BAB 7

2.8K 174 20
                                    

Biliknya yang dibuka penghawa dingin langsung dia tak merasa sekalipun. Terasa hangat tubuhnya tika malam sudah menjelma. Naira duduk di atas katil sambil mengenggam tangannya erat.

Sementara Hazril yang baru keluar dari kamar mandi menoleh sekilas memandang Naira yang duduk di birai katil.

"Awak okay?" Soal Hazril sambil tangannya mengeringkan rambut dengan tualanya.

"Err.. Okay." Jawab Naira gugup. Hazril tersengih nakal.

Usai mengeringkan rambut dia melabuhkan duduk diatas katil bersebelahan dengan isterinya. Wajah Naira yang menunduk dan kemerahan itu dipandangnya.

"Kenapa? Malu?" Usik Hazril.

Naira mengertap bibirnya. Wajahnya yang menunduk kini diangkat oleh suaminya. Mata mereka bertembung.

"Are you happy now?"

Naira mengangguk tanpa kata.

Hampir mahu tergelak Hazril melihat wajah Naira yang malu-malu itu.

"Jomlah tidur." Ajak Hazril seraya tangan Naira ditarik mengakibatkan dia terbaring disebelah Hazril. Tangan Hazril naik memeluk tubuh isterinya.

"Err awak..." Naira mendongak memandang sisi wajah Hazril. Lelaki itu semakin mengetatkan pelukannya.

"Dah ready cakap tau." Usik Hazril nakal.

"Awak..."

"Dah jangan fikir. Saya penat majlis siang tadi tak habis. Kita... tangguh esok." Hazril pejamkan mata dan kepalanya merapat ke isterinya lalu ciuman dilabuhkan di kepala isterinya.

"Good night isteri saya."

Naira yang masih kaku didalam pelukan Hazril lalu tersenyum. Seraya tangannya naik membalas pelukan lelaki yang kini sudah menjadi suaminya.

✨✨✨

Selepas sahaja subuh, Naira terus mengemas barang-barang mereka. Malam tadi mereka menginap di hotel dimana tempat mereka melangsungkan majlis persandingan.

Suaminya pula kembali lena selepas sahaja solat subuh tadi. Saat dia menjadi makmum kepada suaminya, Naira terasa sebak melanda dirinya. Kini tanggungjawabnya sudah besar. Dia ada suami untuk ditaati. Suami yang perlu dia jaga dan hormat sehingga hujung hayatnya.

Zip ditarik menutup beg yang sudah dikemas baju didalamnya. Naira bangun mendekati suaminya lalu dia berbaring mengiring menghadap Hazril. Wajah suaminya itu diteliti penuh khusyuk. Dari dahi yang luas turun ke kening yang lebat. Tangannya mengusap disitu dan turun lagi ke mata yang membuatkan dia jatuh cinta setiap kali melihatnya. Jatuh pada hidung yang mancung dan akhir sekali di ulas bibir merah suaminya.

Bibir merah suaminya disentuh. Disebabkan ini dia terlalu suka dengan suaminya. Hazril bukan seorang perokok. Dia tidak gemar dengan lelaki yang menghisap rokok kerana boleh membuatkan dia sesak nafas jika terlalu dekat.

"Emmm..." Tersentak Naira. Matanya mengalih memandang suaminya. Baru dia perasan Hazril sudah bangun malah jarinya yang berada dibibir lelaki itu sudah digenggam kemas suaminya.

"Sengaja nak goda saya ke?" Hazril bersuara dengan suara seraknya yang baru bangun.

"Tak." Laju Naira menggeleng. Tangannya cuba dilepaskan tetapi Hazril makin mengeratkan. Malah tangan sebelah lelaki itu sudah menarik tubuhnya mendekat. Langsung tiada ruang diantara mereka.

Hazril lepaskan tangan Naira. Tangannya naik ke wajah isterinya. Rambut yang menutup separuh wajah isterinya diselitkan ke belakang telinga. Matanya turun memandang bibir mekar isterinya. Tangannya mengusap disitu.

"Berapa lama tenung saya tadi?"

"Err t-tak lama." Jawab Naira takut-takut. Aihh menyesal pula dia kacau Hazril tidur.

"Saya rasa macam nak balik esok je lah." Ujar Hazril dengan senyuman nakalnya. Naira telan liurnya. Alamak salah timing ni.

"Err tak boleh. Umi dah tunggu kita kan." Bibirnya dikemam dengan kepalanya menggeleng.

"Tak apa, pandailah saya cakap dengan umi nanti. Sekarang ni ada benda yang saya nak settlekan dulu." Tanpa amaran tubuhnya terus ditindih. Naira memejamkan mata malu.

"Izinkan saya."

Dan tanpa sedar, Naira juga merelakan dan membiarkan setiap perbuatan suaminya. Setiap belaian Hazril membuatkan dia terbuai dan juga menginginkannnya.

✨✨✨

Keluar sahaja dari dalam bilik air, Hazril sudah memandangnya nakal. Merah wajah Naira dibuatnya apabila diusik begitu. Belum habis malu atas katil ditambah pula di dalam bilik air.

"Cepat Naira. Lambat nanti kita nak check-out." Menoleh memandang Hazril, Naira menjeling. Hazril yang buatkan semua ni lambat.

Hazril tersengih sahaja. Dia menghampiri isterinya yang duduk di hadapan cermin. Dia menunduk sedikit lalu rambut yang masih basah itu diciumnya lama.

"Thank you." Ucap Hazril penuh makna.

Tidak jadi nak marah Naira melihat senyuman yang terukir. Dengan anggukan dia membalas ucapan Hazril.

Hazril memberi dia ruang untuk bersiap. Tidak sampai sepuluh minit dia sudah bersiap. Memastikan tiada barang yang tertingal, Naira mengikut suaminya keluar dari bilik hotel.

Matanya jatuh pada tangan yang sedang mengenggan tangannya erat. Perasaan itu muncul lagi melihat sikap Hazril yang sebegitu. Bertambah-tambah cinta dia pada Hazril.

✨✨✨

Kita bagi happy² dulu okies😜😆

Nak 100 vote baru kita bagi next part😘

CINTA SEJATI [COMPLETED]Where stories live. Discover now