-Bab 1🦋-

727 84 13
                                    

20 Julai 2018

"Eunji dah balik"

Aku memeriksa jikalau ibuku berada di ruang tamu dan dapur tetapi aku tidak menjumpainya. Lalu, aku bercadang untuk naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilikku.

"Yeona, mana ibu?"

"Ibu pergi kelas yoga"

Aku hanya meng'oh'kan sahaja dan membuang begku di kerusi belajar. Aku terus menghempaskan diri di katil empuk itu. Aku melihat Yeona yang sedang membuat kerja rumahnya di meja belajar.

"Macam mana sekolah hari ni? Ok?"

"Ok. Kakak?"

Aku menatap siling bilik itu dengan tatapan yang kosong.

"Macam selalu"

Dapat kudengar Yeona mengeluh kasar dan berpaling melihatku yang terlentang di atas katil seperti orang berputus asa.

"Kakak masih takde kawan kat kelas? Jadi, kalau ada tugasan berkumpulan macam mana? Takkan kakak seorang diri je?"

Aku tidak menjawab tetapi hanya mengangkat kedua-dua bahuku tanda tidak kisah pun tentang perkara itu.

"Kakak kenalah berkomunikasi juga. Lagi satu, kakak kenalah ikut 'trend' sekarang ni janganlah degil kalau nak ada kawan"

'Aduh macam aku pula yang adik sekarang ni heh'

Aku masih berdiam, mengendahkan sahaja bebelan adikku itu.

"Macam mana kakak nak ada boyfriend ha? Dahlah 'first kiss' pun takde lagi"

...

"Adui! Sakitlah!"

Aku membaling semua bantal yang ada di katilku ke arah mukanya.

"Padan muka"

Aku memang sensitif dalam hal bercinta ni. Semenjak ayah dan ibuku bercerai aku  tidak pernah bercinta dan mempunyai secebis perasaan pun pada lelaki. Bagi aku semua lelaki tu sama.

Kringg! Kringgg! Kringggggg!

Yeona memandangku tajam apabila loceng belajarnya berbunyi. Dia membaling semula bantal-bantal tadi dan terus berlari turun ke ruang tamu.

"Argh! Yeona! Kakak cop tv dulu! Giliran kau minggu lepaskan?!"

Aku kelam-kabut berlari turun ke bawah sepantas yang mungkin untuk menonton rancangan televisyen yang mempunyai artis barat kegemaranku, Ariana Grande.

Yeona menjelirkan lidahnya ke arahku kerana dia sudah mencapai remote control terlebih dahulu sebelumku.

"Eunji! Yeona! Hati-hati turun tangga tu!"

Nampaknya ibuku sudah kembali daripada latihan yoga tadi. Aku terpaksa mengalah dan menuju ke arah ibuku yang sedang memasak untuk makan malam.

'Harap-harap ada siaran ulangan huhuhu'

"Mak masak apa makan malam ni?"

Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Where stories live. Discover now