BAB 14

497 112 449
                                    

Sebaik sahaja melaung, dia terus bergegas turun ke bawah lalu mendepaniku. Mukanya kelihatan memerah dan riak wajahnya sangatlah sukar untuk aku menafsirkannya. Chang yang berlari mengejar langkah Akmal juga turut tercungap-cungap menuruni tangga.

"Fei..." Chang menghela nafas semput.

"Budak Akmal ni dah gila." Dia terduduk di tangga sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah Akmal yang tiba-tiba memelukku erat.

"Sewel. Kurang kasih sayang," sambungnya lagi sambil melepaskan lelah.

Mendengarkan kata-kata Chang yang terjelepok di atas tangga dengan nafas tersemput-semput seperti baru sahaja marathon 100 km, aku terus menumpukan perhatian kepada Akmal.

Betul kata Chang, Akmal kelihatan pelik. Kenapa tiba-tiba dia berperangai macam... kanak-kanak? Maksud aku, dia mengikat rambutnya dengan ikatan kecil-kecil di atas kepala seperti yang selalu dibuat oleh kanak-kanak perempuan.

Dan... Akmal juga memelukku erat bagaikan tidak mahu melepaskanku. Tetapi, apa yang membuatkanku betul-betul hairan dengan tindakannya adalah dia memanggilku dengan nama panggilan Yang Fei.

Setakat ini, hanya Chase yang memanggilku dengan nama itu. Jadi, adakah Akmal yang memelukku sekarang adalah Chase? Namun, Chase membenciku. Mustahil Chase akan berubah baik dalam sekelip mata dan boleh menerima kehadiranku dalam hidupnya!

"Akmal." Aku cuba menolaknya.

Serius, budak ini boleh tahan juga tingginya dan kepalanya pun sudah mencapai paras dadaku. Jadi, apabila kepalanya diletakkan ke dadaku, automatik ia menekan lukaku. Fuh, sakit bhai! Rasa macam mahu baling saja budak ini ke bawah, tapi aku tak sampai hati.

"Adik rindu abang." Tiba-tiba, Akmal bersuara setelah agak lama memelukku.

Hah? Rindu? Adik? Ya Allah, apakah ini? Terus perasaanku bertambah pelik. Kenapa Akmal ataupun Chase boleh berkata begitu? Sedangkan, mereka berdua tak pernah membahasakan diri mereka sebegitu. Aku dan kau, itulah nama panggilan yang digunakan.

"Abang cakap nak buat kek untuk adik," sambungnya lagi.

Hah? Dua kali, aku semakin pusing. Sejak bilalah aku berjanji akan membuatkannya kek? Sumpah, aku berasa pelik dengan budak ini. Sudahnya, aku memandang Chang untuk meminta penjelasan.

"Aku tak tahu, Fei. Masa aku masuk, budak ni dah jadi macam ni. Macam budak-budak. Kau pergilah tengok sendiri bilik dia." Chang menjawab seadanya sambil tangannya dihalakan ke arah bilik Akmal.

Mendengarkan itu, aku menelan air liur yang terasa melekat di kerongkong. Lantas, aku menolak lagi badan Akmal daripada memelukku. Namun, sebaik sahaja pelukannya terlepas, aku bagaikan memahami identiti budak ini apabila mataku terpandangkan anak matanya.

Sinar mata Akmal kelihatan lain daripada keadaannya ketika normal. Disebabkan itu, hatiku kuat mengatakan bahawa Akmal sekarang bukanlah Akmal, tetapi bukan juga Chase. Jadi, untuk memastikan perkara itu, sengaja aku menyapanya.

"Hai, a... adik." Teragak-agak, senyumanku dilakarkan kepada Akmal.

"Abang sayang," tuturnya perlahan seraya tersengih-sengih.

Sah! Mendengar jawapannya, sahlah bahawa personaliti lain telah mengambil alih badan Akmal. Sungguh, aku hairan dengan keadaan budak ini. Apa yang menyebabkan menjadi begitu? Takkanlah sebab dia kecewa aku tidak membukakannya pintu tadi?

Sudahnya, aku bertindak melayan saja ulah Akmal walaupun aku tidak pasti bagaimanakah perangai personaliti barunya ini. Namun, deduksi awalku memberitahu bahawa personaliti ini tidak berbahaya. Cuma mungkin, akan sedikit menguji kesabaran.

FEI YANGWhere stories live. Discover now