BAB 23

6.4K 248 5
                                    

"kak lela nanti petang kita pegi jalan-jalan nak?" Ajak aku cuba menceriakan kak lela.

"Hahaha! Nak pergi jalan mana mei oii? kak lela nak pegi pekan pun tak larat. Kalau kak lela okay, dah lama kak lela ikut mak kiah tau.." ucap kak lela..

"Haah kan. Lupa pulak. habis tu apa kak lela buat bila petang-petang?.." tanya aku.
   
"Kak lela mengkait je." ucap kak lela..
 
Aku pun wahh! Teruja gila aku sebab kak lela pandai mengkait. Dulu aku selalu mengkait tetapi disebabkan tak ada masa terus aku tak kait. kalau nak start mesti terkial2.
   
"Sudah-sudah! jom masak. Nanti kalau sembang ni tak masak kita." ucap kak lela. Lantas bangun menuju ke singki.
 
Dari pagi ke petang. Dari petang sampai ke malam. Selepas makan, kemas dapur apa semua kitaorang tengok tv dekat ruang tamu rumah kak lela. Kak lela pulak sibuk mengkait. Aku maria lepak main hp.. mamat tiga ekor tu entah. Aku tak tahu diaorang buat apa. masing-masing dengan dunia masing-masinglah.

Aku memandang kak lela bangun dari kerusi.

"Boleh ke tu?" Laung aku.

"Boleh. Ni kak lela nak masuk tidur dah." ucap kak lela tiba-tiba.

Lepas aku pandang kak lela, aku terpandang tingkap yang berjaring besar. Rumah kak lela ni bahagian tingkat diatas sedikit lopong. Tapi dipasangkan jaring. Aku rasa jaring tu tebal dan keras. Dan rumah kak lela ni jugak, lampu dari belakang sampai kedepan menyala. bukan macam rumah kitaorang. Yang terang hanyalah depan rumah sahaja. Dekat kiri kanan dan belakang. Gelap. So masa aku angkat kepala nak pandang kak lela, aku terperasan ada benda dekat jaring tingkap tu tengah memandang kitaorang dari luar. bila diamati betul-betul, ialah PENANGGAL. Aku terus pandang kak lela dan kak lela membuat buat isyarat mata dan menggeleng kepala jangan pandang benda tu. Serius! Masa tu aku memang tak dengar bunyi apa-apa. Kot lah bunyi ngee.. ngee tu tenggelam dengan suara tv. Tapi yang peliknya, suara tv memang perlahan.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now