BAB 3

688 139 411
                                    

Bunyi bising seakan-akan bunyi orang sedang bertekak terus membawaku ke alam sedar. Kepalaku masih sakit dan badanku pula masih berasa berat. Sungguh, aku lupa yang terjadi kepadaku sebelum ini.

Ting ting ting ting!

"Yeay, akhirnya Bro bangun." Tiba-tiba, kedengaran di telingaku satu suara penuh ceria.

Dalam menahan sakit kepala yang tetap seperti tadi seakan-akan malu berlalu pergi, aku cuba menfokuskan penglihatanku yang agak kabur dan pendengaran yang seakan berdegung ke arah bunyi berdenting dan suara itu.

Untung, aku dapat mengecam suara itu dengan baik walaupun fungsi otakku agak terjejas dengan serangan tiba-tiba budak itu. Heh, budak tak guna itu berjaya menumbangkan aku tanpa sedikit pun aku perasan tindakannya.

Fast reflection? Serius, ketika ini aku mahu melunyai lembik sahaja figura budak itu yang sedari tadi tersengih memandangku dengan mug kaca dan sudu kecil di tangan dilagakan sesama sendiri.

'The hell?' Dengan mata kembali dipejamkan, aku menyumpah geram gerangan manusia itu.

Siapa sebenarnya klien aku kali ini yang bernama Akmal Harith? Dalam sejarah, aku tersungkur dalam permainan licik remaja ini. The fallen hero? Aku termalu sendiri apabila mengenangkan ketidakupayaanku ketika ini.

Akmal Harith, budak itu memang tak guna. Kenapa panjang sangat akalnya sampaikan badanku tidak mampu bergerak langsung dek diikat kejap di katil? Siapa sebenarnya klien aku ini? Kawan, ataupun lawan yang bertopengkan kawan? Ah, buntu!

"Bro, lagi kau gerak lagi kau sakit tau. Aku ikat kau dengan tali tangsi paling kuat dan tajam. Paling tak, kulit kau akan terhiris dengan sendiri." Akmal memandangku lagi seraya tersenyum sinis.

'Cis!' Mendengar kata-kata Akmal, sekali lagi aku menyumpah geram dalam hati.

Cubaanku untuk bergerak melepaskan diri kubatalkan lalu tanpa mempedulikan riak wajah Akmal, aku kembali memandang siling. Tak kuasa mahu memandang muka budak itu lama-lama, ianya menyebalkan hati.

Mukanya nampak innocent tetapi hatinya agak kejam. Kenapa Tuan Zakir menyuruh aku melindungi budak ini? Padahal, pada amatanku Akmal Harith ini boleh saja melindungi diri sendiri. Tidak perlu kata apa, memang budak ini pro dan licik.

"Bro, kenapa kau tak bercakap eh? Kenapa kau diam je? Aku tak suka la orang bisu macam ni." Akmal menarik kerusi lalu duduk di tepi katilku.

"Bro tahu tak, betapa susahnya aku pujuk orang tua tu agar benarkan Bro jadi bodyguard aku?" Dengan penuh perasaan, Akmal meluahkan lagi rasa hatinya.

"Dalam ramai-ramai ejen, aku paling berkenan dengan kau, Mr. Mute." Kali ini, Akmal mencapai pisau belati yang berada di atas meja di sisinya lalu mengeluarkannya dari sarung.

"Bro, kaulah harapan aku untuk keluar dari penderitaan hidup. Kau special, jadi aku suka kau. Jom jadi kawan aku, Bro." Serentak dengan menyudahkan ayat 'bro', pantas Akmal melayangkan pisau belatinya ke arahku.

Aku? Tanpa rasa ingin mengelak, aku hanya diam membungkam tanpa bergerak sedikit pun. Heh. Tidak terlalu bagus, Akmal. Aku sudah dapat mengagak apa tindakan budak itu apabila pisau nan tajam itu dilayangkan ke arahku.

Heh. Teknik psikologi budak ini belum cukup mantap untuk memperdayai aku yang sememangnya sudah dapat membaca rentak perbuatannya. Amatur sangat, teknik thrill itu kacang saja untuk dirungkaikan metodenya.

"Bro." Sepatah, Akmal memanggilku setelah aku 'dibebaskan' pada ikatan tali tangsi. 

"Sorry la. Aku takut kau lari bila kau sedar tadi, jadi sebab tulah aku ikat kau dengan benda alah ni." Tersengih-sengih, Akmal menyudahkan kerjanya membuang tali tangsi yang mengikatku di katil.

FEI YANGWhere stories live. Discover now