Malam itu aku tak dapat tidur. Aku tak tahu kenapa. Yang lain sudah tidur. Aku pulak Berjaga dan terus berjaga. Akhirnya aku terlelap dengan sendiri.
Keesokan pagi tu selepas sarapan kitaorang terus pegi rumah ayu.
"Assalamualaikum" laung aku dari luar rumah.
"Ya.. Waalaikumsalam". Jawab seorang lelaki dari dalam rumah.. Tak lama tu pintu berkuak.. "Oh kamu. Mau jumpa ayu ke?" Tanya ayah ayu.
"Ya pakcik.."
"Mari lah naik dulu.." Ucap ayah ayu.."Tak apa di sini saja lah." Jawab aku sambil memandang kawan-kawan aku yang lain. Mereka hanya mengangguk tanda setuju apa yang aku suarakan. Aku dengan yang lain duduk dibawah pokok jambu air. Sesekali aku memandang kebelakang rumah ayu. Rumah ayu rumah papan. Agak tinggi sikit. Dan bawah rumah tu boleh nampak terus ke belakang. Cadangnya nak duduk dibawah rumah tetapi malas pulak nak pergi kat situ. 'Baik duduk kat bawah pokok ni lagi best. Boleh pandang sekeliling.' ucap aku sendirian.
Masa aku tengah duduk termenung tengok pasir, tiba-tiba sham cuit bahu aku. Aku pusing kepala tengok sham. Kemudian sham menjuih mulut suruh aku pandang dekat tempat yg dia tunjuk. Aku berpaling. Ayu tengah senyum dekat kitaorang. Wajahnya cantik sangat-sangat seperti seorang puteri dari kayangan jatuh kedebuk dari langit. Sham dan izuwann memang tak lepas memandang ayu. Macam itu jugak aku dengan yang lain-lain. 'Lain dari yg lain.. Wow! adakah ini sahabat aku?' Tanya aku dalam hati.. Kalaulah aku ini lelaki sudah tentu aku masuk meminang ayu.. HAHAHA.. Gila suda..
"Wahh!! Cantik!" Tegur aku..
"Hehehe.." Gelak ayu malu..
"Macam mana boleh jadi cantik ni ayu? Boleh bagi rahsia tak?" Tanya aku.Pertanyaan aku tidak dijawab oleh ayu.. Mungkin dia malu kerana dia menjadi tumpuan kawan-kawan aku yang lain. Ayu duduk bertimpuh dekat pangkin rumah yang telah disediakan. Yang lain duduk disebelah ayu. Aku pulak terpaksa berdiri sebab tak ada ruang hendak duduk.
"Sudah sarapan?" Tanya ayu..
"Sudah sudah.." Jawab sham.."Hehehe" gelak ayu sambil membetulkan selendang dikepalanya.
"Sham.. Kau ni macam tak pernah tengok perempuan kan." Bebel aku.
"Hahaha. Bukan tak pernah tengok perempuan. Tetapi ayu ni cantik gila weh. Tak pernah aku jumpa orang secantik ayu. Ni beb aku nak tanya, Macam mana kau boleh kenal ayu?" Tanya sham.
YOU ARE READING
KISAH SERAM 'PENANGGAL'
HorrorOkay aku nak menceritakan satu kisah benar yang terjadi dekat aku dahulu. Apa-apa pun stay tuned.