Bab 9: Hospital

544 67 1
                                    

Di sebuah tempat...

Rafiq membuka matanya perlahan-lahan & melihat dirinya yang sedang terbaring di atas padang rumput. Rafiq mulai berasa pelik dengan tempat itu lalu dia menukarkan posisinya dari baring ke duduk lalu melihat keadaan sekeliling. Apa yang lebih pelik lagi, dia mendapati dirinya telah menjadi seperti budak berumur 3 tahun. Kerana pelik dengan keadaan itu, terus saja bangun & berjalan di tempat itu.

Suasana di tempat itu seperti dia pernah lihat saja ketika dia masih kecil. Dia mulai mengingati tempat yang kini sedang dia lihat. Ini adalah kampung halamannya yang belum musnah akibat serangan raksasa. Tiba-tiba, kelihatan seorang wanita sedang berjalan ke arahnya. Rafiq hanya memandang wanita yang amat dia kenali itu.

"Rafiq! Anak ibu!"tulis Yasmin.

Rafiq segera memeluk ibunya. Dia mulai mengingati kesemua memori itu. Betapa indahnya hidup dirinya sebelum serangan itu berlaku. Walaupun begitu, Rafiq tahu yang serangan itu akan berlaku tepat ketika ibunya mahu membawa dirinya pulang ke rumah. Itu adalah satu-satunya memori yang dia tidak pernah lupakan.

Tiba-tiba, mimpinya yang indah tadi mulai berubah sebaik saja dia melihat ramai mayat & bangkai raksasa yang dibunuh bergelimpangan di sekelilingnya. Rafiq mulai terkaku & menjerit dengan penuh rasa terkejut.

"Arghh!!!"jerit Rafiq sehingga dia terbangun dari mimpinya.

Dia menghembuskan nafas lega setelah mendapati yang itu cumalah mimpi. Pada masa yang sama, dua terpandang tangannya.

Pada masa yang sama, dia terpandang Syazwan & Zakwan yang sedang tertidur di sisinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada masa yang sama, dia terpandang Syazwan & Zakwan yang sedang tertidur di sisinya. Dia berasa hairan dengan hal itu lalu memandang jam yang sudah menunjukkan jam 11 malam.

"Aku kat mana ni?"tanya Rafiq pada dirinya.

Pada masa itu, dia mulai perasan yang Headphone miliknya telah tiada pada dirinya lalu dia melihat keadaan sekeliling bagi mencari Headphone kesayangannya itu. Setelah beberapa minit, akhirnya dia ternampak yang Headphone miliknya sedang dipegang oleh Syazwan lalu dia menarik Headphone miliknya perlahan-lahan agar tidak mengejutkan Syazwan daripada tidurnya.

Setelah selesai, dia segera memakai Headphone miliknya lalu mencuit Zakwan yang sedang tertidur itu. Akibat daripada cuitan Rafiq, Zakwan terpengun lalu memandang Rafiq. Dia terkejut dengan apa yang dia lihat.

"Rafiq? Kau dah sedar,"kata Zakwan sambil memandang Rafiq.

"Zakwan, aku kat mana ni? Apa dah jadi sebenarnya ni?"tanya Rafiq sambil memandang Zakwan.

"Tunggu, aku panggilkan doktor,"kata Zakwan lalu segera keluar dari wad Rafiq.

Beberapa minit kemudian...

Setelah selesai diperiksa, Rafiq hanya baring di atas katil hospital sambil memandang Syazwan yang masih tidur di sisinya. Zakwan yang geram dengan perangai sahabatnya yang pemalas tu, terus saja mengetuk kepalanya sehingga dia tersedar dari tidur.

Rafiq:Budak Luar BiasaWhere stories live. Discover now