BAB 2

839 154 498
                                    

"Kau siapa?" Memberang, salah seorang gengster mendengus kasar seraya mengalihkan perhatiannya kepadaku.

Oh, nice. Padaku, mungkin si pemberang ini adalah ketua bagi gengster-gengster itu. Buktinya, sebaik sahaja si pemberang tersebut berpaling kepadaku, semua gengster lain pun turut mengalihkan perhatian mereka daripada klienku kepadaku dengan lagak gajah naik minyak saja gayanya.

'Heh, ingat takut?' Dalam diam, hatiku mengejek.

Mengejek dalam diam? Itu memang personalitiku sejak azali. Jika aku berada dalam mod beraksi fizikal pula, adrenalin aku akan mencanak naik dan semestinya, aku berasa tidak puas menibai orang. Paling tidak, gengster seramai 10 orang itu hanyalah kacang bagiku.

"Bro, pukul lagi. Dia orang jahat!" Tiba-tiba, Akmal si klien aku yang terhimpit di dinding bersuara lantang.

'Bro? Heh!' Dari sebalik kolar baju, sekali lagi aku menarik senyuman sinis.

Mataku tajam pula memerhatikan Akmal Harith, budak itu. Namanya lebih kurang sama dengan namaku, Fahim Zarith. Rith, namun itulah, aku dan dia memang langsung tiada pertalian darah. Umur aku dan dia juga berbeza 10 tahun. Abang? Pun bolehlah, budak kecil.

Dalam bersiaga menantikan serangan balas pihak gengster, aku kemudiannya memerhatikan dengan relaks langkah yang bakal diambil oleh mereka. Seperti yang kujangka, mereka ini hanyalah balaci Grey Wolf daripada kumpulan terendah dan berpangkat pengikut biasa sahaja.

"Hiargh!"

Sepantas kilat, salah seorang daripada ahli gengster bertindak berlari kencang ke arahku. Malangnya, pergerakan serangannya itu amat amatur dan semestinya, ia amat mudah untuk dibaca olehku.

Si penyerang cuba menyerangku dengan menghadiahkanku sepakan sisi jarak dekat. Melihatkan itu, aku berasa semakin teruja dan dalam masa yang sama, aku mengemaskan kedudukanku.

Libasan kakinya dalam menghasilkan daya sepakan amat pantas,
namun tujahan kakinya tidak berjaya mengenaiku dek aku lebih pantas bertindak menghadang kakinya dengan belakang lenganku.

Pak!

Sepakannya terhenti dan aku mengambil kesempatan ini dengan membalas sepakan tersebut dengan menghadiahkan daya tujahan tendangan dua kali lebih padu ke perutnya.

Dush!

Si penyerang tertolak ke belakang lalu terhempap ke dinding. Kasihan, azab benar nampaknya mangsa tendangan kaki kananku. Iyalah, dengan posisi seperti tertampal di dinding, aku dapat melihat lawanku itu muntah darah.

Melihatkan keadaan itu, hatiku bersiul panjang lalu dengan pandangan mata penuh mengejek, aku kembali menghalakan pandanganku kepada lapan orang gengster yang masih belum merasa 'air tanganku'.

'Heh.' Dari sebalik kolar baju, senyuman sinis tetap tidak lekang dari hujung bibirku.

Sebenarnya, aku seronok menikmati lakaran ketakutan tetapi acah berani yang terzahir pada wajah setiap orang ahli gengster tersebut. Namun, aku juga bersimpati dengan nasib mereka yang amat malang kerana terpaksa berdepan denganku.

Di alam realiti, membelasah orang adalah tugas hakikiku. Di alam maya pula, pekerjaanku adalah pembunuh profesional. Dia orang yang mulakan dahulu, maka aku akan sudahkan permainan yang melibatkan pertumpahan darah ini dengan jayanya.

Nasib dia oranglah menjadi lawanku. Aku tetaplah aku, aku tidak berkrompomi dengan penjenayah dalam membanteras kejahatan. Kebenaran, aku akan cuba tegakkannya sehingga ke titisan darah terakhirku.

"Who's next?" soalku.

Tetap dengan pandangan tanpa perasaan, aku bertanya kepada lapan orang gengster yang masih belum tumbang. Kali ini, aku berani jamin bahawa lapan orang keldai itu tidak akan berani mengangkat tangan pun.

FEI YANGWhere stories live. Discover now