Aku berpaling ke arah doctor ilham. Lantas menghadiahkan senyuman. Tanpa bercakap apa-apa aku terus meninggalkan doctor tersebut.
Aku menuju ke arah mereka yang tengah berjalan untuk ke wad biasa. sue masih tak sedarkan diri lagi.
kitaorang pulang ke rumah tumpangan dalam pukul 9 pagi. segala-galanya penat. Kaki penat. Badan penat. Jiwa dan raga penat. Masuk saja ke dalam rumah, kitaorang terus nampak setompok darah besar diruang tamu. mulalah aku dengan yang lain melakukan aktiviti mengemas rumah tersebut. cuci-cuci apa semua then aku keluar untuk mencuci kereta aku pulak
Aku buka je pintu belakang, darah sue melekat dekat kerusi belakang. Nasib baik kerusi kereta aku tu kulit. kalau yang biasa tu, aku tak tahu lah nak jadi apa. Tengah aku sibuk mencuci, aku undur kebelakang sikit sebab nak masukkan timba, sekali aku terlanggar sesuatu. aku pusing belakang, rupanya ayu. aku tengok ayu, ayu tundukkan kepala. Masa tu aku tak pelik sebab ayu memang akan datang sini kalau kitaorang tak pergi rumah dia. so ingin memecahkan krik. krik. aku mulakan bicara.
"Ayu dari mana?" Tanya aku sambil tangan aku buat kerja.
"Ayu dari rumah.. kenapa tak datang rumah ayu?" tanya ayu.
"Sory lah ayu, kitaorang bz sikit. Cadangnya nanti kalau kitaorang free, baru lah nak kesana. Lagi pun ayu dah datang ni kira okaylah kan." ucap aku sekali gelak kecil.
"Hehehe." Gelak ayu.
"Nak jumpa sham ke?" Tanya aku sambil pandang muka ayu. "kenapa dengan muka ayu tu?" Tanya aku
Muka ayu ada luka.
"Ayu garu semalam sampai luka.." jawab ayu lantas menutup dengan selendang.
"Uish.. ganas betul ayu garu sampai luka.. "ucap aku tergelak.
"Tak ada lah." ucap ayu. "Tak apa lah mei ayu nak balik dulu. Nanti mei datanglah kerumah ayu. ajak kawan2 sekali." ucap ayu.
"Iye lah. Insyallah." ucap aku memandang ayu dari belakang. Lantas menggeleng-gelengkan kepala.
Selepas kejadian itu, tidak ada lagi penanggal datang kacau. Sue pulak alhamdulillah selepas 2 hari dia dah sedar. tetapi dia masih kena tahan dekat wad. Selepas kejadian itu jugak, sue mengalami kemurungan.. dia kurang bercakap. setiap kali kitaorang pergi melawat dia, setiap kali tu jugak kitaorang kena kejut dia. dia asyik tidur. Petang itu seperti biasa aku dengan kawan2 balik dari melawat sue.. tengah lepak-lepak dekat ruang tamu, tiba-tiba ada orang bagi salam.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam.. " jawab aku lantas menjenguk siapakah gerangan itu."Oh mak kiah."ucap aku. "Jemput lah masuk." pelawa aku.
"Eh tak payah susah-susah. dibawah ni je dah cukup." ucap mak kiah.Aku turun dan pergi mendapatkan mak kiah. Lantas duduk disebelahnya.
YOU ARE READING
KISAH SERAM 'PENANGGAL'
HorrorOkay aku nak menceritakan satu kisah benar yang terjadi dekat aku dahulu. Apa-apa pun stay tuned.