8 Tahun Kemudian
Sara membetulkan selendang di kepala, kemudian dia mengamati pantulan dirinya di dalam cermin. Dia tersenyum melihat penampilannya.
"Tahun baru, semangat baru, gaya baru!", ujarnya.
Sara menghembuskan nafas. Dia mencapai beg tangan di atas meja sebelum keluar dari bilik.
"Selamat pagi Mama, Abah!", ucap Sara ceria.
"Selamat pa-, EH AKAK?!", terkejut Haziq apabila melihat kakaknya.
Mama dan Abah menoleh ke arah Sara apabila terdengar suara Haziq tadi. Mereka turut terkejut.
"Sa-Sara?", Puan Suraya mendekatinya. "Betul ke ni Sara? Anak mama?", soalnya gembira.
"Betul lah Ma..", Sara tersengih malu. "Kenapa? Tak cantik ke?", soal dia.
"Cantik sayang! Ya Allah manisnya anak dara kita ni, kan Abang?", ujar Puan Suraya sambil menoleh ke arah suaminya.
Cikgu Osman mengangguk lalu tersenyum. "Alhamdulillah, Sara dah buat perubahan yang terbaik dalam hidup. Semoga anak Abah terus istiqomah ya..", doa dia.
"InsyaAllah. Terima kasih Mama..Abah", ucap Sara.
"Alaa..Adik pun dah buat perubahan juga. Tapi takde siapa perasan!", Haziq mencelah.
Semua mata tertumpu pada Haziq yang sudah mencebikkan bibir.
"Iye? Apa perubahan Adik?", soal Abah.
"Em..Adik..Adik..-"
Mereka berdebar menunggu jawapan Haziq.
"Adik tak kencing kat tilam dah!", ujar Haziq sambil membuat muka bangga.
"Pftt..ADIK..!!"
. . .
"KEJAP!"
Sara menjerit sambil berlari ke arah lif yang hampir tertutup. Seketika kemudian, pintu lif itu terbuka semula. Dia segera masuk ke dalam lif tersebut.
"Thanks..", ucapnya. Sara menoleh ke arah orang yang menolongnya tadi. "Eh..Encik Khai!", tegur dia.
"Selamat pagi Sara", jejaka yang bernama Khai itu menegurnya sambil mengukirkan senyuman.
Sara menjadi malu. Tidak dia sangka, orang yang menolongnya tadi merupakan Executive Director baru di syarikatnya. "Selamat pagi Encik Khai..", ucapnya perlahan.
"Ha..ni mesti awak terlupa", Khai memeluk tubuh sambil mengerutkan dahi.
Sara tergamam seketika. "Lu-Lupa apa?", soalnya.
"Kan saya dah pesan..jangan panggil 'encik'. Panggil Khai je..", ujar jejaka itu.
Sara tersenyum kecil. "Saya tak biasa lah Encik Khai. Lagipun.. tak manis kalau saya panggil orang atasan dalam syarikat ni dengan panggilan nama. Nanti apa pula orang kata", terangnya.
Khai mengangguk faham. "Okay, saya terima alasan awak ni. Tapi..dekat office je tau. Dekat luar, just Khai", kata dia.
YOU ARE READING
Kita
Romance"Hi, aku Syafiq. Ini adalah cerita tentang aku. Aku merupakan jejaka paling hensem, hot dan-" -"HOI!!" "-ARGHH!!" -"..ni bukan cerita pasal kau eh. Jangan berangan!" "Dahtu cerita tentang siapa?" -"...em kita" "...Kita?" -Syafiq "Yup. Cerita tentang...