BAB 16

503 113 341
                                    

"Abang, nak suap."

Akmal mengangakan mulutnya luas-luas tanpa mempedulikan mata-mata yang memandangnya penuh minat. Dengan mata bulatnya sengaja dibulatkan lagi, lagaknya tak ubah seperti kanak-kanak manja.

Aku pula, hanya melayan. Ya, melayan! Tak pernah sepanjang hayatku, aku mengikut saja kehendak orang. Bravo Akmal versi Candy, dia memang berkuasa membuatkanku mengalah sampai ke tahap ini!

Haih.

Selepas sesudu, sesudu pula kek memasuki mulut Akmal. Barangkali, sedap sangat kek strawberi buatan Chang dan Raja sampaikan budak itu memakannya dengan penuh kenikmatan sampaikan terpejam-pejam matanya.

Serius, aku tak tahu nak cakap apa melihatkan keadaan ini. Mungkin, Chang dan Raja menuangkan ubat pengasih ke dalam adunan lalu menambahkannya pula dengan pil penyayang ke dalam kek.

"Abang, adik nak hari-hari abang suap adik," kata Akmal sambil menjilat bibir. Kemudian, dia tersengih-sengih sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Mendengarkan kata-kata penuh polos itu, aku memilih untuk tersenyum saja. Aku... malas untuk menyahut ataupun membalas permintaan Akmal dek fikiranku sekarang masih lagi berserabut.

Sebetulnya, aku geram dengan kehadiran Darius yang tiba-tiba saja muncul di sini. Entah bilalah dia menyelinap masuk ke dalam rumah, langsung aku tak sedar. Tapi, aku tak boleh kata apa juga kerana itu adalah kelebihannya.

Di akademi, dia terkenal dengan panggilan Mr. Hallucination. Kehadirannya selalu tiba-tiba dan orang takkan menyedari kemunculannya sehinggalah dia menegur orang di sekeliling. Lagaknya... bagaikan halimunan.

"Kesian kau, Candy. Dipalau oleh abang sendiri. Hahaha." Tiba-tiba, Darius bersuara setelah lama memerhatikan tingkah laku Candy.

"Erm, kau pun Fei. Tabahlah. Hahaha. Aku excited nak tengok adik kau," sambungnya lagi seraya tertawa.

Mendengarkan kata-kata berbaur provokasi daripada lelaki itu, aku sedaya upaya menahan diriku daripada menumbuk mulut tiada insuran tersebut. Sumpah, Darius sangat menyebalkan!

"Candy, Abang Fei Candy ni kesian sangat, tau tak?" ujarnya pula kepada Candy setelah aku tidak mempedulikannya.

"Kenapa?" Dengan mulut comot, Akmal bertanya kepada Darius.

"Sebab dapat adik yang mental macam Candy." Selamba Darius menjawab.

Ting!

Terus sudu di tanganku terlepas dek kegeramanku atas keceluparan mulut seorang Darius semakin memuncak. Tak padan dengan doktor psikiatri langsung! Sepatutnya, dia yang perlu dirawat oleh doktor psikiatri kerana dirinya sendiri pun melebihi orang sakit mental saja lagaknya!

"Kau dah kenapa?" Aku bangun dari sofa lalu mendepani Darius dengan sisa kesabaran masih terkawal.

"Aku cakap betul kan?" Dua kali, Darius memprovokasiku.

"A... abang..." Tiba-tiba, Akmal menarik-menarik baju hoodieku dengan wajah seperti ingin menangis.

'Sabar, Fei.' Dalam hatiku memujuk, tajam aku menjeling kepada Darius.

Lantas, aku kembali duduk lalu menyambung kembali kerjaku menyuap kek ke mulut Akmal. Perasan marah membara kepada Darius, kupadamkan dengan menilik wajah polos personaliti Candy. Akmal tak gila, yang gilanya adalah Darius!

"Abang." Sambil mengunyah kek, Akmal bersuara lagi.

"Apa?" Sepatah, aku menyoalnya sambil menyapu sisa kek yang melekat di pipi budak itu.

FEI YANGWhere stories live. Discover now