BAB 8

556 109 239
                                    

Gr...

Sebaik sahaja arahan daripada bosnya didengari, si musuh kembali menumpukan perhatiannya kepadaku. Aku pun apa lagi, semakinlah menarik senyuman sinislah.

Padaku, balaci-balaci Grey Wolf kali ini sangat amatur dan langsung tidak profesional seperti sebelumnya. Yalah, kebiasaannya, mereka tidak menyerang secara terbuka seperti yang dilakukan sekarang ini.

"Hiargh!" tempik si musuh lalu melancarkan serangannya kepadaku.

Bagaikan anjing lapar, dia menerkam ganas ke arahku dengan pisau belatinya terhunus di tangan. Melihatkan itu, aku berundur ke belakang bagi mengambil sedikit ruang untuk membuat serangan balas.

Dalam kemaraannya yang pantas berlari mengejar langkahku seperti babi hutan mengamuk, aku mengambil keputusan untuk membuat larian dalam bentuk zig-zag dengan menjadikan batang-batang pokok sebagai perisai.

Heh. Babi hutan atau nama comelnya wild boar kan sejenis binatang yang menyodok apa sahaja benda yang ada di depan mata jikalau sudah naik minyak. Si musuh aku itu pun, sama saja keadaannya macam binatang hodoh itu.

"Tak guna!" tempiknya keras.

Mendengarkan itu, aku ketawa mengejek di dalam hati. Positif, lawan aku ini semakin membengang dengan tindakanku yang bagaikan tidak serius dalam menentangnya. Kasihan dia, dipermainkan olehku.

Setelah sepuluh kali aku membuat larian zig-zag dalam bentuk bulatan, aku akhirnya berhenti berlari lalu bersandar di badan kereta. Tercungap-cungap aku melepaskan lelah, namun aku berasa gembira.

Manakan tidak, aku dapat melihat lawanku itu sudah tersungkur di lantai hutan. Putus nafas ke? Ya, mungkin. Lagipun, dia mengejarku dalam keadaan cedera akibat ditoreh di perut olehku dengan ranting tadi.

"Woi, bangunlah bodoh!"

Dari kedudukanku, jelas di mataku si Adra palsu menjerkah garang kepada anak buahnya itu. Kasihan, nampak ganyanya dia semakin bengang dengan kekalahan berturut-turut tiga orang anak buahnya.

Malas mahu mempedulikan gadis tersebut, aku mengambil keputusan untuk segera beredar dari situ. Lagipun, perancanganku sudah terlari dek serangan kumpulan itu. Cuba jika kami tidak diserang, pasti kami sudah sampai ke destinasi.

Sekilas, wajah tidak puas hati Akmal dan riak rungsing Chang dari dalam kereta kukerling. Tanpa sedar, senyuman nipis terbit dari bibirku apabila melihatkan wajah cemberut budak itu.

Comel dan polos, tetapi aku pasti budak itu akan membalas dendamnya kepadaku kelak. Serius, aku perlu lebih berhati-hati dengannya dan semestinya, aku perlu mengelak daripada terjadinya kes pisang berbuah dua kali.

Heh.

Aku kembali menalakan pandangan kepada Adra palsu. Nampaknya, dia sudah seperti puas membelasah anak buahnya yang seorang itu. Lunyai dan lembik seperti kain buruk saja figura lelaki itu terlentang di atas tanah. Wah, kejam juga dia rupanya.

Sungguh, aku berasa kasihan juga kepada lelaki itu apabila bosnya bertindak memijak pula mukanya dengan tapak kasut. Ah, mesti sakit. Kasut but askarlah, sekali kena boleh patah tulang!

"Zarith. Kau nampak ni? Aku akan seksa kau macam ni!" Tiba-tiba, gadis itu melaung garang pula kepadaku.

Mendengarkan itu, aku menjongketkan kening. Seriuslah aku akan kalah dengan si Adra palsu ini? Wah, memang boleh ditulis di dalam sejarah kehidupan seorang Fei Yang jika aku kalah dengan seorang gadis.

"Kau yakin?" Perlahan, aku bertutur tenang.

"Ya, aku yakin!" bentaknya garang.

Seiring dengan bentakan tersebut, dia terus meluru laju ke arahku. Dalam pada itu, kiri dan kanan, kedua-dua belah tangannya serentak menghalakan pistolnya ke arah aku. Lantas, tanpa membilang satu, dua ataupun seratus, laju saja jari telunjuknya menekan picu.

FEI YANGWhere stories live. Discover now