Selepas seminggu berlalu....
Di dalam sebuah bilik...
Kelihatan Rafiq sedang mengzip beg galas miliknya setelah memastikan kesemua barang yang dia perlukan sudah dibawa agar dia tidak lupa atau tertinggal barang tertentu. Sementara itu, Syazwan mulai menggalas beg miliknya.
Pada masa yang sama, Raisha hanya berdiri dihadapan pintu bilik itu sambil memerhatikan mereka berdua sambil tersenyum kelat.
"Semua barang dah bawa ke, Rafiq? Syaz?"tanya Raisha.
"Ya, kami dah bawa semuanya, Kak Raisha,"kata Rafiq sambil tersenyum.
"Baiklah, kami tunggu kat bawah ya,"kata Raisha yang mulai pergi dari situ.
"Baiklah, Kak Raisha,"kata Rafiq lalu terus saja menggalas beg miliknya.
Beberapa minit kemudian...
Rafiq & Syazwan yang sudah berdiri dihadapan pintu keluar Rumah Anak Yatim Al-Ilmiah hanya memandang yang lain. Pandang mereka yang memandang kedua orang sang remaja itu kelihatan sayu seperti mereka sedih akan pemergian mereka berdua.
Wahdi yang sedih akan hal itu terus saja meluru ke arah Rafiq & memeluknya sambil menambah Rafiq.
"Abang Rafiq, tolonglah jangan pergi. Wahdi tak nak abang pergi,"kata Wahdi sambil memeluk Rafiq.
"Wahdi, jangan cakap macam tu. Abang Rafiq & Abang Syaz bukannya nak tinggalkan Wahdi & yang lain. Kami berdua cuma nak pergi belajar & menimba ilmu. In sya allah, kalau diizinkan oleh Allah SWT, kami berdua akan balik nanti,"kata Rafiq sambil tersenyum.
Kesemua anak yatim yang ada di situ terus saja mendekati mereka & memeluk kedua sang remaja itu serentak. Syazwan yang melihat mereka hanya tersenyum kelat malah hanya mengusap kepala anak-anak yatim itu.
"In sya allah, kami akan pulang. Lagipun, kita kan keluarga,"kata Syazwan sambil tersenyum.
"Abang Rafiq & Abang Syaz kena janji akan pulang ke sini untuk bermain dengan kami ya?"kata Aliya sambil memandang mereka.
"In sya allah, kami akan pulang, Aliya,"kata Rafiq sambil tersenyum.
"Abang Rafiq & Abang Syaz jaga diri tau. Jangan lupakan kami semua,"kata Fahimi menggunakan bahasa isyarat.
"Baiklah, kami akan ingat tu,"kata Syazwan.
Pada saat yang sama, kelihatan Raisha mulai mendekati mereka sambil tersenyum & hanya memandang mereka berdua.
"Sebelum kamu berdua pergi, ambil lah hadiah ni. Buka hadiah ni bila dah sampai ke akademi ya,"kata Raisha sambil menghulurkan 2 buah kotak sederhana kecil kepada mereka berdua.
"Terima kasih, Kak Raisha,"kata Rafiq & Syazwan sambil tersenyum.
Pada masa yang sama, kelihatan bas mulai berhenti dihadapan Rumah Anak Yatim Al-Ilmiah. Mereka yang sedar akan kehadiran bas yang sedang menanti mereka itu, mulai membawa barangan mereka & berjalan menuju ke arah bas itu.
Ketika sedang berjalan mendekati bas itu, Syazwan tiba-tiba saja memberhentikan langkahnya & memang Zakwan yang sedang berdiri di sisinya. Sang remaja itu hanya memandang Zakwan yang sedang berpeluk tubuh itu.
"Nampaknya, budak kaki tidur akan pergi jalan-jalan ya?"sindir Zakwan yang tetap saja memanggil Syazwan dengan nama panggilan "budak kaki tidur" terhadapnya.
"Ya, nampaknya macam tulah, kaki game. Kalau kau nak jumpa Rafiq dia ada kat depan tu. Gelak lah puas-puas sebab budak menyusahkan macam aku ni dah pergi,"kata Syazwan yang mulai berjalan.
"Haih, sebenarnya aku bukannya nak jumpa Rafiq tapi aku nak jumpa kau, Syazwan,"kata Zakwan sambil memandang ke arah lain.
"Apa maksud kau?"tanya Syazwan yang mulai memberhentikan langkahnya lalu berpaling ke arah sang remaja itu.
"Aku nak cakap yang aku nak minta maaf atas apa yang aku cakap selama ni. Aku tahu yang kata-kata aku ni menjengkelkan & menyakitkan hati kau. Aku buat semua tu sebab aku risaukan kau. Aku bukannya benci kau, Syaz. Aku dah lama anggap kau ni kawan aku. Maaf baru sekarang aku berterus terang dengan kau,"kata Zakwan sambil menundukkan kepalanya sedikit.
Tiba-tiba, Zakwan terus saja mengangkat wajahnya & memandang Syazwan sebaik saja dia merasai sesuatu pada bahagian bahunya.
"Chill lah, aku dah lama maafkan kau. Lagipun, kita kawan kan. Betul tak, Zak? Lagipun, kau nampak pelik je bila bersikap macam ni tau. Jangan risau, aku & Rafiq akan pulang semula nanti. Jadi, kau jaga diri baik-baik & jaga yang lain jugak tau,"kata Syazwan yang sedang menghalakan penumbuknya pada bahagian bahu sahabatnya itu sambil tersenyum.
Zakwan yang melihat hal itu hanya terdiam malah mulai tersenyum kecil. Dia senang mendengarkan hal itu apatahlagi dia mulai mengetahui bahawa Syazwan tidaklah seteruk perangainya itu malah sang remaja itu bukanlah seorang yang pendendam malah pembenci.
"Huh, baiklah, in sya Allah, aku akan ingat pesanan kau, Syaz. Aku akan jaga mereka sebaik yang aku boleh & kau pun jangan malas-malas kat sana pulak,"kata Zakwan.
"Baiklah, aku pergi dulu, Assalamualaikum,"ucap Syazwan yang mulai melangkah pergi ke arah bas.
"Baiklah,waalaikumussalam,"jawab Zakwan.
Rafiq yang melihat hal itu hanya tersenyum senang melihat hubungan kedua sahabatnya yang semakin akrab itu. Pada saat yang sama, lamunannya terus saja terhenti sebaik saja dia mendengar bunyi mengiaw yang kedengaran berdekatan dengannya.
"Hehe, lupa pulak pasal kau,"kata Rafiq lalu terus saja mengangkat kucingnya itu & memasukkannya ke dalam sebuah beg sangkar khas buat sahabat berbulunya itu.
Sebaik saja memastikan semuanya telah selesai, Rafiq hanya berpaling lalu memandang ke arah Raisha & anak-anak yatim yang lain. Perlahan-lahan, senyuman di bibirnya mulai terukir disaat dia melihat keluarganya itu & terus saja mulai berjalan masuk ke dalam bas lalu duduk di sebuah tempat duduk bersebelahan dengan Syazwan.
Bas yang dinaiki oleh kedua orang remaja itu secara perlahan-lahan mulai bertolak pergi meninggalkan tempat itu. Rafiq & Syazwan yang berada di atas bas itu hanya memerhatikan mereka daripada tingkap bas sehinggalah perlahan-lahan mulai menjauh dari rumah anak yatim itu.
"Hm, nampaknya kita bakal hadapi sesuatu yang baru,"kata Rafiq sambil tersenyum.
"Ya, aku pasti banyak benda yang kita dapat lihat di sana nanti,"kata Syazwan.
"Haha, aku pasti yang kita dapat lihat perkara yang lebih menarik lagi lepas ni. Betul tak, Syaz? Syaz?"tanya Rafiq lalu memandang Syazwan yang sudah tertidur di sebelahnya.
Rafiq hanya tersenyum kecil sambil memandang sahabatnya itu. Dia senang kerana masih dapat pergi ke tempat yang jauh itu bersama Syazwan, sahabat baiknya itu.
"Semoga persahabatan kita kekal hingga ke Jannah, wahai Syaz. Tanpa kau, dah tentu aku takkan pergi sejauh ni sekarang. In sya allah, aku pasti kau akan jadi orang yang hebat nanti, Syaz,"kata hati kecil Rafiq di saat dia sedang memandang sahabatnya itu.
Bas yang dinaiki oleh Rafiq beserta pelajar yang lain itu terus saja mulai menempuhi perjalanan yang jauh menuju ke Akademi Dendora itu.
Bersambung....
![](https://img.wattpad.com/cover/254125722-288-k649585.jpg)
YOU ARE READING
Rafiq:Budak Luar Biasa
Genel KurguMuhammad Rafiq Luqman merupakan seorang budak yang bernasib malang. Sejak kecil lagi, sudah tinggal bersendirian kerana ibubapanya yang terbunuh kerana sebuah serangan raksasa yang pernah memakan ramai jiwa korban di tempat tinggalnya sehinggakan ha...