Naira memandu pulang ke rumah setelah hampir empat jam berada di rumah Makcik Mariya.
"Mak suka tengok Hazril tu." Sekilas Naira memandang kekiri dimana maknya duduk di kerusi penumpang sebelum memandang kearah jalan balik. Berkerut dahi dia mendengarnya.
"Kenapa mak cakap macam tu."
"Saje. Adik suka tak Hazril?" Hasnah menyoal pula.
"Adik? Taklah Mak." Laju Naira menidakkan dengan gelengan.
"Mak ingat kalau ada rezeki nak merasa lah berbesan dengan Makcik Mariya tu. Tapi anak dara mak ni sorang pula. Kalau ada ramai boleh mak kenankan." Ujar Hasnah menyampaikan angan-angannya.
Naira berdehem kecil. Besar betul harapan mak. Tapi dia sahaja anak dara mak dan ayah antara abang-abangnya.
"Mak ni jauh sangat angan-angan tu."
"Mak serius ni."
Naira telan liurnya kasar. Mak ni dah kenapa teringin sangat nak bermenantukan Hazril.
"Lelaki yang angah cerita tu adik masih menunggu ke? Entah-entah dia dah kahwin."
Naira melirik memandang Hasnah. Dia menarik nafas dalam sebelum dilepaskan.
"Belum mak." Jawabnya pendek.
"Kalau belum pergilah luahkan dekat lelaki tu. Kata angah dia baik. Mak pun teringin nak jumpa dia."
"Mak ni adik malu lah kalau nak luahkan dekat dia. Mana adik nak leta muka ni kalau tiba-tiba kena reject. Adik tak sanggup."
"Kalau macam tu adik jadi anak dara sampai tua lah." Balas mak mengejek.
Naira mencebikkan bibirnya. Sampai hati mak. Kalau lah mak tahu siapa gerangan lelaki itu mesti mak terkejut.
✨✨✨
Parkir sahaja kereta di bawah garaj, Naira dan Hasnah keluar dari kereta. Baru dia nak melangkah ke pintu rumah, muncul seorang budak kecil perempuan berlari kearahnya.
"Ucuu!"
Kakinya dipeluk dengan tangan kecilnya.
Naira menunduk lalu mendukung anak kecil berumur 3 tahun itu. Dicium serata wajah comelnya.
"Mana papa?"
"Papa keluar." Jawabnya petah. Patutlah Naira tidak nampak kereta abangnya di rumah, disebabkan itu dia terkejut dengan kedatangan anak buahnya.
"Opah." Tangan Azzahra mendepa ingin didukung opahnya pula. Naira memberikan anak buahnya kepada Hasnah.
"Rindunya cucu opah ni." Mereka terus masuk kedalam rumah. Sebelum itu, Naira mengambil barang-barang yang dibeli mereka di pasaraya sebelum pulang tadi.
Hasnah menurunkan Azzahra sebaik sahaja masuk kedalam rumah.
"Mak dari mana?" Soal Mira menantunya lalu tangannya menyalam tangan Hasnah.
"Pergi rumah kawan tadi. Ni Naqib pergi mana?" Soal Hasnah melabuhkan duduk disebelah Mira.
Sementara Naira meletakkan barang-barang yang dibeli di dapur. Baru dia menoleh, tubuh Azzahra berada dibelakangnya. Dia menunduk menyamai ketinggian anak buahnya.
"Azzahra nak apa sayang?"
"Nak tu." Tangan kecilnya menunding kearah biskut yang tersimpan didalam bekas. Naira tersengih. Kepala Azzahra diusapnya sebelum dia bangun mencapai bekas biskut yang disimpan.
"Satu cukup?"
Azzahra menggeleng.
"Nak more."
Naira terus mencapai pinggan lalu meletakkan beberapa keping diatasnya. Tersenyum Azzahra melihatnya. Dapat makan biskut kering pun dah gembira anak buahnya ini.
Pinggan yang terisi biskut dihulurkan lalu Azzahra membawanya ke hadapan.
"Carefull sayang."
Riuh rumah dengan kehadiran keluarga kecil Naqib. Petang itu mak bercadang ingin memasak nasi ayam memandangkan kakak iparnya itu mengidam nasi ayam yang dimasak oleh Hasnah.
Di dapur, Naira menyediakan minum malam untuk keluarganya. Dia membawa dulang yang terisi teh susu panas dan biskut kering lalu dihidangkan di ruang tamu. Berhati-hati dia menuangkan minuman panas kedalam cawan lalu dihulurkan kepada Amran, Naqib, Mira dan Hasnah.
Setelah itu, Naira labuhkan duduk disebelah Kak Mira. Menoleh memandang perut kakak iparnya yang membentuk besar dia rasa sungguh teruja mahu melihat adik Azzahra.
"Adik."
"Ya." Naira menoleh memandang Naqib yang memanggil.
"Kalau kau nak merasa mengandung pergilah kahwin." Ujar Naqib tiba-tiba. Membulat mata Naira mendengarnya kerana malu. Hasnah dan Amran pula tersengih.
"Angah ni." Cemberut wajahnya mendengar usikan nakal abangnya.
"Dik." Naqib memanggil lagi.
"Dengar cerita tadi kau pergi rumah buah hati."
"Hah?" Menikam anak mata Naira mendengarnya. Boleh pula Naqib berkata dihadapan yang lain. Terutama sekali dihadapan Hasnah.
"Bila masa adik keluar? Rasanya tadi dengan ibu je kan." Soal Hasnah.
Memandang kearah Naqib, Naira menjeling tajam.
Naqib sudah tersengih kerana rahsia yang disimpan Naira hampir lima tahun bakal terbongkar. Dia juga tidak sangka yang mak dan adiknya akan pergi ke rumah Hazril. Sudah hampir bertahun-tahun dia tidak bertemu dengan kawan masa kecilnya.
"Siapa adik? Mak kenal ke?"
Naira sudah menjuih bibir ke hadapan. Bantal yang diletakkan dipehanya dibawa ke muka lalu ditekup. Mahu sahaja dia bergusti dengan Naqib sekarang kerana membocorkan rahsianya.
"Mak kenal sangat."
"Siapa? Hazril ke?" Soal Hasnah. Kalau betullah Hazril, Hasnah langsung tidak menyangka yang anaknya itu memendam perasaan terhadap lelaki itu.
Melihat anggukan Hazril membuatkan Hasnah ternganga.
Naira hampir nak menangis mendengar yang Naqib mentertawakannya kerana rahsianya itu sudah sampai ke pengetahuan keluarganya.
"Adik.. Betul ke? Adik masih sukakan Hazril lagi?" Soal Hasnah menepuk lembut peha anaknya.
Naira hanya diam sahaja dengan bantal ditekup di muka.
"Betul mak. Tak perlu minta kepastian lagi. Adik ni memang dari dulu pendam perasaan dekat Hazril tu." Balas Naqib lagi.
"Adik nak mak dengan abah tolong tak..." Tiba-tiba Hasnah sudah mempunyai rancangannya yang tersendiri.
Naira jatuhkan bantal. Wajah Hasnah dipandangnya dengan rasa tertanya-tanya.
"Mak pinangkan Hazril untuk adik ya."
"Mak..."
✨✨✨
Yang menunggu part Hazril dan Naira berdua tu tunggu next okies😜
Jangan lupa vote and comment❤
YOU ARE READING
CINTA SEJATI [COMPLETED]
Short StoryCinta Sejati ©️ 2021 Status : Completed Cinta yang sudah lama terjalin putus disebabkan orang ketiga. Kalau hati tidak melayan, mana mungkin akan berpaut sayang. 'I dah tak cintakan you.' Mudahnya perkataan itu diungkapkan. 10 tahun menjalinkan hu...