Kepala mendongak memandang suami dengan kerutan di dahi. Tangannya mencapai sampul surat yang dihulurkan suaminya.
"Apa ni awak?" Soal Naira membelek sampul berwarna coklat itu depan belakang.
"Bukalah." Hazril mengambil tempat disebelah isterinya. Dibiarkan isterinya membuka, dia menanti respon wanita itu.
Naira yang baru sahaja membuka sampul surat itu memandang dengan rasa tidak percaya. Jadi Hazril tipu dia ke selama ni.
"Awak kata awak busy." Naira mencebikkan bibirnya.
"Surprise... 3 hari 2 malam pakej honeymoon. Suka?"
Melihat mata Naira yang sudah basah itu tahulah dia yang Naira sangat suka. Dua hari lepas dia ada tipu Naira yang kononnya tak jadi nak pergi honeymoon disebabkan kerja yang tiba-tiba. Tetapi sebenarnya dia sudah merancang untuk membawa isterinya bercuti di tempat yang paling best tenang dan terbaik untuk mereka bersama-sama berehat dan mencipta kenangan baru dalam perkahwinan.
"Thank you awak." Ucap Naira. Matanya yang tiba berair dengan drama Hazril tadi dikesat.
Hazril tersengih melihat telatah isterinya. Dirapatkan duduknya dengan isteri lalu tangannya menghapuskan sisa air mata yang masih ada. Langsung dia mencium kedua belah mata isterinya.
"I want kiss too." Ucap Hazril nakal setelah meleraikan ciuman.
Naira memandang anak mata suaminya lalu menggeleng.
"Tak nak bagi."
"Emm cepatlah." Pinta Hazril mengada. Pipinya sudah ditayangkan.
Tergelak Naira melihat perangai suaminya. Tidak semena-mena dia hadiahkan juga ciuman kasih sayang dipipi suaminya. Tersenyum Hazril apabila mendapatkan ciuman darinya.
Mak! Tengok menantu mak ni. Suka buat adik jatuh cinta berkali-kali! Mengadunya dalam hati.
✨✨✨
Keluar sahaja dari dalam bilik air, kelibat suaminya dicari. Tersenyum dia melihat Hazril yang sedang berdiri sambil menikmati angin pantai. Naira datang mendekatiki lalu tubuh itu dipeluk dari belakang.
"Tenung siapa tu?" Tegur Naira saat perasan akan beberapa minah saleh sedang berjalan di pantai dengan hanya memakai bikini.
"Mana ada tenung siapa-siapa. Saya tengah hirup udara segar ni." Jawab Hazril. Dia menurunkan lengan isterinya yang memeluk pinggangnya dari belakang lalu tubuhnya dibalikkan memandang si isteri. Tangannya pula naik memeluk pinggang Naira.
"Awak ingat saya tenung minah saleh tu ke?" Kening sebelahnya dinaikkan.
"Mana ada. Tak cakap apa-apa pun." Laju Naira menggeleng kepalanya.
Hazril mencebik. Pandai pula isterinya ni cover line.
"Kalau depan mata ni lagi cantik buat apa nak pandang yang lain kan." Tiba-tiba Hazril menariknya rapat sehinggakan tiada jarak antara mereka. Termalu Naira sendirinya. Hazril ni sengaja nak menggoda dia ke apa. Sudahlah duduk di beranda. Malu wajahnya kalau ada orang awam yang lihat aksi mereka.
"Awak..." Naira menolak sedikit dada Hazril ke belakang tetapi Hazril sengaja makin merapat dengannya.
"Awak malulah."
"Malu lagi ke...." Hazril dekatkan wajahnya.
"... Dah seminggu kahwin." Makin mendekat sehingga dahi mereka bertemu.
"awakkk apa tu!" Naira menundingkan jarinya kebelakang Hazril. Saat pelukan Hazril longgar segera Naira melepaskan dan terus masuk kedalam bilik.
Tetapi belum sempat dia melangkah kedalam bilik, tubuhnya sudah melayang.
"Pandaikan nak kenakan saya." Terkejut Naira saat tubuhnya sudah berada diatas bahu Hazril sebelum dijatuhkan dengan berhati-hati diatas katil.
Belum sempat Hazril ingin berbaring tiba-tiba Naira bersuara.
"Awak tak lapar ke?"
"Laparlah ni." Hazril menongkat badannya dengan tangan.
"Jom makan." Ajak Naira ingin melarikan diri.
"Kejap, saya nak makan..."
Naira pejamkan mata. Tetapi tiba-tiba diam. Dia buka sebelah mata dan perbuatan yang dia nampak bila mana Hazril menghulurkan tangan. Naira celikkan mata sepenuhnya dengan tanda tanya.
"Kenapa?"
"Kata lapar. Jomlah pergi makan." Sengaja Hazril ingin menyakat isterinya tadi. Hampir nak tergelak melihat wajah Naira yang merah membahang kerana malu dengan perbuatannya.
"Tapi tadi..."
"Nak ke?" Hazril konon mendekat. Wajahnya terpamer senyuman nakal.
"Taknak. Lapar." Dengan wajah yang comel Naira memegang perutnya.
"Come. Bangun." Saat Naira menyambut huluran tangannya, Hazril menarik isterinya bangun.
"Pergi siap. Saya pun lapar ni."
"Okay husband." Naira berdiri tegak dihadapan suaminya.
Belum sempat dia pergi, Hazril rapikam rambutnya yang sudah serabai lalu diberikan kucupan sekejap diatasnya.
"10 minit je tau."
"Alright!"
✨✨✨
Aidil menyalam tangan Umi Mariya diikuti dengan Izny.
"Hati-hati balik tu. Izny jaga kandungan tu tau. Ingat pesan umi tadi." Izny mengangguk. Sungguh banyak tips dan nasihat Umi dalam menjaga diri ketika diawal usia mengandung.
"Umi hati-hati. Nanti ada masa lagi Aidil singgah."
"Okay. Jaga Izny baik-baik." Pesan Umi Mariya kepada Aidil.
Aidil mengangguk lalu masuk kedalam kereta. Enjin dihidupka sebelum dia bergerak memandu keluar dari rumah Umi Mariya. Sempat dia hon sekali sebelum keluar dari perkarangan rumah.
Saat Aidil membelok ke kanan, dia perasan ada sebuah kereta yang berhenti di hadapan rumah Umi Mariya. Dia menoleh sekilas memandang kedalam kereta sebelum dia menoleh kembali kearah isterinya dengan rasa tidak percaya.
"Sayang nampak apa yang abang nampak?" Soal Aidil kepada Izny. Wanita itu menggeleng.
"Abang nampak siapa?" Soal Izny dengan kerutan di dahi.
"Jasmine."
✨✨✨
Pasni dah tkde manis2 lagi😜
Jangan lupa vote and comment❤
YOU ARE READING
CINTA SEJATI [COMPLETED]
Short StoryCinta Sejati ©️ 2021 Status : Completed Cinta yang sudah lama terjalin putus disebabkan orang ketiga. Kalau hati tidak melayan, mana mungkin akan berpaut sayang. 'I dah tak cintakan you.' Mudahnya perkataan itu diungkapkan. 10 tahun menjalinkan hu...