm tapi aku belumkan?"
"Alah, samalah tu kau kan dah mesej dia haritu!"
"Eppp! Tu Jieun ye yang mesej sembarangan kat Jeno hari tu bukan aku"
Eunji menjelingku tanda tidak berpuas hati. Kami segera masuk ke dalam kereta.
"Hah jangan nak perasan nak duduk belakang dengan aku ek shuu sana"
Eunji pantas masuk ke dalam bahagian belakang kereta dan menguncinya
Aku dengan geram akhirnya duduk je kat bahagian depan dengan Jeno. Aku memperbetulkan kedudukanku dengan kekok
"Apa?"
Dia tersentak dengan sergahanku dan segera melarikan anak matanya ke tempat lain
YOU ARE READING
Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]
Fanfiction" remember. " cover credit by : minmin graphic shop// @-zhongc buku ni dah lama, buku first wawa lak tu so klau ayat nub tu jangan la kecam wawa pun tengah edit ni HUHUHUHU dahlah malas lak aku edit benda ni HAHAHAH [ IN EDITING ] my first storyy...