Di bilik rawatan...
Rafiq membuka matanya perlahan-lahan & melihat keadaan disekeliling dirinya. Dia cuba mengingati apa yang terjadi sebelum dirinya terlatar di atas katil di bilik rawatan itu.
Dia cuba bangun & terpandang headphone miliknya yang ada di atas meja di sisi katilnya lalu terus saja mencapai & memakainya.
"Ni bukan bilik tidur aku. Bilik rawatan ke?"tanya Rafiq pada dirinya.
Ini kali pertama dia ada di bilik rawatan sekolah walaupun dia dah banyak kali tercedera & dibuli tapi tak pernah merungut sakit sampai lah dia balik ke rumah pun ada.
Itulah yang menjadi punca trauma Syazwan. Kasihan sahabat dia yang sorang tu. Tiba-tiba, pintu rawatan itu dibuka oleh seseorang.
"Rafiq! Apa yang kau buat kat atas lantai tu?! Kau jatuh ke apa?!"jerit Syazwan yang panik sebaik saja melihat Rafiq terbaring di atas lantai.
"Syaz, aku cuba turun dari katil tapi hentah macam mana aku boleh jatuh,"kata Rafiq sambil cuba bangun tetapi gagal.
"Haih, tu maknanya diri kau lemah lagi tu. Mari aku tolong kau. Ada sakit kat mana-mana tak?"tanya Syazwan sambil membantu Rafiq duduk di atas katil semula.
"Rasanya takde kot. Hentah, aku pun tak tahu macam mana rasanya sakit tu. Maafkan aku,"kata Rafiq sambil tersenyum.
"Bertuah punya budak. Kau tahu tak betapa paniknya aku bila lihat keadaan kau ni. Tolonglah jangan buat benda ni lagi. Kau menakutkan aku,"kata Syazwan yang sedikit risau setelah melihat apa yang terjadi sebelum ini.
"Apa maksud kau, Syaz?"tanya Rafiq yang tidak faham akan apa yang dikata oleh sang remaja itu.
"Takde apa-apa, aku cuma nak kau rehat sampai kau dah ok. Jadi tu bermakna kau takkan pergi kerja untuk hari ni,"kata Syazwan.
"Eh, kenapa pulak? Aku tak sakit pun,"kata Rafiq.
"Takde alasan! Sekarang berehat,"kata Syazwan sambil mengetuk perlahan kepala Rafiq.
"Baiklah, aku faham,"kata Rafiq.
Tiba-tiba, kelihatan Pengetua Azean bersama sahabatnya sedang berjalan masuk & mendekati Rafiq yang sedang berbual dengan Syazwan.
"Assalamualaikum, maaf kalau saya menganggu kamu berdua. Saya datang ke sini untuk melihat keadaan kamu berdua bersama sahabat saya ni,"kata Pengetua Azean.
"Waalaikumussalam, Pengetua. Takpe, tak menganggu kami pun,"kata Rafiq sambil tersenyum.
"Siapa ni, pengetua?"tanya Syazwan sambil memandang sahabat Pengetua Azean.
"Memperkenalkan ini Encik Adam Daniel. Panggil saja dia Encik Adam,"kata Pengetua Azean.
"Selamat berkenalan saya ucapkan kepada kamu berdua. Gembira dapat bertemu kamu berdua hari ni,"kata Encik Adam.
"Sebenarnya, selepas saya & Encik Adam melihat kehebatan kamu berdua berlawan. Encik Adam sebenarnya nak tawarkan kamu berdua sesuatu,"kata Pengetua Azean sambil tersenyum.
"Saya nak tawarkan kamu berdua sebuah tawaran yang sangat menarik,"kata Encik Adam.
"Tawaran? Tawaran apa tu, Encik Adam?"tanya Rafiq.
Di kawasan bandar....
Kelihatan Rafiq & Syazwan sedang berjalan pulang dari sekolah mereka. Mereka hanya terdiam sambil memikirkan hal berkaitan dengan tawaran yang dikatakan oleh Encik Adam kepada mereka.
"Fiq, kau rasa patut ke kita setuju dengan tawaran dia?"tanya Syazwan sambil memakan pau yang baru saja dibeli sebentar tadi.
"Tak tahulah tapi apa kata kita tanya Kak Raisha. Kalau dia izinkan, kita ikut je,"kata Rafiq sambil tersenyum.
![](https://img.wattpad.com/cover/254125722-288-k649585.jpg)
YOU ARE READING
Rafiq:Budak Luar Biasa
Fiksi UmumMuhammad Rafiq Luqman merupakan seorang budak yang bernasib malang. Sejak kecil lagi, sudah tinggal bersendirian kerana ibubapanya yang terbunuh kerana sebuah serangan raksasa yang pernah memakan ramai jiwa korban di tempat tinggalnya sehinggakan ha...