゚・:*✿TIGA✿*:・゚

22 8 20
                                    

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Situasi yang lain

Dalam perjalan pulang kerumah agak sepi kerana tiada siapa yang membuka mulut. Masing masing memasang muka takde mood. Kecuali Ice dan Thorn.

Kalaulah tak pasal semua benda ni rahsia, memang dorang akan bocorkan apa yang Aiko cakap dengan dorang tempoh hari.

Walau apapun jadi, gaduh ke sama ada jadi atau tak, jangan sesekali bagitahu dorang tentang hal ni... Aku nak bagitahu dorang sendiri je❞-Aiko

Thorn dan Ice saling berpandangan sebelum menghembuskan keluhan berat.

"Korang tak rasa ke kita dah guriskan hati Aiko?", tanya Ice memecahkan kesunyian antara mereka.

"Tak", jawab Taufan selamba. Dah hangin satu badan kot, janganlah kau kacau dia.

"Tapi-"

"Takde tapi tapi... Asal kita nak kena fikir hati dia walhal dia tak fikir kita?", jawab Taufan, savage membuatkan Ice dan Thorn terdiam.

"Eh, korang? Korang dari mana ni?", perjalanan mereka terhenti tatkala mereka terserempak dengan seseorang yang mereka kenal. Haruqa Izumi kini berada dihadapan mereka.

"Asal muka korang monyok ni? Dah macam belacan aku tengok", tanya Haru tetapi tidak mendapat jawapan dari mereka. "Oit, aku tanya ni... Jangan palau aku boleh tak? Ke aku dah jadi hantu ni, korang tak nampak aku ke?", tanya Haru lagi tetapi dengan soalan merepek. Minah ni memang -_-

"Tak kemana mana Haru, kitorang baru balik dari taman... Lepak lepak kejap", jawab Ice mengawal keadaan. Jawapan yang dilemparkan oleh Ice mendapat pandangan aneh dari yang lain.

'Kenapa nak berahsia lagi? Entah entah surprise nya pun tak jadi', detik hati mereka namun mereka diamkan saja.

"Ohh... Habis asal masing masing mukanya macam asam gelugur?", tanya Haru lagi. Dan kalini dorang blank nak jawab apa.

"Period", selamba badak je Hali jawab sebab sakit hati sangat. Sakit hati bukan sebab soalan Haru, tapi apa yang mereka dah buat kat Aiko tadi.

"Korang baru lepas tukar alat kelamin ke?", tanya Haru selamba. Thorn memandang Haru.

"Alat kelamin tu apa?", tanya Thorn pula dengan wajah polos. Dan tak pasal pasal Haru dihumban ke semak samun oleh Gempa dan Honami.

5 pagi...

Haru yang terbangun kerana kehausan menuruni tangga. Entah kenapa hati dia macam tak sedap je. Lampu dapur dibuka dan dia berjalan menuju kepeti ais. Botol air diambil lalu air sejuk dituang kedalam cawan lalu diteguknya. Tatkala dia berpusing untuk ke sinki, terkejut dia apabila ternampak kelibat Aiko yang tertidur beralaskan tangan yang dia lipat diatas meja makan.

Haru meletakkan cawan kedalam sinki lalu mengambil tempat disebelah Aiko. Dia menatap wajah penat Aiko.

'Asal mata dia cam sembap eh? Ke perasaan aku je?', bisik hati Haru tapi dia yakin yang Aiko menangis. Cuma, dia tak tahu apa sebabnya.

Biasanya Aiko akan datang kepadanya jika dia ada masalah. Patutlah hati dia semacam saja.

"Aiko? Aiko! Bangun wuih...", Haru menggoyangkan badan Aiko. Akibat terkejut Aiko terus terbangun macam patung. Tak lama lepastu dia menggeliat.

"Eh, Haru? hoam~", tanya Aiko seraya menguap. "Apa kau buat kat sini?", tanya Aiko lagi, matanya redup menandakan dia lelah.

"Patutnya aku yang tanya kau. Asal kau tidur kat sini? Tu mata tu, asal sembab? Kau ni dari mana?", bertubi tubi soalan keluar dari Haru. Aiko hanya terdiam. Otaknya meligat berfikir dia dari mana. Halmaklumlah, mamai enn.

"Takdelah, aku ngigau kot. Hmmm, aku naik bilik dulu eh, nak mandi. Alang alang kejap lagi Subuh. Nanti kau kejut mama tau? Aku naik dulu", jawab Aiko dan dia berlalu pergi meninggalkan Haru yang terpinga pinga.

"Mengigau? Eh, setahu aku minah tu mana ada mengigau sampai ke dapur. Even demam sekali pun dia menjerit dalam tidur je...", jawab Haru, pelik. Kenal kembar dia tu bukan seminit lepas, dua tiga tahun jugak kot.

"Dia sakit ke?", tanya dia pada diri sendiri seraya memandang kearah pintu dapur.

"Baik aku kejut mama untuk solat. Kang terlepas, tak pasal pasal meroyan"

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Disebuah pondok, kelihatan seorang perempuan tekun membuat perhiasan disitu. Walaupun dia terpaksa menahan ngantuk, tetapi dia tetap gagahkan diri.

"Lagi sikit je, then semuanya siap!", katanya girang. Senyuman terukir dimukanya walaupun mukanya menunjukkan wajah penat dan pucat.

"Aiko?", panggilan seseorang dari belakang membuatkan Aiko menoleh. Tersenyum dia tatkala melihat Ice dan Thorn dibelakangnya.

"Oh, Ice? Thorn?", panggilnya. Ice dan Thorn mengambil tempat dihadapan Aiko.

"Nak kitorang tolong? Tinggal hari esok je, tapi perlu ke kau buat semua ni? Kau tak boleh stay sekejap ke masa tu?", tanya Ice sebak. Aiko menggelengkan kepalanya.

"Aku kena pergi... Persiapan ni pun tanda aku sayang dorang lagi...", jawab Aiko, suaranya mengendur.

"Apa kami nak jawab dengan Haru?", tanya Thorn. Aiko memandang Thorn.

"Aiko dah rakam semuanya. Nanti korang bagi eh?", pinta Aiko dan mendapat anggukan dari mereka.

Aiyai yai yai
I'm your little butterly~

Aiyai yai yai
I'm your little butterfly~

Ice memandang datar kearah Aiko yang sedang menjawab telefon. Why lagu tu? WHHHYYYY?!!!

"Yeye, esok malam aku balik rumah, pukul berapa gerak airport?"

"10? Flight? 12? Okay, nanti apa apa hal roger je"

"Ok ok, bye..."

Aiko mematikan panggilan dan menghadap Ice dan Thorn yang menyambung kerjanya. Nafas dihela sebelum tangannya lincah membuat kerjanya semula.

"Maafkan aku, korang..."

*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*

R-B-T
Rival-But-Twin
Author Flora-chan

*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*

BERHABUK BHAI BUKU NI HSHSHSHS

chap pendek un jadilah hshshs UwU

HAPPY BIRTHDAY TO MEHH!!!!

EIH SILAP BOOK HAGAHAGA


symphony_of_FloraIris13
❤️Author Flora-chan mengundurkan diri🌷


[C] Rival-But-Twin || 001Where stories live. Discover now