BAB 1

29.2K 836 83
                                    

Aku dulu selalu pegi dekat kampung keruak untuk bertemu dengan kawan aku. Boleh dikatakan tiap2 minggu lah. Pantang ada masa lapang memang aku pergi kampung tu. Dah macam aku dengan dia ni bercinta pulak. Entah lah aku memang suka berkawan dengan dia. Sampai org kampung dah boleh cam aku dan kereta aku. Nama dia ayu. Ayu ni dia seorang kawan yang baik. Dia orang kampung je. Cantik. Berbudi bahasa. humble. Senang kata memang selesa lah berkawan dengan ayu ni.

Ayu duduk dengan family. Mak dia bidan dan dukun kampung tu. Tetapi aku tak tahu kenapa orang-orang kampung keruak tu tak suka dengan mak ayu ni. Bapak dia kerja kampung. Aku tak berapa nak ingat apa pekerjaan bapaknya. Ayu di kampung memang kegilaan ramai lelaki. Kalau aku berjalan dengan dia aku ni tenggelam. Pada mulanya aku kenal ayu dia tak cantik seperti yg aku cerita pada awalnya. Jenis aku, aku tidak memilih untuk berkawan. Baik orang itu buruk atau cantik aku tetap berkawan..
Suatu hari itu aku siap2 kerja, esok pulak cuti aku balik rumah dah packing kain baju aku terus pegi ke kampung keruak.. Kebetulan masa aku nak keluar, tiba-tiba member aku si sham call.. aku cakap dekat dia yang aku nak pegi kampung keruak.. Tak lama itu member aku si sham ni cakap nak ikut aku jugak memandangkan dia pun free.. Aku cakap dekat si syam ajak lah siapa-siapa kawan-kawan perempuan kan. Takkan aku dengan sham saja. Nanti sia-sia dpt kahwin free.. Lagi pun aku kan nak masuk kampung.. Sham pun okay lah.. Dia mengajak lelaki tiga orang dan perempuan tiga orang. Aku kalau pergi kampung itu, aku akan tidur dekat rumah tumpangan.. Rumah tumpangan ni rumah kampung sebuah-sebuah.
Malam itu aku tidak jumpa dengan ayu.

Aku bercadang hanya esok sahaja memandang aku sampai pun sudah lewat malam. Kemungkinan ayu sudah pun tidur.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now