Di sebuah tempat kampung perdalaman yang jauh...
Sekumpulan raksasa yang ganas sedang menyerang Kampung Roselva sehingga memakan banyak jiwa korban termasuklah sebuah keluarga.
Farid Adrin sedang melawan raksasa yang cuba menyerang Keluarganya. Walaupun sudah tercedera dengan sangat teruk dia tetap bertahan agar keluarga & generasinya terus hidup.
"Abang! Hentikan! Mari ikut kami!"kata Yasmin Hani yang merupakan isteri kepada Farid yang sedang mendukung anaknya, Muhammad Rafiq Luqman yang ketika itu berumur 3 tahun.
"Takde masa! Lari cepat, Yasmin! Lari!!"jerit Farid sambil menyerang raksasa yang tidak henti-henti menyerangnya.
"Tidak! Sayang takkan pergi tanpa abang!"kata Yasmin sambil menangis.
Farid menutup pintu rumah lalu menghalang pintu itu sambil tersenyum ke arah isterinya. Dia tahu yang isteri nya tidak akan meninggalkan dirinya tetapi dia harus mempertahankan keluarganya daripada terbunuh.
"Sayang, pergilah. Nyawa anak kita lebih berharga dari berlian. Dia akan membesar & menjadi seorang yang beriman lagi bertakwa. Tolonglah bawa dia pergi. Maafkan abang,"kata Farid sambil memeluk isteri & anaknya itu buat kali terakhir.
"Pastikan awak berhati-hati,"kata Farid sambil tersenyum.
Yasmin mengangguk lalu berlari keluar dari ruang bawah tanah rahsia di dalam rumah mereka. Dia terpaksa meninggalkan Farid & membawa Rafiq jauh dari situ.
Farid hanya tersenyum sambil melihat isterinya yang semakin jauh dari penglihatannya & terus menyerang raksasa yang semakin ramai itu. Pada masa yang sama, Yasmin berlari sekuat hatinya untuk menyelamatkan diri & anaknya yang ketika itu sedang dikejar oleh salah seekor raksasa.
Ketika sedang berlari, dia ternampak sebuah pondok & ada sebuah kereta kuda yang dipenuhi dengan jerami berada di tepi pondok itu. Dia dengan segera menyembunyikan Rafiq di dalam kereta kuda yang dipenuhi dengan jerami itu.
Afiq yang sama sekali tidak mengerti apa-apa hanya memandang ibunya. Yasmin memandang anaknya itu lalu mencium pipi anak kesayangannya sebelum pergi dari situ & menarik perhatian raksasa itu untuk menjauhkannya dari Rafiq.
Rafiq sama sekali tidak menangis. Dia hanya memandang ibunya yang kini sudah hilang meninggalkan dirinya. Dia sama sekali tidak faham akan apa yang dia lihat.
Tiba-tiba, berlaku sebuah letupan yang besar yang di kampung itu sehingga menyebabkan hampir semua raksasa di situ terbunuh. Letupan itu dihasilkan oleh Farid sebelum dia juga turut terbunuh oleh raksasa di situ. Sementara itu, Rafiq yang ketika itu masih kecil sedang menyaksikan sebuah letupan di dalam kereta kuda itu.
Dia sama sekali tidak menangis mahupun takut dengan letupan itu. Dia salah satu-satunya budak yang paling pelik di kampungnya kerana dia sama sekali tidak pernah menangis walaupun ketika dia baru saja lahir.
Keesokannya..
Kereta kuda itu mulai bergerak setelah dipandu oleh seorang petani yang tinggi tidak jauh dari kawasan pondok itu lalu pergi ke arah pekan.
Semasa perjalanan, Rafiq hanya terdiam sambil memandang langit & burung yang terbang di sekitar situ. Dia kelihatan kagum dengan apa yang dia lihat. Pada masa yang sama, dia juga turut tertanya-tanya akan keberadaan kedua-dua ibubapanya itu.
Setelah perjalanan yang panjang...
Rafiq tertidur kerana kepenatan sehingga dia tidak sedar yang dia kini sudah berada di kawasan pekan. Ketika petani itu mahu mengalihkan jerami yang ada di dalam kereta kuda miliknya, dia tanpa sengaja telah terjumpa Rafiq yang tertidur di dalam itu.
Akibat kasihan, dia membawa Rafiq ke rumahnya lalu membersihkan tubuh Rafiq yang kotor & memberinya makanan.
"Siapa nama kamu, anak kecil?"tanya Tok Lim yang merupakan petani tua di situ sambil memandang Rafiq.
Rafiq sama sekali tidak memahami apa yang Tok Lim katakan lalu dia menuliskan sesuatu di atas kertas yang terletak di atas meja di ruang tamu Tok Lim.
"Apa?"tulis Rafiq.
Tok Lim beranggapan yang Rafiq mungkin tidak mampu bercakap lalu dia membuat perkara yang sama.
"Siapa nama kamu, anak kecil?"tulis Tok Lim.
"Muhammad Rafiq Luqman,"kata Rafiq.
Walaupun baru berusia 3 tahun, dia serba sedikit sudah mampu menulis, membaca malah menjawab pertanyaan yang mudah.
Tok Lim beras hairan dengan perbuatan Rafiq. Dia keliru sama ada Rafiq ini bisu atau selainnya. Setelah memastikan, Rafiq berada dalam keadaan yang sihat, dia mengambil keputusan untuk menghantar nya ke sebuah rumah anak yatim yang terletak di bandar. Dia terpaksa berbuat begitu kerana dia sudah terlalu tua & tidak larat lagi untuk menjaga Rafiq malah itu serba sedikit dapat memudahkan urusan Rafiq.
Setelah itu, Tok Lim membawa Rafiq ke rumah anak yatim yang terletak di Bandar Faltrim. Rafiq melihat suasana di bandar yang luas lagi besar itu. Ini kali pertama dia melihat suasana di bandar. Dia memandang Tok Lim sambil tersenyum.
Pada masa yang sama, Tok Lim berasa serba salah kerana terpaksa meninggalkan Rafiq di rumah anak yatim pada usia Semuda itu. Dia terpaksa mengukir sebuah senyuman agar Rafiq tidak berasa sedih akan hal itu.
Setelah tiba di hadapan sebuah rumah anak yatim...
Tok Lim memandang rumah anak yatim yang bernama Rumah Anak Yatim Al-Ilmiah itu. Dia berasa berat untuk meninggalkan si kecil Rafiq di situ tetapi Rafiq sama sekali tidak bersedih malam tersenyum.
"Maafkan Tok Lim ya,"tulis Tok Lim.
"Takpe, tok. Rafiq suka tempat ni!"jawab Rafiq.
Setelah mendaftar Rafiq di rumah anak yatim itu, Tok Lim memeluk Rafiq & mengucapkan selamat tinggal padanya sebelum pergi meninggalkan Rafiq di situ. Rafiq pula hanya melambaikan tangannya ke arah Tok Lim yang mulai hilang daripada pandangnya.
Kini, Rafiq perlu membiasakan diri & menganggap tempat itu sebagai satu-satunya rumah baru buat dirinya. Dia sama sekali tidak mengeluh atau berasa sedih tetapi senang. Setiap pesanan dari ibu & ayahnya tetap dia ingati di dalam memorinya. Walaupun begitu, rasa sedih sama sekali tidak menyelubungi dirinya.
"Apa itu rasa sedih & sakit, ibu?"kata Afiq sambil memandang langit.
Dia berharap sangat dapat bertemu ibu & ayahnya semula suatu hari nanti kerana mereka adalah orang yang paling dia sayangi selepas Tok Lim. Biarlah hanya sekejap saja dia bersama Tok Lim, dia sama sekali sudah menganggap Tok Lim seperti Keluarganya sendiri kerana dilayan dengan baik sebelum dihantar ke Rumah Anak Yatim Al-Ilmiah itu.
Dia berdoa kepada Allah SWT agar dia mampu bertemu semula dengan Tok Lim untuk membalas jasa Tok Lim yang telah menjaganya walaupun hanya sementara saja ketika dia sudah besar nanti.
Walaupun begitu, Hidupnya sama sekali tidak sama seperti yang dia bayangkan. Bukan senang untuk membiasakan diri di bandar itu. Akibatnya, dia sering kali diejek & dibuli di rumah anak yatim itu. Walaupun begitu, dia amat disayangi oleh penjaga di rumah anak yatim itu kerana perangainya yang menghormati orang lain & baik hati.
Bersambung....
YOU ARE READING
Rafiq:Budak Luar Biasa
General FictionMuhammad Rafiq Luqman merupakan seorang budak yang bernasib malang. Sejak kecil lagi, sudah tinggal bersendirian kerana ibubapanya yang terbunuh kerana sebuah serangan raksasa yang pernah memakan ramai jiwa korban di tempat tinggalnya sehinggakan ha...