" remember. "
cover credit by : minmin graphic shop// @-zhongc
buku ni dah lama, buku first wawa lak tu so klau ayat nub tu jangan la kecam wawa pun tengah edit ni HUHUHUHU
dahlah malas lak aku edit benda ni HAHAHAH
[ IN EDITING ]
my first storyy...
Aku meletakkan sekuntum bunga matahari dan tersenyum melihatnya
'3 tahun..'
Ya, sudah 3 tahun pemergian Kim Eunji berlalu tetapi perasaanku terhadapnya tidak pernah pudar walaupun sekali
Apabila aku berasa sedih dan rindu padanya, aku akan melawat tempat ini untuk melihat keadaan bunga yang lain pemberianku sama ada sudah rosak atau tidak
Aku memasuki kereta dan memandu menuju ke kedai buku tempat pertama kali kami bertemu
"Hmm"
Aku melihat-lihat buku novel dan komik di dalam kedai itu, mencari-cari jika ada penulis kesukaannya masih menerbitkan buku baharu
"Dapat pun!"
"..?!"
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku tersentak seketika dengan sentuhan tangan itu. Sama seperti pertemuan kali keduaku dengan Eunji
Gadis itu mengerutkan dahinya dan melihat tajam ke arahku sebelum menuju ke kaunter pembayaran setelah mengambil novel tadi
Aku hanya memerhatinya membayar buku itu. Sebelum dia keluar daripada kedai buku ini, dia melihatku dan menjelirkan lidahnya lalu segera berlari keluar dari situ
"Bluek!"
"Yah!"
Aku yang geram mendengus kasar dan hanya membeli buku novel yang lain.
'Aku cari kat tempat lain je lah'
☁️☁️☁️
"Aku dengar rumah jiran sebelah aku kena rompak"
"Eh biar betul?! Rumah aku pun kena rompak 2 hari lepas tau!"
"Takutnya! Mana tahu nanti giliran rumah aku pula??"
"Ish! Janganlah cakap macam tu pula.."
Aku mendengar dua orang makcik sedang berbual di tepi sambil memilih-milih sayuran yang berada di situ.
Setelah aku selesai membeli beberapa barangan yang ku mahu di pasar raya itu, aku memandu menuju ke rumah sementara Dreamies
Aku membuka radio kereta tersebut kalau-kalau ada lagu yang seronok untuk didengari
"Harap di sekitar rumah kawasan ××××× sentiasa mengunci rumah dengan baik apabila tiada di rumah dan waktu malam. Kes pencerobohan rumah semakin-"
'Hari ni aku sentiasa dengar tentang perkara ni, buat risau je'
"ARGHHHH!"
HONNNNNNN! HONNNNNNN!!
Tanpa sedar aku telah terlanggar seorang perempuan dan aku segera keluar daripada kereta
'Nasiblah kawasan ni tak ramai orang sangat'
"Cik? Cik tak apa-apa-?"
Baru saja aku mahu menolongnya, dia menolakku agar menjauhinya
"Auch.."
Dapat kulihat kaki kanannya terseliuh akibat kemalangan kecil tadi. Aku mencuba untuk melihat wajah gadis itu tetapi dilindungi dengan pelindung muka sepertiku dan rambutnya
Dia melihat ke arah sesuatu dan dengan cemas mengangkat tangannya ke arahku
"Cepatlah! Tolong!"
Aku dengan segera membantunya memasuki perut kereta dan membawanya ke hospital untuk merawati kakinya yang terseliuh
☁️☁️☁️
Setelah kakinya dirawat di hospital tadi, aku mahu menghantar ke rumahnya tetapi dia asyik mendiamkan diri dan mengendahkanku saja
"Berhenti."
"Hah?"
"Aku cakap berhenti kan?!"
Aku segera membelok ke kiri seperti yang dikatakannya. Sebaik saja itu, dia keluar daripada kereta
"Eh..?"
Aku mahu memberhentikannya tetapi dia terus berjalan keluar dan mengabaikanku
'Peliklah perempuan tu'
Siapa je tak pelik? Aku sangkakan rambutnya itu semula jadi tetapi rupa-rupanya cuma rambut palsu. Dahlah siap pakai pelindung muka , baju serba pelik pula tu haihh
Aku memandu pulang, tidak mengetahui aku akan bertemu sekali lagi dengan perempuan itu