Pesanan whatsapp yang aku dapat aku tilik lama. Termenung aku sekejap di situ. Dari semalam sampailah ke saat ini, mata aku tak lepas dari menatap pesanan itu. Bukannya perkara yang menarik tetapi lebih kepada perkara yang membimbangkan aku.
"Papa bagi kamu tempoh selama setahun. Selepas itu, tak ada kompromi untuk kamu uruskan syarikat itu bersama-sama papa." jelas daripada bicara lelaki itu yang dia sudah buat kata sepakat.
Aku pula sudah tersenyum lebar. Nampaknya kami berdua sudah pilih jalan untuk bersepakat. Tidak perlu lagi berbalah tentang perihal ini.
"Aisy setuju pa. Mungkin setahun cukup untuk Aisy tambah ilmu Aisy dalam mentadbir syarikat." balasku.
Papa balas dengan anggukan. Aku lihat pandangannya tertunduk sedikit. Telefon pintar dalam pegangan tangan nya dibelek. Serba sedikit kedengaran bunyi dia mengetik papan kekunci pada skrin.
"Papa tahu kamu tak dapat lagi syarikat yang kamu mahukan." aku sudah ketap bibir apabila mendengar ungkapannya itu.
"Yurp. Aisy akan cuba usaha untuk dapatkan tempat dalam tempoh sebulan ni." jawabku dalam nada tenang.
Sesekali mata aku melirik ke arah telefon pintarnya. Entah apa yang menarik sangat sampaikan bercakap pun tak bersua mata.
Mendengarkan jawapan aku, dia sekadar mengganggukkan kepala kemudian diam seketika. Aku pula yang jadi ternanti-nanti pada bicara papa yang seterusnya.
Tingg!!
Sekilas, telefon pintarku yang terselit dicelahan komik aku keluarkan. Terdiam aku sejenak tatkala melihat kan pesanan masuk yang dikirim oleh PA papa, Miss Shiva.
Tanpa sedar, papa tersenyum memerhati. Dapat dia lihat wajah aku yang jelas termangu dek pesanan yang aku terima.
"Kamu dah dapatkan pesanan daripada PA papa?" soalnya apabila aku masih diam membelek pesanan itu.
Segera aku alihkan pandangan ku pada papa. Dahiku sudah berkerut. "Papa nak Aisy kerja kat sini? Siapa punya company ni pa?"
"Tu company arwah kawan lama papa. Sekarang, anak lelaki dia yang pegang. Papa nak letakkan satu syarat. Papa akan bagi tempoh setahun tapi yang pasti kamu mesti kerja dalam company tu." tuturnya penuh dengan maksud tersirat.
Aku sudah melepaskan keluhan perlahan. Aku masih tak faham dengan permainan papa sekarang. Entah apa yang dia rancangkan? Kenapa aku perlu bekerja di bawah syarikat kawan lamanya? Apa kebaikan yang aku dapat?
Satu-persatu persoalan mulai menerjah pemikiran aku. Aihhh!! Zaman sekolah dulu pun aku tak bijak nak jawab soalan KBAT, janganlah pula papa cipta masalah KBAT. Pfftt... muslihat sungguh!
"Oit!" terjahan ke kening itu segera menyedarkan aku kembali ke realiti.
Terus aku tersedar. Pandang saja depan, aku lihat Batrisya sudah pandang pelik pada aku. Atas bawah dibeleknya. Gayanya itu seperti tidak pernah melihat manusia anggun sepertiku. Huh!
"Apa?" soalku sepatah. Sempat aku melirik ke arah pelayan yang juga tidak lepas dari memandangku.
Dah kenapa dengan semua orang dalam cafe ni?
Terpegun?
"Awak kenapa pandang saya? Tak pernah nampak orang cantik ke?" soalku sedikit menggertak apabila pelayan itu masih tak lepas memandangku. Sempat juga aku berikan jelingan tajam.
Kalau tajamnya seperti pisau, memang tak adalah peluangnya untuk pelayan itu nak hidup. Batrisya sudah geleng kepala melihatkan perilaku ku itu.
Pelayan itu juga jelas tergamam. Namun segera dia buat tenang. Senyum pendeknya diukir. Jelas tak ikhlas. "Maaf cik. Saya bukan insecure. Saya cuma nak tanya, ada apa-apa yang cik nak pesan ke?"
YOU ARE READING
Bukan Cinta Sempurna
ChickLit@BukanCintaSempurna @Wattpads2019 @RomanticGenre @Choco_Lyn @StoryKe10 Apa itu Cinta? Adakah ia perlukan kesempurnaan pada kedua-dua belah pihak atau sebenarnya lebih kepada saling melengkapi antara satu sama lain? Aku, Nurul Zahra Aisyah diambil se...