Bab 2

762 67 1
                                    

Bungkusan sambal itu dibukanya lalu dituangkan di atas ayam goreng yang masih kelihatan asapnya. Bau haruman nasinya juga cukup memancing bunyi perut yang sedang dibelengu kelaparan. Kalau ikut kebulur, sudah lama dia menerkam nasi tersebut namun ada perkara lain yang mengganggu seleranya.

"Ezy."

Dia yang baru sahaja melangkah keluar dari 7 eleven sudah menoleh ke sisi. Terkelu dia saat sosok lelaki yang pernah datang dalam hidupnya empat tahun lepas sedang berdiri di hadapan nya.

"Fattah?"

Lelaki itu sudah ukir senyum memandangnya. Senyuman yang banyak memendamkan kerinduan yang amat sangat. Serta-merta tangan kanannya disambar oleh gerangan itu lalu dipegangnya erat. Dia jadi kelu.

"You pergi mana selama ni? I cari you empat tahun ni but you dah pindah. Merata I cari you, Ezy." ujar lelaki itu dengan nada merintih.

Dia sudah ketap bibir. Huhhh!!! Wake up, Ezrul!!! Kau dah tinggalkan dunia lama kau. Sekarang kau adalah Ezrul, bukannya Ezy! Ezy dah mati.  Hati kecilnya meronta.

Tak semena, dia meleraikan tangannya. Wajah berkerutnya ditayang.

"Sorrylah. Aku dah tak nak kenal sesiapa yang pernah ada kaitan dengan aku dulu. Kau dah boleh mulakan hidup baru kau."ujarnya mendatar. Tiada secalit emosi pun ditayangnya.

Entah kenapa, perasaannya kini bercampur baur. Dia sendiri tidak dapat menafsir apa yang nalurinya mahukan ketika itu. Dia seakan-akan rindukan sosok itu namun.. fikirannya, hasratnya membendung kemahuannya itu. Yurp, dia mahu berubah dan dia pilih jalan yang tepat untuk berubah!

Raut Fattah terus saja berubah. Matanya pula masih tak lepas dari menatap wajah Ezrul. Langsung dia tak pedulikan sosok yang lalu lalang memerhatikan drama air mata mereka berdua. Baginya kini, dia mahu fokus untuk memujuk Ezrul kembali padanya.

"Ezy.. please! I know u nak kita yang dulukan? I know you ezy. I tahu you memang takkan pernah accept diri you yang sekarang." pujuk Fattah. Dia masih degil mahu menggenggam tangan Ezrul erat.

Lekas Ezrul meronta. Cuba dia lepaskan genggaman tangan kekar itu namun masih dia tak mampu. Sempat matanya meliar ke sekeliling. Hatinya disapa rasa segan apabila orang yang lalu lalang sudah mulai pandang serong padanya.

Ahh, sudah!!

Cukuplah dia pernah dipandang serong dengan imejnya yang dulu. Janganlah sekarang dia dipandang buruk lagi.

"Lepaslah!"gertaknya masih tak berputus asa untuk meloloskan diri.

Namun Fattah masih mempertahankan kedegilannya. Mulut nya masih merayu dan meminta.

Tidak berlengah, Ezrul terus saja menolak tubuh Fattah kasar. Pegangan tangan mereka terlerai dan serentak itu Ezrul meloloskan diri.

Dia sudah melangkah ke depan. Fattah yang masih menyeru namanya langsung tidak dia hiraukan.

"Kenapalah semuanya terlalu sukar untuk kau, Ez?" soalnya sendirian.

Alis keningnya diurut perlahan. Tak semena, dia termenung kosong di hadapan santapannya. Kali ini, selera nya mati. Perut yang tadi berbunyi minta diisi seakan sunyi.

Fikirannya mulai mengenangkan kisah 4 tahun lepas.

Kerana dia, mamanya terkena serangan jantung. Kerana dia, dia hilang orang yang selalu mendoakan nya. Kerana dia juga, kini dia sendirian di dalam villa ini.

Hari-hari yang dijalaninya selama empat tahun di dalam villa megah itu terasa sangat kosong.

'M.mama.. nak Ezz.. bee..r..rubah.'

Masih jelas kedengaran permintaan terakhir mamanya itu, sebelum wanita itu menutup mata.

Kerana itulah, dia bertekad untuk berubah. Segala perhiasan dan pakaian yang pernah menghiasi tubuh nya dibuang. Segala gambar dan juga kenalan-kenalan lama nya juga dia hapuskan.

Selama empat tahun jugalah, dia cuba sibukkan diri untuk memulakan bisnes barunya dan dia bersyukur, usahanya itu menghasilkan banyak keuntungan.

"Tolong jangan fikirkan lagi, Ez. Aku tahu kau boleh buat."bisiknya pada diri sendiri.

Buat masa sekarang, hanya keinginan nya sendiri yang membuatkan dia mahu terus berjuang untuk berubah.

Tak ada orang lain.
...
"Assalamualaikum!"

Ucapan salam aku hulurkan setelah langkah kananku menapak masuk ke dalam rumah. Masuk sahaja ke rumah, pandanganku tumpah pada sosok yang sedang duduk di ruang tamu.

Bukan kelibat adik aku tapi...

"Keluar pergi mana tadi, Aisy?" soalannya menerjah apabila matanya bertemu kelibatku.

Aku tarik senyum nipis. Entah kenapa, aku tak boleh nak bagi senyum ikhlas pada dia. Nak bagi senyum pada dia pun, aku masih berkira.

"Keluar belikan makanan untuk Aeril." Hanya satu perenggan saja aku bagi.

Zahirul sekadar mengganggukkan kepala. Sempat matanya menumpu ke arah plastik merah yang aku bawa. Aih, makanan dalam plastik pun boleh tarik perhatian dia jugak ke?

"Tak ada belikan untuk abang ke?" soalnya sudah tarik senyum sengetnya.

Aku hanya mampu tersengih. Kalau boleh, memang tak nak jawab namun memandangkan Zahirul adalah guru tuisyen adik aku. Dan.. lelaki itu juga sudah berkhidmat hampir setahun jadi.. kenalah ada bonding yang boek kan?

"Aisy tak tahu abang datang. Kalau Aisy tahu, Aisy beli satu lagi yang padu untuk abang." selorohku.

Langkahku percepatkan ke meja makan. Aku mahu lekas meninggal kan ruang itu. Hmm!! Selagi aku tak pergi, lelaki itu pasti akan mengajukan pelbagai soalan semata-mata mahu mencari topik perbulan denganku.

Pfftt!!

Aku kalau boleh, taknak jumpa langsung dengan Zahirul.

Aku agak tak suka dengan perangai dia yang suka jaga tepi kain aku. Yurp!! Segala perilakuku menjadi bahan pertanyaannya. Aku nak pergi dapur pun dia tanya.

Orang pergi dapur, takkanlah nak tengok tv pula kan? Buduss!

Setelah meletakkan bungkusan makanan adik ku, laju aku melangkah mahu naik ke bilik. Ketika itu jugalah aku dapat rasakan setiap gerak geri ku dalam perhatian Zahirul. Haih! Scary!!

"Lajunya jalan itu." tegurannya itu langsung tak mematikan langkahku.

Aku buat tak endah. Aku percepatkan lagi langkahku. Kalau boleh memang tak nak nampak sosok Zahirul dari sipi mata juga.

Ketika aku mahu memanjat tangga, ketika itu jugalah Aeril sedang menuruni anak tangga. Dia yang sedang mendengarkan sesuatu melalui earphone turut sama memandang aku yang kelihatan tergesa-gesa. Seperti ada benda yang aku mahu kejarkan.

"Bilik tu takkan larilah, kak oitt." selorohnya.

Aku sekadar mencebik. Memanglah bilik takkan lari. Dia mana ada kaki. Pfft.. mahu saja aku membalas.

Tapi, aku simpan dulu buat bahan perli pada masa akan datang.

"Tak sudi nak jumpa saya lah tu." balas Zahirul setibanya Aeril di bawah. Mungkin seloroh Aeril turut menyapa halwa telinganya.

Namun, disebabkan Aeril sedang mendengarkan lagu, jadi dia tidak dengar apa yang Zahirul katakan.

Zahirul tarik senyum tipis. Terus dia kalihkan pandangannya ke arah telefon pintar yang digenggamnya. Makin lebar senyumannya tatkala wajah itu ditiliknya.

"Kenapalah aku tak sedar yang dari dulu, kau memang nampak lawa?" soalnya sendirian.

Keluhannya terlepas.
...




Bukan Cinta SempurnaWhere stories live. Discover now