- bab 32 🦋 -

206 32 9
                                    

🖇️𝙬𝙖𝙟𝙞𝙗 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧 𝙡𝙖𝙜𝙪 𝙙𝙞 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙨𝙖𝙢𝙗𝙞𝙡 𝙗𝙖𝙘𝙖 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧 𝙣𝙞 𝙗𝙖𝙧𝙪𝙡𝙖𝙝 𝙖𝙙𝙖 𝙛𝙚𝙚𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙜𝙞𝙩𝙘𝙝𝙚𝙬𝙬 𝙃𝘼𝙃𝘼𝙃𝘼𝙃𝘼🚶🏻‍♀️

------------------------

Eunji pov

Aku melihat wajahku yang sudah selesai disolek pada cermin di hadapanku

'Aku tak sangka Ye Jun masih nak melamar aku walaupun aku ada penyakit barah otak'

Dia saja orang yang satu-satunya aku beritahu tentang hal itu kerana keinginannya untuk melamarku pada hari itu

Aku baru saja mengetahui tentang penyakitku itu beberapa minggu lepas sewaktu aku berada di Australia semasa aku kemalangan waktu itu

Aku tidak tahu sampai mana aku akan terus hidup. Hidungku juga selalu mengeluarkan cecair darah yang banyak dan kadangkala aku merasakan kesakitan yang melemahkanku

"Cantiknya anak ibu~"

Ibu memelukku daripada belakang dan lamunanku terhenti

"Anak ibu memang cantik. Mana Yeona? Dia masih marahkan Eunji?"

Ibuku duduk disebelahku dan dapat ku mendengar keluhan yang keluar daripada bibirnya

"Macam kamu tak tahu adik kamu tu macam mana, degil betul"

"Eunji peliklah, kenapa Yeona tak suka sangat dekat Ye Jun"

Krikkk!

"Wah! Cantiknya kawan aku!!"

"Apasal solekan kau tebal sangat? Siapa juru solek kau?"

Nari dan Jieun memasuki ruangan bilik itu, masing-masing memakai pakaian yang cantik

"Korang pun cantiklah! Wooo Jieun pakai skirt..?"

"Ish! Jangan tengoklah!"

"HAHAHAHA, aku yang suruh dia pakai memandangkan ni majlis perkahwinan kau"

"Kakak..!"

Seorang budak lelaki sekitar 4-5 tahun memasuki bilik itu dan menarik lengan baju Nari

"Oh ini adik sepupu aku, Jung Hoon"

"Comelnya!"

"Eh aku tak tahu pula kau ada adik sepupu?"

Jieun memicit-micit telapak tangan Jung Hoon. Ibuku hanya berdiam, mendengar perbualan kami

"Eh mana Yeona?"

"Dia masih merajuk ke?"

Aku mengangkat kedua-dua bahuku dan mengerenyet

"Macam tu lah nampaknya"

Yeona pov

"Yah! Takkan kau nak menyerah je??"

"Yeona, lelaki tu dah lamar dia. Depan mata aku dan masa tu jugalah aku tengok betapa bahagianya Eunji terima lamaran dia"

"Tapi takkan takde cara lain, Renjun? Aku tahu kau masih sukakan kak Eunji, kan?"

"Aku-"

"Sekarang ni aku nak kau pergi tasik belakang sekolah lama korang dulu"

"Hah-?"

"Ikut je cakap aku, ok aku letak panggilan dulu"

Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Where stories live. Discover now