Empat tahun kemudian..
Bosan, Bosan, Bosan!!
Satu persatu aplikasi yang berada dalam telefon pintarku, aku tilik. Cuba untuk mencari sesuatu yang dapat mengisi masa lapangku yang sungguh kosong ini. Yurp, kosong!! Buka instagram, buka twitter, buka facebook dan juga whatsapp namun kesemuanya langsung tak menarik minatku.
Jangan sampai kebosanan ini mendorong aku untuk membuat video tiktok! Huh!!! Bosann!
Akhirnya, telefon pintarku aku letak tepi lalu siling kosong bilikku aku belek. Betapa kosongnya hari-hari aku selepas dua bulan menamatkan pengajian di universiti. Kalau zaman belajar dulu bolehlah aku ajak kawan aku keluar makan angin bila rehat. Tak padan dengan sejam pun, aku boleh keluar shopping di dalam mall.
Nak dibandingkan sekarang? Kebanyakan rakan-rakan seperjuangan ku di universiti sudahpun bekerja dan juga berkahwin. Kalau aku ajak keluar, pasti alasan sibuk dan penat akan dibalasnya. Hmm, ingat aku tak penat ke duduk rumah?!
"Bosannya hidup aku ni!!!" laungku lantang. Pasti ahli keluarga ku yang lain mendengar laungan ku itu. Huh, peduli apa aku!!
"Kalau bosan, kerjalah woiii!!!" dan tak sangka adik lelaki ku dari bilik sebelah akan membalas.
Tak guna!!
Dia fikir aku ni tak ada usaha ke nak cari kerja?! Selama hampir dua bulan ni, banyak syarikat yang aku apply. Dari jawatan tertinggi sehinggalah ke jawatan kerani namun kesemuanya langsung tak mendapat jawapan. Entah apa silapnya pada resume aku itu agaknya sampai mereka tak endahkan bakal pekerja sebagus aku ni.
Papa aku seorang usahawan yang juga turut ada syarikatnya sendiri. Terkenal jugalah sebab iklan produknya selalu masuk tv. Adalah juga beberapa kali papa meminta aku untuk bekerja dengannya namun aku tolak. Alasanku kerana aku tak mahu bekerja dengan ahli keluarga terdekat. Aku risau pada pandangan pekerja papa sebenarnya.
Kalau aku bekerja dengan papa, pasti papa akan bertindak tidak rasional dan memilih aku untuk menempati kedudukan yang paling tinggi walaupun kemahiran aku, tidaklah sebagus mana. Jadi, lebih baik aku cari pengalaman bekerja dengan orang lain. Sekurang-kurangnya aku boleh berdikari.
Sedang leka aku mengelamun di atas katil, langsung aku tak sedar kelibat adik lelaki ku yang sudah menjengah di pintu. Hmm, padanlah sebab tak kunci pintu bilik.
"Kak Ara..." serunya lembut. Pftt.. tadi bukan main lagi dia usik aku. Sekarang, suara dia keluar pun ibarat hidup segan mati tak mahu.
Lembut sangat..
Aku sudah kerlingnya tajam. Raut yang kononnya acuh tak acuh aku beri. Kalau dah suaranya kalah perempuan melayu terakhir, mesti adalah itu yang dia nak.
"Apa?" balasku acuh tak acuh. Rambutku yang agak bersepah aku kemaskan.
"Tolong belikan makan tengahhari adik boleh? Laparlah kakak.." rungut nya. Gayanya tu siap pakej belai perut. Konon nak tunjuklah itu dia kebulur.
Pfft.. kebulurlah sangat. Bukan aku tak tahu yang sejam lepas dia lahap 2 set breakfast McDonald. Entah, cacing apa yang hidup dalam perut dia itu agaknya?! Makan tiap sejam tapi badan tak gemuk.
Hmm..
Aku sudah berkerut dahi. "Belilah sendiri. Akak malas nak keluar." balasku. Terus aku membaringkan tubuh. Bantal gulingku peluk erat. Acah-acah pejam mata sat.
"Please...!!" panjang harkat merayunya. Kalau ada dengung, aku maybe akan pertimbangkan rayuan nya itu. Ehek!
"No."
"Kalau akak belikan. Adik janji adik akan kemaskan rumah ini." dia sudah buat tawaran. Nampaklah terdesak nya di situ.
Al-maklumlah, kemas rumah itu memang bukan dalam kamus adik aku. Kononnya dia lelaki, jadi katanya bukan tugas dia untuk kemas-kemas ni. Mohon kecam beramai-ramai.
"Erm.?"
"Plus, adik akan bersihkan sangkar kucing mama." tawarannya kali ini berjaya buatkan aku bangun. Senyum lebarku sudah terpamer.
Bagus.
Dia pula sudah cemberut. Hilang handsomenya walaupun aku tak tahulah celah mana yang nampak dia handsome itu.
"Mana duit?"
Aku sudah tawar diri.
...
"Kak, saya nak 2 nasi kukus ayam spicy, extra sambal." pesanku setelah menilik lama menu yang terpapar di template menu."Baik kak. Akak minta tunggu sekejap ya. Nanti dah siap, kami panggil." ujar pekerja itu sambil memulangkan wang baki.
Aku sekadar mengangguk. Perlahan, aku aturkan langkahku menuju ke arah salah satu meja berdekatan dengan kaunter pembayaran. Untuk menghilangkan rasa sunyi, aku keluarkan telefon pintarku sebagai peneman.
Bila aku dah sorang-sorang dan kawasan sekeliling pula bising, konsentrasi aku pasti terganggu. Jadi, buka aplikasi apa pun, aku cuma buka saja tapi tak hayati pun.
Hahah.. pelikkan aku ni?
Akhirnya, aku pilih untuk tolak tepi telefon aku. Mataku sudah meliar ke sekeliling kedai tersebut. Ramai juga yang datang makan di kedai nasi kukus itu. Memandangkan hari ini adalah hujung minggu, jadi kebanyakan yang datang adalah golongan yang berkeluarga. Bising jugalah bila dengar suara budak kecil menjerit.
Hilang ketenangan sekejap.
Sedang leka aku menikmati pemandangan, tak semena mataku terpaku pada dua sosok yang tidak jauh dari kedai itu. Aku sudah berkerut dahi. Aku tidak salah nampak kan? Bukan ke itu dua orang lelaki yang sedang... berpegangan tangan? Aku sudah terpana. Pegang sebagai BFF ke ni?
Walaupun agak jauh, namun aku dapat lihat jelas salah satu sosok itu kelihatan marah. Dia juga seakan meronta minta dilepaskan tangan. Gangguan seksual?? Tebakku sendiri. Aku masih tak lepas memandang mereka berdua. Berkali-kali sosok itu cuba untuk melepaskan tangannya sebelum dia menolak kasar sosok yang satu lagi.
Tangannya terlepas dan laju langkahnya diatur menuju ke.. Aku sudah terbelalak mata. Cepat-cepat aku tundukkan pandangan ku ke bawah apabila sosok lelaki itu menuju ke arahku.
Aku sudah telan liur. Dia nampak ke aku perhatikan mereka bergaduh tadi?
Makin tak keruan aku apabila lelaki itu mengambil tempat bersebelahan mejaku. Alamat apakah ini? Kenapa dia duduk sini pula????!!!!
"Nasi kukus extra sambal dua." seruan itu menyapa halwa telingaku.
Lekas aku berdiri menuju ke arah kaunter. Dan tanpa aku sedar, sosok di sebelah ku juga turut sama berdiri.
Baru saja aku nak gapai, ada tangan lain yang menyambut huluran itu. Aku sudah tergamam. Pantas aku menoleh ke sisi dan serentak itu aku kelu. Dia lagi?!
Apakah??
Lelaki itu juga turut sama memandang ke arahku. Kami saling berpandangan. Langsung tiada secalit senyuman pun singgah di bibir merahnya. Mendatar saja rautnya. Macam orang tak berkenan nak hidup lama.
"Maaf kak. Yang ni encik ni punya. Akak punya on the way." tutur pekerja tersebut melihatkan salah faham yang berlaku antara kami berdua.
Segera aku lepaskan tanganku dari terus menggenggam plastik itu. Phuh.. jantung aku berdebar semacam!
"Sorry." ucapku menunduk sedikit. Tak fasal-fasal kena minta maaf walaupun bukan salah aku.
Lelaki itu sekadar tarik senyum sinisnya sebelum langkahnya diatur keluar. Tiada sepatah kata pun dibalasnya. Apakah?!
Kenapa dingin sangat?
...
YOU ARE READING
Bukan Cinta Sempurna
ChickLit@BukanCintaSempurna @Wattpads2019 @RomanticGenre @Choco_Lyn @StoryKe10 Apa itu Cinta? Adakah ia perlukan kesempurnaan pada kedua-dua belah pihak atau sebenarnya lebih kepada saling melengkapi antara satu sama lain? Aku, Nurul Zahra Aisyah diambil se...