"Dulu ayu tak cantik macam ni.. Nak kata huduh itu, taklah jugak. Ada jugak manisnya. Last aku jumpa dengan dia tiga bulan lepas. Dan yang aku boleh kenal dia, masa itu aku dengan yang lain-lain pergi check tangki air dalam hutan masa.... Eh kau perasan tak ada klinik dekat hujung sana masa kita nak masuk kesini?" Tanya aku berbisik
"Aku tak pasti pulak mei.. Kenapa?" Tanya sham.
"Yaa. Tangki air klinik itulah.. Dulu sebelum aku kerja yang sekarang ni aku ada lah juga ikut orang masuk hutan. Hanya pegi check tangki air je. Masa tu lah aku jumpa dia dengan family ayu. Haaa." Ucap aku.
"Kiranya sudah lama lah kau kenal dengan keluarga ayu" Ucap sham.
"Harm bolehlah.. Selepas aku kenal dengan keluarga ayu, aku selalulah masuk kampung ni. Tetapi mak ayu tu macam tak suka bila aku datang jumpa ayu. Bukan buat apa. Cuma berkawan. Masa itu mana ada siapa nak kawan dengan ayu. Orang kampung pun pulaukan ayu dengan keluarga dia" Cerita aku."Oh.. I see.. Eh bila nak pergi balik dekat rumah ayu tu? Tak puas lah nak pandang muka ayu. Cantik.. Confirm malam ini aku tak dapat nak tidur. Mesti terbayang muka ayu yang cantik tu.. Aummm" ucap sham tiba-tiba.
Aku pandang sham dekat sebelah.
"Apahal ada aum?" Tanya aku. Masa tu aku nak tergelak tetapi aku cuba kawal.
"Itu lah tetiba ada aumm pulak." Ucap sham sambil gelak.Aku pun gelak jugak. Dapat kawan tak berapa nak sihat ni, memang susah jugak hidup.. Selepas makan malam aku dengan yang lain singgah dekat rumah ayu. Itu pun sebab sham yang paksa. Berkali-kali dia ajak. Siap merayu bagai. Dia nak sangat tengok muka ayu.. Kalau dia tak tengok, dia tak boleh nak tidur malam. Sah angau si sham ni dekat ayu.. Di sebab tak menyempat, sham lantas memberi salam masa nak masuk halaman rumah ayu. Masa tu kitaorang jalan kaki saja. Malas nak bawa kereta sebab lorong denai. Walaupun lorong denai tetapi kereta boleh masuk. Cuma aku kesian dekat orang yang naik motor nanti. Aku tepuk belakang sham.. Mintak dia bersabar.. Jangan buat kelakuan buruk. Ni kan kampung orang. Jaga tingkah laku. Sham pun akur dengan kata-kata aku.
"Assalamualaikum." Panggil maria.
Aku duduk dibahagian kiri rumah ayu. Saja nak tengok kawasan dekat situ. Tak lama kemudian pintu berkuak. Tersembullah muka mak mah.. Mak kepada ayu.
"Kamu semua datang rumah aku tengah-tengah malam ni kenapa? Nak apa? Tak tahu sekarang orang dah nak tidur?" Marah mak mah.
Aku tergamam. Yang lain terus terdiam.
YOU ARE READING
KISAH SERAM 'PENANGGAL'
HorrorOkay aku nak menceritakan satu kisah benar yang terjadi dekat aku dahulu. Apa-apa pun stay tuned.