Muhammad Rafiq Luqman merupakan seorang budak yang bernasib malang. Sejak kecil lagi, sudah tinggal bersendirian kerana ibubapanya yang terbunuh kerana sebuah serangan raksasa yang pernah memakan ramai jiwa korban di tempat tinggalnya sehinggakan ha...
Rafiq sedang membaringkan tubuhnya di atas katil setelah selesai solat Zohor berjemaah. Tubuhnya terasa sedikit penat setelah lama bekerja.
"Fiq! Kau kena turun cepat!"kata Syazwan yang tiba-tiba muncul sehingga mengejutkan Rafiq sehingga terjatuh dari katil.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Ada apa ni? Aku nak rehat kejap pun tak boleh ni, Syaz,"tanya Rafiq yang pelik dengan kerenah Syazwan.
Syazwan tanpa melengahkan masa terus saja menarik Rafiq turun ke bawah.
"Kenapa ni, Syaz? Asal kau tarik aku ni?"tanya Rafiq.
"Jangan banyak tanya. Ikut je aku,"kata Syazwan.
Di ruang tamu...
Kelihatan seorang wanita bersama seorang remaja lelaki sedang berbincang sesuatu dengan Raisha. Pada masa yang sama, Syazwan datang ke arah mereka bersama dengan Rafiq.
"Maaf ya. Ini Muhammad Rafiq Luqman & ini pulak Nik Syazwan. Mereka berdua boleh tunjukkan keadaan tempat ni untuk Zakwan,"kata Raisha sambil tersenyum.
"Salam kenal,"kata mereka berdua sambil tersenyum.
"Baik betul kamu berdua ni. Tolong jagakan Zakwan baik-baik ya. Kamu pulak Zakwan jangan nakal-nakal,"kata Puan Rozita sambil memandang Zakwan.
"Baiklah,"kata Zakwan.
Setelah mendaftarkan Zakwan, Puan Rozita telah pun pergi dari situ. Zakwan hanya melihat kereta wanita itu yang mulai hilang dari pandangan.
"Hai, nama kau siapa ya?"tanya Rafiq.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Zakwan Anuar. Umur aku 15 tahun,"kata Zakwan sepintas lalu.
"Ouh, kau boleh panggil aku, Fiq & ni pulak Syaz. Umur kami 16 tahun,"kata Rafiq sambil memperkenalkan dirinya & Syazwan.
Mereka berdua pun menunjukkan suasana di sekeliling Rumah Anak Yatim Al-Ilmiah itu. Setelah itu, mereka pun membawa Zakwan ke bilik di mana dia akan sebilik dengan Rafiq & Syazwan.