Puntung rokok yang sudah dihisap habis dibuangnya ke dalam tin minuman. Kemudian, dia tarik puntung rokok yang baru. Api dinyalakan untuk membakar tembakau itu dan perlahan dia menikmati.
Angin malam itu, benar-benar buatkan kekusutannya mati. Segala buku sekolah murid untuk diperiksa yang sepatutnya diselesaikan hari ini, dibiarkan di belakang. Bersepah!
"Aisy..." nama gadis itu diserunya perlahan. Tak semena, senyuman tipis nya bertayang.
Membayangkan wajah manis gadis itu sudah cukup membuatkan dia tak keruan. Enam tahun lepas, gadis itu tersangatlah selekehnya. Dengan rambut topi keledarnya dan juga badannya yang sedikit gempal. Bila terimbau kembali.. hmm, memang jauh beza daripada sekarang.
Sekarang, rambut gadis itu cukup cantik di mata Zahirul. Dengan ikal mayang , panjang paras pinggang dan hitam berkilau. Cantik dan menawan.
"Kalau awal-awal dulu kau ubah penampilan kau, mesti kau takkan kena reject dengan aku, Aisy." ujarnya sendirian.
Yurp, dia pasti takkan reject!
"S-saya suka dengan abang Senior." luahan itu berjaya menjedakan Zahirul yang sedang menikmati burgernya.
Kawan-kawannya yang turut lepak dengannya juga sudah tarik sengih. Atas bawah gadis itu dipandangnya dengan geli hati. Pfft.. cermin diri sendiri.
"A-apa?" seperti mengajuk. Zahirul cuba mendekatkan telinganya pada gadis itu.
Sengih sinisnya masih tak lepas.
"Saya suka abang senior." kembali, gadis itu meluahkan isi hatinya. Kini, lebih terang dan jelas.
Jawapan gadis itu tak semena disambut tawa oleh teman-teman Zahirul yang mendengar. Segelintir daripada mereka menge'boo' gadis berbadan sedikit berisi tu.
"Kau tak cerminkan diri sendiri ke hah? Ge-Ge tahu tak?" ejek salah seorang daripada mereka. Yang lain, hanya ketawa berdekah.
Ada yang siap tekan-tekan perut lagi. Kelakar ke?
Zahirul pula beriak biasa. Diperhatinya gadis itu sudah menikus. Pandangannya tertunduk ke bawah. Dia juga langsung tak mematikan tindakan kawan-kawannya dari terus menyindir gadis itu.
"Weiyh, awak." serunya lantang. Lantas, keadaan hening.
Seakan memberi ruang untuk dia pula berbicara.
Gadis itu pantas mengangkat wajahnya memandang Zahirul. Wajahnya seakan mahu menangis namun dia cuba tahan. Ada sinar berharapnya pula berganti apabila Zahirul menyeru.
"Ya, abang senior?"
"Kau punya cermin besar mana eiyh?"
Tergamam gadis itu apabila mendengar celaan yang dilontarkan Zahirul kepadanya. Segera dia melarikan diri apabila merasakan dirinya hanya memalukan diri.
Selepas sebulan kejadian itu berlaku, gadis itu terus pindah sekolah. Dia masih ingat jelas pemilik wajah gadia yang meluahkan perasaan itu. Dan.. namanya juga masih jelas dalam ingatan Zahirul.
"Nurul Zahra Aisyah" perlahan nama itu meniti keluar di bibirnya.
Kalaulah dia dapat putarkan kembali waktu, pasti dia akan tebus kesalahan nya itu. Dia akan minta maaf dan pastikan Aisyah akan berada di sampingnya. Yurp, untuk melihat perkembangan gadis itu dari selekeh menjadi dewi pada mata lelaki sepertinya.
Kali ini, Zahirul menghisap dalam lalu dilepaskannya. "Ruginya aku." ujarnya perlahan.
Aku harap, aku masih belum terlambat.
...
Ting!
YOU ARE READING
Bukan Cinta Sempurna
ChickLit@BukanCintaSempurna @Wattpads2019 @RomanticGenre @Choco_Lyn @StoryKe10 Apa itu Cinta? Adakah ia perlukan kesempurnaan pada kedua-dua belah pihak atau sebenarnya lebih kepada saling melengkapi antara satu sama lain? Aku, Nurul Zahra Aisyah diambil se...