Yeona pov
Aku melihat ibuku yang daritadi mundar mandir memikirkan keadaan kak Eunji di dalam manakala aku juga risau dengan kakak kesayanganku itu.
Zztt zttt zttt
Renjun
Macam mana dengan keadaan dia sekarang?!?Aku mengeluh lemah
You
Tak selesai lagi
Nanti aku beritahu macam mana keadaan kakak aku
Lagi satu, jangan gila nak pergi sini
Tunggu info keadaan kak Eunji dulu baru boleh munculkan diri nanti ada apa-apa pula yang berlaku
Lagipun ibu aku masih kat siniAku mematikan layar telefon pintarku apabila doktor sudah keluar daripada wad tersebut
"Anak puan tak apa-apa, dia cuma pengsan"
Ibuku meraup kasar wajahnya dan menghembuskan nafas lega.
"Anak puan dah mulai ingat memorinya dahulu tetapi masih tidak begitu jelas"
"Hah??"
'Mesti kakak dah baca diary tu'
Aku melihat reaksi ibuku yang masih terkejut dengan berita tersebut.
"Itu berita yang baik dan Cik Eunji perlukan rehat beberapa hari di hospital kerana keadaannya masih lemah. Saya minta diri dulu"
"Ibu?"
Aku menyentuh belakang ibuku dengan lembut.
"Ibu taknak Eunji ingatkan kejadian pahit tu lagi"
Aku merenung ibuku sedih. Aku sebenarnya faham perasaan ibuku, dia cuma mahu membahagiakan anaknya saja dan ibu rasa memori pahit sebegitu tidak perlu diingati kembali.
"Sekarang ni kita balik dulu ya ibu. Biar kak Eunji berehat"
👩🏻🎨👩🏻🎨👩🏻🎨
Eunji pov
"Hm.."
Aku membuka mataku perlahan-lahan. Kepalaku masih sedikit sakit tetapi masih boleh ku tahan.
Air mataku mula mengalir apabila aku teringatkan memori-memori ku bersama dengannya dahulu walaupun masih sedikit yang dapat kuingat.
Aku mengambil telefon pintarku yang berada di tepi meja.
Yeona 🧚🏻♀️💗
Kalau kakak dah sedar
Ibu dengan Yeona pergi rumah kejap untuk biarkan Eunji berehat
Kami tahu memori-memori tu semua sakit bila diingati semula
Jangan risau diary tu ada dengan Yeona
Rehatlah ya ! ❤Aku tersenyum membaca mesej adikku itu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu yang dibuka oleh seseorang.
Aku segera meletakkan telefonku dan berpura-pura masih tidak menyedarkan diri.
Tap tap tap tap
Perlahan-lahan bunyi deretan tapak kasut itu mendekatiku.
Dub dab dub dab dub dab
Dia menarik kerusi yang berada berdekatan katil dan duduk di kerusi itu. Dapat ku dengar deretan bouquet bunga yang diletakkan di atas meja.
YOU ARE READING
Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]
Fanfiction" remember. " cover credit by : minmin graphic shop// @-zhongc buku ni dah lama, buku first wawa lak tu so klau ayat nub tu jangan la kecam wawa pun tengah edit ni HUHUHUHU dahlah malas lak aku edit benda ni HAHAHAH [ IN EDITING ] my first storyy...